Depa Bergaduh Di Halaman Rumah Lagi...

Depa Bergaduh Di Halaman Rumah Lagi... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Depa Bergaduh Di Halaman Rumah Lagi..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Depa Bergaduh Di Halaman Rumah Lagi...
link : Depa Bergaduh Di Halaman Rumah Lagi...

Baca juga


Depa Bergaduh Di Halaman Rumah Lagi...

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai orang tua beliau menegur dengan harapan dapat memberi kesedaran kepada DAP dan UMNO agar tidak bergaduh di khalayak ramai.

"Bila kamu berkelahi secara terbuka menggunakan media, semua orang akan baca. Jadi rakyat berpandangan pemimpin parti sudah tidak sehaluan kerana bergaduh sesama sendiri.

"Untuk mendapatkan rumah tangga bahagia, mereka bergaduh dalam bilik dan tempat tertutup, barulah tidak nampak. Orang tua-tua dulu kata jangan bergaduh di halaman rumah, tepi laman sebab jiran tetangga dan orang yang lalu lalang boleh tengok, jadi semua boleh tahu masalah kita,"

Beliau berkata demikian ketika membeli baju raya kepada 41 orang penghuni Rumah Amal Asnaf Al-Barakh di Keramat yang berusia lapan bulan sehingga 14 tahun.

Tapi.. depa bergaduh dihalaman rumah juga..

Ini antara Naib Pengerusi DAP Chow Kon Yeow dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed.

GEORGE TOWN: DAP tidak seharusnya dipersalahkan atas perjuangan Umno mendapatkan semula sokongan Melayu kerana parti itu sudah kehilangan sokongan masyarakat sebelum kerajaan perpaduan ditubuhkan lagi, kata Naib Pengerusi DAP Chow Kon Yeow.

Menjawab kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed, Chow berkata, parti yang memimpin Barisan Nasional itu sudah kehilangan banyak sokongan orang Melayu pada PRU15, sebelum bekerjasama dengan DAP.

“Komen (Nur Jazlan) tidak munasabah langsung. Kehilangan sokongan Melayu terhadap mereka, daripada (menjadi) parti dominan (Melayu) kepada parti yang hanya mempunyai 20 kerusi, (itu) tiada kena mengena dengan DAP,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini.

Pada Sabtu, Nur Jazlan dilaporkan berkata hubungan Umno dengan DAP dalam kerajaan perpaduan menyukarkan usaha untuk mendapatkan semula sokongan orang Melayu.

Umno mempamerkan prestasi pilihan raya terburuk dengan hanya memenangi 26 kerusi Parlimen pada PRU15. Parti itu kehilangan sebahagian besar kerusi kepada Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

laporan penuh sila baca di SINI

Ini pula antara Seorang Ahli Parlimen DAP dan Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Michael Chong

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen DAP membidas gesaan MCA supaya Menteri Sumber Manusia V Sivakumar bercuti sementara menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pengambilan pekerja asing.

“Mengapa MCA tidak minta bekas perdana menteri Najib (Razak) bercuti apabila terdapat pelbagai siasatan berhubung 1MDB di dalam dan di luar negara?” soal Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng.

“Mengapa MCA bukan sahaja berdiam diri apabila dana negara dirompak oleh Najib, malah memberikannya sokongan tanpa syarat untuk memerintah negara (ketika itu)?”

Lim menjawab gesaan Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Michael Chong semalam agar Sivakumar bercuti sementara menunggu hasil siasatan SPRM bagi mengelak menjejaskan imej kerajaan perpaduan.

Sivakumar, yang juga Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, menarik perhatian umum selepas SPRM menahan dua pegawai kanannya dan seorang ahli perniagaan minggu lalu berhubung siasatan ke atas pengambilan pekerja asing. Ketiga-tiga mereka dibebaskan daripada reman pada Isnin.

Sivakumar juga disoal siasat SPRM sebanyak dua kali sebagai sebahagian daripada siasatan, menurut sumber.

laporan penuh sila baca di SINI

kalau dibiarkan.. lama-lama kudis boleh merebak jadi kanser ni..


Demikianlah Artikel Depa Bergaduh Di Halaman Rumah Lagi...

Sekianlah artikel Depa Bergaduh Di Halaman Rumah Lagi... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Depa Bergaduh Di Halaman Rumah Lagi... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/depa-bergaduh-di-halaman-rumah-lagi.html

Subscribe to receive free email updates: