Apa Dah Jadi Ni? Serba-serbi Naik Harga

Apa Dah Jadi Ni? Serba-serbi Naik Harga - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Dah Jadi Ni? Serba-serbi Naik Harga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Dah Jadi Ni? Serba-serbi Naik Harga
link : Apa Dah Jadi Ni? Serba-serbi Naik Harga

Baca juga


Apa Dah Jadi Ni? Serba-serbi Naik Harga

PETALING JAYA: Seluruh negara menyaksikan peningkatan harga barangan keperluan harian, peralatan binaan, input pertanian dan makanan daripada sekecil-kecil sebiji burger sehingga kabel pendawaian elektrik yang memberi kesan kepada pelbagai pihak di peringkat pembekal, kontraktor, peniaga serta pengguna. 

Situasi itu membuatkan orang ramai merungut, umpamanya terpaksa membayar lebih antara 20 sen hingga 50 sen berbanding harga biasa hanya untuk menikmati sebiji burger, manakala golongan kontraktor dihantui kenaikan peralatan pendawaian elektrik sehingga 30 peratus.

Para pesawah dan pekebun pula mengeluh selepas harga racun rumpai meningkat kira-kira 100 peratus sementara di peringkat penternak, ketiadaan tenaga buruh dan bahan mentah memaksa mereka menaikkan harga ayam bagi menampung kos operasi.

Berikutan masalah itu, harga ayam dijangka naik sebanyak RM1.40 melepasi RM9 sekilogram menjelang minggu depan berbanding sekitar RM8 sekilogram, September lalu.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak, Tan Chee Hee berkata, kehilangan pekerja asing sebagai tenaga buruh yang rata-ratanya pulang ke negara masing-masing kerana tidak boleh bertahan hidup di negara ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan proses produktiviti terganggu.

“Jika dahulu dengan lima tenaga pekerja boleh memproses 100 ekor ayam, kini dengan dua buruh hanya boleh menghasilkan separuh sahaja dari kebiasaan, menyebabkan bekalan rendah daripada permintaan.

“Kos operasi menternak ayam juga meningkat berikutan kenaikan harga bahan mentah antara 50 hingga 70 peratus,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, kenaikan harga barangan keperluan utama seperti paip plastik PVC dari RM1.40 sebatang kepada RM3.10 selain wayar dari RM48 segulung bukan sahaja membebankan para kontraktor pendawaian elektrik, malah pelanggan yang terpaksa mengeluarkan lebih belanja.

Barangan lain adalah seperti kipas yang naik daripada RM150 kepada RM180 dan lampu dari RM10 sehingga RM16 selain hampir kesemua kelengkapan bagi kerja-kerja pendawaian elektrik tersebut naik sekitar lima peratus atau lebih bagi sesetengah kedai.

Seorang kontraktor pendawaian elektrik, Muhd. Irfan Rodhilan, 26, dari Arau Perlis berkata, jika dahulu modal bagi kerja-kerja pendawaian elektrik bagi sebuah rumah melibatkan 10 biji lampu, lapan palam (plug) dan satu unit kipas ialah RM650, namun kini meningkat kepada lebih RM900 sekali gus membebankan para pelanggan.

“Kenaikan itu dikesan sejak tiga bulan lalu dan kebelakangan ini semakin meningkat. Kenaikan pada ketika ini adalah yang paling teruk. Jika ke kedai, hari ini harga lain, esok harga lain pula.

“Ekoran kenaikan tersebut, kadangkala saya seperti berat hendak memberitahu pelanggan namun apakan daya, terpaksa juga menaikkan harga ekoran kenaikan harga barangan itu,” katanya.

Sementara itu, harga bahan mentah yang naik mendadak selepas kebenaran rentas negeri pertengahan bulan lalu menyebabkan peniaga burger terpaksa menaikkan harga makanan itu bagi menampung modal harian perniagaan.

Pengusaha burger di hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, Mohd. Awang Abdullah, 55, berkata, sejak enam bulan lalu, harga roti naik empat sen sebiji daripada RM2 untuk 10 biji kepada RM2.50 jumlah sama di samping peningkatan kos daging.

Malah, katanya, kos sayur-sayuran turut meningkat sekali ganda seperti timun daripada RM20 sekilogram kepada RM44, tomato RM2.50 sekilogram kepada RM5 dan daun sup RM4 sekilogram kepada RM15 di samping sos pula RM60 sekarton kepada RM67.

“Sepanjang 30 tahun berniaga, saya jarang naikkan harga dan kenaikan terbaharu ini disebabkan tidak mampu lagi menanggung kos modal harian.

Setiausaha pertubuhan Ikatan Usahawan Burger Malaysia (IUBM), Hashim Mohamed Yasen berharap pelanggan tidak menyalahkan sebelah pihak ekoran kenaikan harga tersebut, tetapi perlu melihat keseluruhan kenaikan harga barang-barangan lain berserta industri lain.

“Kenaikan harga penjualan berdasarkan faktor kenaikan harga produk pengeluaran daripada pengilang-pengilang utama seperti Patties Burger, bahan-bahan mentah dan lain-lain,” katanya.

Dalam pada itu, pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Alor Setar, Kedah, mengeluh selepas harga racun rumpai semakin meningkat kira-kira 100 peratus sehingga membebankan mereka sejak Mei lalu.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) Kedah, Mohd. Fuad Yaacob berkata, kenaikan harga racun sejak Mei lalu menyebabkan pesawah terpaksa menanggung kerugian sekiranya masalah tersebut tidak dapat ditangani secepat mungkin.

Katanya, kenaikan harga racun itu bukan sahaja membebankan pesawah malah penanam sayur di negeri ini apabila mereka terpaksa membelinya walaupun harga tinggi.

“Sebelum ini harga racun rumpai untuk empat liter harganya adalah RM53. Bagaimanapun sejak akhir ini harga racun naik mendadak hingga RM75 untuk empat liter. Begitu juga racun rumpai untuk 20 liter pula dahulunya hanya RM220 sahaja tetapi kini mencecah RM400.

“Apabila pihak kami cuba membuat tinjauan dengan kenaikan harga itu, pihak pembekal memaklumkan punca utama kenaikan harga racun disebabkan bahan untuk membuat racun naik dan mata wang negara kita semakin jatuh,” katanya.

Sementara itu, Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) tanpa bar keluli dan termasuk bar keluli meningkat pada Oktober 2021 dengan kenaikan antara 0.1 dan 2.3 peratus di Semenanjung Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan, IKB berkenaan turut meningkat di Sabah iaitu antara 0.1 hingga 2.1 peratus dan Sarawak antara 0.1 hingga 1.5 peratus.

“Kenaikan harga bahan binaan termasuk simen, keluli dan bahan besi adalah disebabkan kenaikan harga arang batu dan produk petroleum di peringkat global.

“Harga bahan binaan adalah lebih mahal selepas aktiviti pembinaan disambung semula selepas PKP pada Jun 2021 dan empat fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Apa Dah Jadi Ni? Serba-serbi Naik Harga

Sekianlah artikel Apa Dah Jadi Ni? Serba-serbi Naik Harga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa Dah Jadi Ni? Serba-serbi Naik Harga dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/11/apa-dah-jadi-ni-serba-serbi-naik-harga.html

Subscribe to receive free email updates: