PH Punca Kemelut Politik Melaka Berpanjangan Dakwa MP PKR

PH Punca Kemelut Politik Melaka Berpanjangan Dakwa MP PKR - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH Punca Kemelut Politik Melaka Berpanjangan Dakwa MP PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH Punca Kemelut Politik Melaka Berpanjangan Dakwa MP PKR
link : PH Punca Kemelut Politik Melaka Berpanjangan Dakwa MP PKR

Baca juga


PH Punca Kemelut Politik Melaka Berpanjangan Dakwa MP PKR

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada PKR, Hassan Abdul Karim memberitahu beliau tidak bersetuju dengan sikap oportunis Pakatan Harapan (PH) Melaka berhubung krisis politik yang berlaku di negeri itu.

Bekas Pengerusi PKR Johor itu berkata, sikap oportunis dan tidak bertanggungjawab PH negeri itu sehingga mengheret krisis tersebut kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. !--Composite Start-->

“Sejak dari awal krisis ini bermula saya tidak bersetuju dengan sikap PH Melaka yang oportunis dan tidak bertanggungjawab sehingga mengheret krisis tersebut kepada pembubaran DUN Melaka dan pilihan raya.

“Saya juga berpandangan PH Pusat turut gagal menangani krisis ini dengan baik dan gagal memberikan panduan dan pimpinan yang betul (kepada PH Melaka),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang bertindak menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Kehadiran mereka iaitu ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad menguatkan dakwaan mereka akan menyertai PH. !--Composite Start-->

Tambah Hassan, apa yang sedang terjadi di Melaka adalah satu kegagalan kepada PH Melaka dan gabungan itu secara keseluruhannya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse dalam laman Facebooknya turut tidak bersetuju dengan tindakan membenarkan ahli politik yang melompat mewakili PH.

“PRN Melaka, buang katak, jangan beri peluang kepada pelacur politik,” ujarnya ringkas.

Perkara itu dipercayai merujuk kepada bekas wakil rakyat terbabit termasuk Idris dan Norhizam yang dilihat muncul pada pentas PH di sebuah hotel di Melaka, semalam. – UTUSAN


Demikianlah Artikel PH Punca Kemelut Politik Melaka Berpanjangan Dakwa MP PKR

Sekianlah artikel PH Punca Kemelut Politik Melaka Berpanjangan Dakwa MP PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH Punca Kemelut Politik Melaka Berpanjangan Dakwa MP PKR dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/10/ph-punca-kemelut-politik-melaka.html

Subscribe to receive free email updates: