Rai Pengkhianat Sebagai Wira, Ini Pesan Rafizi Buat PKR..

Rai Pengkhianat Sebagai Wira, Ini Pesan Rafizi Buat PKR.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rai Pengkhianat Sebagai Wira, Ini Pesan Rafizi Buat PKR.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rai Pengkhianat Sebagai Wira, Ini Pesan Rafizi Buat PKR..
link : Rai Pengkhianat Sebagai Wira, Ini Pesan Rafizi Buat PKR..

Baca juga


Rai Pengkhianat Sebagai Wira, Ini Pesan Rafizi Buat PKR..

MENERIMA wakil rakyat yang berpaling tadah sehingga tumbangnya kerajaan negeri Melaka hanya akan menghakis keyakinan rakyat, kata bekas naib presiden PKR Rafizi Ramli.

Dalam satu catatan di Facebook hari ini, Rafizi berkata PKR perlu berhati-hati kerana wakil rakyat terbabit mempunyai rekod buruk dan akhlak yang tidak disenangi.
 
“Rakyat menjadi mangsa berdepan risiko wabak Covid-19 gara-gara perebutan kuasa dan kekayaan sesama pimpinan Umno/BN (Barisan Nasional)/(Perikatan Nasional).

“Mungkin ada keghairahan seorang dua pimpinan PKR yang melihat ini peluang untuk menjadi orang besar di Melaka, tetapi janganlah keghairahan itu mempengaruhi keputusan dengan mencari jalan pintas,” tulisnya.

Bekas ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau menerima mesej bertubi-tubi yang gusar mengenai tindakan Pakatan Harapan mengalu-alukan beberapa watak kontroversi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Watak-watak ini mempunyai rekod buruk. Akhlak Adun yang suka memaki hamun bukanlah jenis calon yang kita mahu tampilkan.”
 
Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan pada 4 Oktober selepas empat wakil rakyat iaitu Idris Haron (Sungai Udang-BN), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor-BN), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu-Ind) and Noor Effandi Ahmad (Telok Mas-PN) menarik balik sokongan mereka kepada Sulaiman Md Ali untuk terus menerajui kerajaan negeri.

Sulaiman yang hilang majoriti kemudian menasihati Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam untuk membubarkan DUN Melaka, yang memberi perkenan untuk pembubaran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin umum PRN Melaka akan diadakan pada 20 November dengan penamaan calon ditetapkan 8 November.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari, dengan pematuhan ketat peraturan pencegahan penularan Covid-19 lapor The Malaysian Insight.
 
Berikut adalah catatan Rafizi di laman Facebook miliknya..



Demikianlah Artikel Rai Pengkhianat Sebagai Wira, Ini Pesan Rafizi Buat PKR..

Sekianlah artikel Rai Pengkhianat Sebagai Wira, Ini Pesan Rafizi Buat PKR.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rai Pengkhianat Sebagai Wira, Ini Pesan Rafizi Buat PKR.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/10/rai-pengkhianat-sebagai-wira-ini-pesan.html

Subscribe to receive free email updates: