Walaupun Kini Digelar Pengkhianat, Azmin Juga Akan Dirai Sebagai Wira Jika Kembali Ke PH?

Walaupun Kini Digelar Pengkhianat, Azmin Juga Akan Dirai Sebagai Wira Jika Kembali Ke PH? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Walaupun Kini Digelar Pengkhianat, Azmin Juga Akan Dirai Sebagai Wira Jika Kembali Ke PH?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Walaupun Kini Digelar Pengkhianat, Azmin Juga Akan Dirai Sebagai Wira Jika Kembali Ke PH?
link : Walaupun Kini Digelar Pengkhianat, Azmin Juga Akan Dirai Sebagai Wira Jika Kembali Ke PH?

Baca juga


Walaupun Kini Digelar Pengkhianat, Azmin Juga Akan Dirai Sebagai Wira Jika Kembali Ke PH?

Pada 2 Mac 2020 yang lalu Norhizam yang dikenali sebagai 'YB Gangster' mengejutkan semua pihak apabila turut menjadi antara 17 wakil rakyat yang memberi sokongan kepada blok BN untuk membentuk gabungan kerajaan baharu di Melaka sekali gus menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, selama bersama PH beliau telah bekerja keras dan mendakwa seolah-olah pengorbanan yang dilakukan itu hanya sia-sia seperti menjadi barua.

Rentetan dari itu DAP Melaka menganggap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu, yang memberikan sokongan kepada blok Barisan Nasional (BN) untuk membentuk gabungan kerajaan baharu di negeri ini sebagai pengkhianat mandat rakyat.

Pengerusinya, Datuk Tey Kok Kiew berkata, pihaknya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin DAP untuk membuat sebarang keputusan terhadap wakil rakyat itu.

Menurutnya, Norhizam dipilih oleh rakyat menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, namun disebabkan perubahan corak kerajaan Pusat beliau kemudian memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari juga turut menyelar tindakan Norhizam yang mendakwa dirinya menjadi ‘barua’ sepanjang 22 bulan pentadbiran PH.

Menurut Adly, kenyataan itu hanyalah alasan untuk menghalalkan tindakan beliau keluar daripada PH sekali gus mengkhianati mandat rakyat dan pasti akan dimusuhi.

Tiba-tiba dia tarik sokongan dia terhadap Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober alu menyebabkan Kerajaan BN Melaka dibubar membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri..

Walaupun jelas beliau hanya berpaksi kepada kuasa bukannya kepada kehendak rakyat, jelas sebagai Pengkhianat Rakyat tetapi kerana beliau telah menggambarkan untuk bertanding atas tiket PH.. Pengkhianat itu telah diraikan sebagai wira..

Maka tak hairanlah kalau tindakan PH yang meraikan beliau itu dibidas oleh DAP..

Bacalah..

Adun Kota Laksamana, Low Chee Leong dari DAP mengkritik majlis anjuran Pakatan Harapan malam tadi yang meraikan empat Adun yang baru-baru ini menjatuhkan kerajaan negeri Melaka pimpinan Umno-Bersatu.

Dua daripada empat Adun itu sebelum ini juga bertanggungjawab menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) yang menyebabkan pakatan Umno-Bersatu mengambil alih tampuk kerajaan negeri.

"Pengkhianat disambut secara pahlawan? Ini lawak ! " katanya dalam catatan Facebook.

Leong juga berkongsi gambar Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee, yang dilihat mengangkat tangan sambil menerima tepukan daripada mereka yang hadir.

Norhizam sebelum ini merupakan Adun DAP, namun berpaling tadah untuk membantu pembentukan kerajaan negeri pimpinan Umno-Bersatu.

Dia juga memainkan peranan menumbangkan kerajaan negeri pimpinan Umno-Bersatu bersama Adun Telok Mas, Noor Effandi Ahmad (Bersatu),. Adun Sungau Udang, Idris Haron (Umno) dan Adun Pantai Kundor, Azman Hassan (Umno).

Kesemua mereka dipecat daripada parti masing-masing.

Acara malam tadi turut dihadiri Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan kira-kira 200 ahli PKR.

Sebilangan besar barisan pimpinan PH peringkat negeri, termasuk Adun DAP juga dilihat hadir.

SIn Chew Daily melaporkan mereka yang hadir termasuk Pengerusi Amanah Melaka Adly Zahari dan pengerusi DAP negeri, Tey Kok Kiew.

Jemputan kepada Adun berkenaan dilihat sebagai usaha untuk mengumpulkan sokongan kepada PH, namun tidak disenangi oleh sebahagian pimpinan gabungan itu.

Keempat-empat Adun berkenaan menarik sokongan mereka terhadap Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober.

Ini menyebabkan Sulaiman mengambil langkah membubarkan DUN, yang membuka laluan kepada pilihan raya negeri Melaka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi pada 20 November lapor Malaysiakini

..... Kesimpulannya.. demi kuasa mereka-mereka itu sanggup melakukan apa saja hatta menjilat ludah sendiri..

Jadi jangan terkejut jika Azmin dan kawan-kawannya yang telah dipecat itu kembali kepada PH dan PKR khususnya, mereka juga akan dirai sebagai wira...



Demikianlah Artikel Walaupun Kini Digelar Pengkhianat, Azmin Juga Akan Dirai Sebagai Wira Jika Kembali Ke PH?

Sekianlah artikel Walaupun Kini Digelar Pengkhianat, Azmin Juga Akan Dirai Sebagai Wira Jika Kembali Ke PH? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Walaupun Kini Digelar Pengkhianat, Azmin Juga Akan Dirai Sebagai Wira Jika Kembali Ke PH? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/10/walaupun-kini-digelar-pengkhianat-azmin.html

Subscribe to receive free email updates: