Judul : BERNAS.. Bagaimana Shahidan Peroleh RM400 Juta?
link : BERNAS.. Bagaimana Shahidan Peroleh RM400 Juta?
BERNAS.. Bagaimana Shahidan Peroleh RM400 Juta?
Perdana Menteri ke-10 DS Anwar Ibrahim semalam menegur Syed Mokhtar Al-Bukhary kerana syarikatnya, Bernas memonopoli import beras.Hari ni aku nak kelentong sikit pasal BERNAS ni. Ramai budak-budak yang baru nak up ni, masa Bernas ditubuhkan, depa pun tak lahir lagi. Kat sekolah pun tak ada modul Bernas ni dalam matapelajaran sejarah.Sebelum tahun 1996, Bernas dikenali sebagai Lembaga Padi Negara (LPN). Ini adalah diantara agensi kerajaan yang buat duit dengan turnover hampir RM2 billion ringgit dan keuntungan sekitar RM80 juta. Tapi tu la...mana agensi yang untung, Mahathir akan swastakan untuk memperkayakan kroni dia.Tahun 1995 ada pillihanraya umum dan Mahathir nak tolak Datuk Hamid Pawanteh dari jawatan Menteri Besar Perlis. Dan dia mahu Shahidan Kasim jadi MB....tapi Shahidan tak mau sebab Perlis negeri kecik. Bukan boleh buat duit.Lantas Mahathir menawarkan kepada Shahidan untuk menguasai LPN sebagai habuan untuk menjadi MB. LPN akan diswastakan dan dinamakan sebagai Bernas, dan sebahagian besar saham dalam Bernas akan diberikan kepada Shahidan. Janji, Shahidan mau jadi MB Perlis dan Datuk Hamid disingkirkan.So, selepas PRU 1995, depa pun pakat faraid LPN untuk adik beradik depa. Tapi depa bukan la bodo macam Osman Jailu, Exco Perak dulu. Buat syarikat nak bawa lari bajet pelancongan, dia bubuh nama sendiri.Pada 1 Januari 1996, LPN pun dikuburkan dan digantikan dengan BERNAS.Kalau sebelum tu, LPN adalah milik negara, sekarang dah jadi milik individu. Siapa pemiliknya?Budaya Generasi Sdn Bhd (BGSB) memiliki 34% saham Bernas.Pemilik saham terbesar dalam BGSB ialah Permatang Jaya (PJSB) yang memiliki 44% atau 15% saham Bernas. Pemegang saham itu adalah Dohat bin Shafie dan anaknya Nur Daliza ninti Dohat. Dohat bin Shafie adalah ipar Shahidan.Secara mudahnya, keluarga Shahidan memiliki 15% Bernas.Kemudian, Sebiro Holdings Sdn Bhd yang memegang 5.5% dalam BGSB. Pengarahnya ialah Megat Junid Megat Ayub.Pertubuhan Peladang, Pertubuhan Nelayan, MADA, dan KADA berkongsi selebihnya, 11%.Untuk rekod, Yayasan Pok Rafeah Berdaftar merupakan pemegang ke 11 terbesar dalam Bernas. Dan Pok Rafeah adalah ibu kepada Daim Zainudin.Ogos1997, BERNAS disenaraikan di Bursa Saham KL. Sapa ada duit boleh melabur. Yang gerenti boleh melabur bukan petani dibendang atau nelayan dilaut, tapi orang yang ada duit mencari keuntungan cepat.Begitulah alkisahnya sejarah penubuhan Bernas.Tahun 1999, Bernas untung RM117 juta. 2000, 83 juta. 2001, 128 juta. 2002, 60 juta. Sapa yang mendapat manafaat dari keuntungan ini?
Bukan rakyat sebab ia bukan milik rakyat, tapi pemilik saham diatas. Kalau untung 100 juta, keluarga Shahidan dapat 15 ,juta. Daim pun dapat juta-juta.200,000 petani dan nelayan dibawah LPP, NEKMAT,, MADA dan KADA berkongsi 11 juta. Dapat la 55 ringgit sorang. Bersyukur la.Walaupun keuntungan Bernas jatuh kepada RM60 juta pada tahun 2002 berbanding RM128 juta pada tahun 2001, Bernas masih membayar 4juta ringgit elaun Pengarah dan 21juta ringgit dividen. Untung jatuh teruk pun, elaun tetap tinggi.Daripada tujuan asal untuk memastikan keterjaminan makanan, Bernas melebarkan sayapnya kedalam industri makanan. Depa nak jadi konglomerat macam Nestle. Bernas melabur dalam banyak syarikat dan memperuntukan RM300 juta untuk ini.55 juta dilaburkan dalam Gardenia. 14 juta dalam Burger King. 110 juta dalam KFC. Bernas juga membuat strategic alliance dengan QAF Ltd. Singapore dan Dewina Food Industries. Keseluruhanya, Bernas membuat usahasama dengan 17 syarikat.PRU 2004, Pak Lah menang besar. Pak Lah pulak menumpukan perhatian kepada pertanian. Bernas pun terus maju dan mendapat keuntungan besar.2004-117.3 juta. 2005-130.6 juta 2006-135.3 juta. 2007-107.3 juta 2008-(57.4) juta.Daripada untung lebih seratus juta tiap-tiap tahun, tiba-tiba Bernas rugi 57 juta pada tahun 2008.What dah happened?Ekcelli, hujung tahun 2007 dah mula berlaku kegelisahan disebabkan kenaikan harga minyak dunia hingga keparas USD100 setong. Masa tu, Pak Lah pun panik sampai dia menaikan harga minyak sehingga RM2.50 seliter. Habih orang menyumpah Pak Lah masa tu.Bila harga minyak naik terlalu tinggi, harga beras juga meningkat. Dalam masa empat bulan, dari Januari hingga April 2008, harga beras meningkat dari RM1000 setan kepada RM3,000 setan. Bernas tak mau impot beras sebab rugi dan menyebabkan kita hampir kehabisan beras.Pak Lah terpaksa masuk campur dan kerajaan terpaksa membeli 500,000 tan dari India yang bernilai RM725 juta ringgit.PRU 2008, BN kehilangan lima negeri. Pak Lah cukup marah kat Shahidan dan tidak mau menyambung jawatanya sebagai Menteri Besar Perlis.
Kecoh jugak masa tu. Bila Shahidan bukan lagi jadi MB, saham Bernas jatuh.Apa yang berlaku dalam Bernas selepas tu aku tak pasti. Kalau tengok Laporan Bernas 2008, syarikat Budaya Generasi masih lagi mempunyai 30% saham.
Tapi bila tengok Laporan 2009, nama Syarikat Budaya Generasi dah hilang. Something happened antara April 2009 hingga April 2010.Pegangan saham dalam Budaya Generasi juga sudah berubah kerana ia sudah dikontrol oleh Syed Mokhtar. Mungkin, keluarga Shahidan melepaskan saham mereka dan dibeli oleh Syed Mokhtar.Kemudian berlaku satu kejutan. Pada 30 Julai 2009, syarikat Wang Tak Co Ltd dari Hong Kong sudah memiliki 31% saham dalam Bernas. Macam mana nak cakap tentang food security kalau syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan bekalan beras negara, dipegang oleh syarikat Hong Kong?Masa ni, Najib baru tiga bulan jadi PM. Dia perlu menyelamatkan Bernas dari jatuh ketangan negara asing. Mahathir pun masa tengah syok dapat menendang Pak Lah dari jawatan PM.
Najib mintak tolong kat Mahathir. Mahathir pun bawak kroni dia, Syed Mokhtar.Pada 9 Ogos 2009, Syed Mokhtar menawarkan untuk membeli keseluruhan saham Wang Tak dengan kos sebanyak RM530 juta. Dengan saham-saham yang sebelum ini sudahpun dimilikinya, pemilikan saham Wang Tak meningkatkan pegangan saham Syed Mokhtar menjadi 53%. Menjelang 2013, Syed Mokhtar menguasai 72% pegangan didalam Bernas.Kalau tengok Laporan Bernas 2012, pegangan saham didalam Bernas adalah seperti berikut.Tradewind - 72.5% Perspective Lane - 10.8% Pertubuhan Peladang Kebangsaan - 3.71% NEKMAT - 3.42% Batu Bara Resources Corp - 0.11%.Perspective Lane tu pun ada kaitan dengan Syed Mokhtar jugak. Batu Bara sapa punya?Yang tu keluarga Shahidan punya. Dah jadi minority shareholder.Tahun 2009, Yayasan Pok Rofeah Berdaftar masih lagi mempunyai 2,250,000 saham atau 0.48%. Tapi tahun 2010, hilang dari top 30.Dan pada 18 April 2014, BERNAS telah dikeluarkan dari Bursa Malaysia. Ia bukan lagi syarikat senaraian awam, (Public Listed Company), sebaliknya sudah jadi syarikat swasta.Masa tu, Mahathir mula marah kat Najib. Habis kroni dia kena cantas. Tapi Najib ni jenis melawan...tanggung sendiri la.Sekarang ni, tak ada lagi Laporan Bernas yang boleh kita tengok setiap tahun. Berapa untung, berapa rugi...berapa simpanan beras yang kita ada...berapa lama boleh tahan...wallahualam.Ditulis oleh Mat Saman Kati pada 08hb April 2020
Senarai pemegang saham BERNAS sila lihat di SINI
Demikianlah Artikel BERNAS.. Bagaimana Shahidan Peroleh RM400 Juta?
Sekianlah artikel BERNAS.. Bagaimana Shahidan Peroleh RM400 Juta? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BERNAS.. Bagaimana Shahidan Peroleh RM400 Juta? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/bernas-bagaimana-shahidan-peroleh-rm400.html