Guan Eng Bukan Anwar Ibrahim, Norhizam Kata?

Guan Eng Bukan Anwar Ibrahim, Norhizam Kata? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng Bukan Anwar Ibrahim, Norhizam Kata?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng Bukan Anwar Ibrahim, Norhizam Kata?
link : Guan Eng Bukan Anwar Ibrahim, Norhizam Kata?

Baca juga


Guan Eng Bukan Anwar Ibrahim, Norhizam Kata?

Datuk Norhizam Hassan Baktee membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang cuba menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menerimanya masuk parti tersebut.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu berkata Guan Eng perlu sedar yang DAP tidak mempunyai sokongan terutamanya dikalangan orang Melayu dan membidasnya supaya tidak masuk campur dalam urusan parti mana yang akan menerimanya nanti.

“Saya masuk DAP ke? Siapa DAP nak menghalang saya. Saya tidak kata nak kembali ke DAP, kalau saya masuk PKR, apa kena-mengena dengan Lim Guan Eng?

“Kalau saya masuk Amanah, apa ada kena mengena dengan Guan Eng? Kalau saya masuk Pejuang, apa kena mengena dengan Guan Eng? Dia orang DAP, jaga sajalah orang DAP,” katanya lapor portal Free Malaysia Today.

Semalam, Norhizam bersama tiga ADUN lagi yang menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka pimpinan UMNO bertemu dengan Anwar di sebuah hotel dan menyatakan kesediaan untuk bertanding atas tiket PKR.

Norhizam yang sebelum ini menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu atas tiket DAP berkata beliau kini bukan lagi ahli parti tersebut dan Guan Eng tidak boleh sesuka hati mahu orang mengikut cakapnya.

“Kecuali saya ini orang DAP, saya bukan ahli DAP lagi. Awak pun tahu, rakyat tolak parti Cina ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan banyak parti membuat tawaran kepadanya cuma setakat ini belum memutuskan parti mana satu yang akan disertainya.

“Setakat ini banyak parti yang dah ‘offer’ saya, parti mana, kita akan tengok nanti,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Guan Eng berkata DAP tidak akan menerima pengkhianat yang juga bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, mewakili Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata pendirian parti itu akan dimaklumkan pada Majlis Presiden PH.

“Ada yang tanya dan saya dengan tegas menyatakan DAP tolak sama sekali bekas ADUN Pengkalan Batu sebagai calon dalam PRN negeri akan datang.

“Saya tidak mahu sebut (alasan), tidak perlu pergi pada asal usulnya semua pun tahu, DAP tetap tidak terima dia sebagai calon dalam PRN negeri,” katanya dalam sidang media di pejabat DAP di Melaka, semalam lapor AgendaDaily



Demikianlah Artikel Guan Eng Bukan Anwar Ibrahim, Norhizam Kata?

Sekianlah artikel Guan Eng Bukan Anwar Ibrahim, Norhizam Kata? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng Bukan Anwar Ibrahim, Norhizam Kata? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/10/guan-eng-bukan-anwar-ibrahim-norhizam.html

Subscribe to receive free email updates: