Benarkah Isu Sivakumar beri kelebihan kepada kerajaan

Benarkah Isu Sivakumar beri kelebihan kepada kerajaan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benarkah Isu Sivakumar beri kelebihan kepada kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Benarkah Isu Sivakumar beri kelebihan kepada kerajaan
link : Benarkah Isu Sivakumar beri kelebihan kepada kerajaan

Baca juga


Benarkah Isu Sivakumar beri kelebihan kepada kerajaan

PETALING JAYA: Siasatan terhadap Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dilihat memberi kelebihan kepada parti kerajaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Parti Amanah, Mohd. Hasbie Muda berkata, salah laku membabitkan Ahli Parlimen Batu Gajah selain beliau tidak direhatkan meskipun sedang disiasat tidak menjejaskan kedudukan kerajaan dalam menghadapi PRN nanti.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata, ini kerana kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat lebih telus dan tidak memilih dalam menyiasat mana-mana pemimpin sama ada pemimpin kerajaan mahupun pembangkang.

Malah, katanya, sekiranya Sivakumar dituduh, ia juga menunjukkan kerajaan tidak campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pendakwaan Jabatan Peguam Negara.

“Dalam hal ini, saya pun rasa berbesar hati sebab SPRM tidak dikawal atau diarah siasat pemimpin pembangkang semata-mata.

“Ini menunjukkan Perdana Menteri sememangnya memberi kebebasan kepada SPRM untuk siasat sesiapa sahaja termasuk pemimpin kerajaan.

“Jadi tuduhan hanya siasat pemimpin pembangakang jelas tidak betul kerana beliau (Sivakumar) juga adalah pemimpin kanan dalam DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Mohd. Hasbie berkata, Pemuda Amanah tetap mengharapkan Menteri Sumber Manusia itu tidak mempunyai kaitan dengan siasatan yang sedang dihadapinya.

Namun, katanya, sekiranya ada bukti yang kukuh beliau terlibat, maka SPRM dan Jabatan Peguam Negara tidak boleh teragak-agak melaksanakan pendakwaan.

“Malah, seeloknya kalau memang fakta-fakta kes itu menunjukkan beliau terlibat, seeloknya beliau direhatkan daripada tugas menteri,” katanya.

Pada 16 April lalu, Utusan Malaysia semalam melaporkan, Sivakumar disiasat SPRM berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Ahli Parlimen DAP itu hadir ke SPRM bagi menjelaskan dakwaan beliau telah menerima wang secara tunai oleh seorang ahli perniagaan yang juga ditahan SPRM bersama dua pegawai kanannya.

Sesi merakam keterangan itu juga dipercayai berlangsung selama lebih sembilan jam dan serentak itu SPRM turut dikatakan menggeledah pejabat dan rumah menteri terbabit bagi menjejaki wang yang didakwa diperoleh beliau. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Benarkah Isu Sivakumar beri kelebihan kepada kerajaan

Sekianlah artikel Benarkah Isu Sivakumar beri kelebihan kepada kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Benarkah Isu Sivakumar beri kelebihan kepada kerajaan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/benarkah-isu-sivakumar-beri-kelebihan.html

Subscribe to receive free email updates: