Mengapa Pembentukan Kerajaan Dilengah Menurut Teori Annuar Musa

Mengapa Pembentukan Kerajaan Dilengah Menurut Teori Annuar Musa - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengapa Pembentukan Kerajaan Dilengah Menurut Teori Annuar Musa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengapa Pembentukan Kerajaan Dilengah Menurut Teori Annuar Musa
link : Mengapa Pembentukan Kerajaan Dilengah Menurut Teori Annuar Musa

Baca juga


Mengapa Pembentukan Kerajaan Dilengah Menurut Teori Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Malam tadi, kumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bermesyuarat lagi bagi mencari persefahaman gabungan parti mana dan siapa di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dicalonkan sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Hasil mesyuarat berakhir menjelang tengah malam itu bagaimanapun masih gagal merungkai kemelut yang tercetus, malah beberapa Ahli Parlimen BN yang ditemui memaklumkan mereka mengemukakan permohonan bagi menangguhkan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, pagi ini.

Terdahulu BN sudah mengadakan dua pertemuan berasingan dan berpendirian tidak menyokong mana-mana blok, mendorong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 30 Ahli Parlimen BN menghadap baginda di Istana Negara, mulai 10.30 pagi ini.

Mengulas perkembangan dalam kem BN, bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO melihat tindakan Ahli Parlimen BN itu mengingkari titah dan menghalang Seri Paduka menyempurnakan tugas melantik Perdana Menteri baharu.

Beliau yang digugurkan sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu lalu, juga berpandangan keputusan BN itu menunjukkan ada yang tidak kena dengan gabungan berkenaan ketika ini.

Antara perkara tidak kena, Annuar mendakwa, ada pihak tertentu dipercayai mendalangi tindakan melengahkan urusan menghadap Seri Paduka bagi memastikan rancangan dan komplot 'murid dan guru' tidak menemui kegagalan.

"BN sepatutnya tidak menyulitkan Yang di-Pertuan Agong daripada menyempurnakan tugas baginda, namun kini jelas ada sesuatu yg tidak kena di pihak BN dan bukannya Istana Negara.

"Terdapat pihak yang kini cuba melengah-lengahkan titah menghadap kerana jika itu berlaku, sudah pasti rancangan dan komplot 'murid dan guru' akan gagal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Media melaporkan BN sudah mengemukakan permohonan bagi menangguhkan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pada jam 10.30 pagi ini, selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Ibu Pejabat UMNO malam tadi.

Seri Paduka menitahkan semua 30 Ahli Parlimen BN menghadap susulan pertemuan baginda dengan Anwar, Pengerusi PH dan Muhyiddin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) petang semalam, gagal merungkai kemelut pembentukan kerajaan baharu.

Annuar berpandangan, jika permohonan BN menangguhkan urusan menghadap baginda diperkenankan, ia akan meletakkan Al-Sultan Abdullah dalam serba salah dan mungkin dituduh bekerjasama dengan pihak tertentu, sedangkan baginda hanya mahu perkara itu disempurnakan.

"Hal ini juga meletakkan BN sebagai parti yang dilihat berterusan menimbulkan masalah kepada rakyat, bukan menyelesaikan masalah rakyat.

"Inilah juga antara sebab BN ditolak rakyat. Semuanya berpunca daripada satu orang. Parti menanggung akibatnya. Belum cukupkah lagi kerosakan yang telah dibawa kepada parti ini?," soalnya.

PH dan PN adalah dua blok parti politik yang mendapat jumlah kerusi Dewan Rakyat tertinggi pada PRU15. PH memperoleh 82 kerusi, manakala PN 73 kerusi, namun tidak cukup majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Kedua-dua blok parti itu memerlukan sokongan Ahli Parlimen mewakili gabungan parti lain, termasuk BN yang menang 30 kerusi bagi mendapat sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Isnin lalu, media melaporkan, Yang di-Pertuan Agong terleih dahulu berkenan untuk melanjutkan tempoh masa selama 24 jam kepada parti politik untuk membentuk kerajaan yang sepatutnya sehingga jam 2 petang berkenaan,

Selaras lanjutan itu, parti politik memiliki lebih masa sehingga petang semalam untuk merundingi pembentukan kerajaan pasca PRU15, sekali gus menamakan seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10.

Lebih awal sebelum itu, pertemuan Ahli Parlimen BN dan PH menemui jalan buntu selepas tiada sebarang akuan bersumpah (SD) ditandatangani bagi menyokong pencalonan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Ketika usaha digiatkan pemimpin tertentu dalam BN supaya gabungan PH dan BN direalisasikan, wujud protes dari kalangan Ahli Parlimen gabungan itu sendiri yang menentang usaha itu.

Selain Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemimpin lain yang dikatakan turut menentang usaha menggabungkan BN dan PH adalah Bendahari BN yang juga Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ~ BH


Demikianlah Artikel Mengapa Pembentukan Kerajaan Dilengah Menurut Teori Annuar Musa

Sekianlah artikel Mengapa Pembentukan Kerajaan Dilengah Menurut Teori Annuar Musa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mengapa Pembentukan Kerajaan Dilengah Menurut Teori Annuar Musa dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/11/mengapa-pembentukan-kerajaan-dilengah.html

Subscribe to receive free email updates: