Kenapa PN Yakin Boleh Menang 14 DUN Di Pulau Pinang?

Kenapa PN Yakin Boleh Menang 14 DUN Di Pulau Pinang? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa PN Yakin Boleh Menang 14 DUN Di Pulau Pinang?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa PN Yakin Boleh Menang 14 DUN Di Pulau Pinang?
link : Kenapa PN Yakin Boleh Menang 14 DUN Di Pulau Pinang?

Baca juga


Kenapa PN Yakin Boleh Menang 14 DUN Di Pulau Pinang?

Kalau PN dikata oleh Zahid Hamidi sebagai bermimpi di siang hari kerana menyasarkan sehingga 15 kerusi DUN majoriti Melayu di Pulau Pinang untuk dimenangi, UMNO pula bagaimana?

Jangan lupa UMNO gagal dan kecundang di semua kerusi Parlimen baru-baru ini di Pulau Pinang. Empat kerusi Parlimen Melayu, tiga dimenangi PN iaitu Kepala Batas, Permatang dan Tasik Gelugor, manakala Pakatan Harapan melalui PKR pula menang tipis di Parlimen Balik Pulau.

Dengan tiga kerusi Parlimen majoriti Melayu dikuasai oleh PN, PN punya asas untuk mensasarkan menang beberapa kerusi DUN tidak seperti Umno yang tiada satu pun Kerusi Parlimen?

Takkanlah UMNO mengharapkan bantuan dari PH terutama DAP yang mendominasi kuasa di DUN Pulau Pinang untuk menang? Mustahil DAP mahu membantu UMNO yang sedang sesak nafas tu..

Laporan berkaitan..

Oleh MUJIBU ABD MUIS

KEYAKINAN Perikatan Nasional (PN) menang di 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang sangat menarik perhatian.

Walaupun diperli Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti bermimpi di siang hari, keyakinan tersebut perlu dilihat secara mendalam.

Secara umum, jika PN menang kesemua kerusi Melayu, ia masih tidak memungkinkan pakatan itu menguasai pentadbiran negeri.

Angka 15 masih jauh untuk memperoleh majoriti mudah 21 kerusi daripada 40 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Namun kemampuan untuk menyapu habis semua kerusi Melayu sudah cukup untuk menggambarkan pengaruh PN menerusi kebangkitan politik etno-agama yang bersifat konservatif, sesuatu yang paradoks dalam dinamika toleransi masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia.

Secara mikro, ia turut memperlihatkan peralihan sokongan orang Melayu kepada parti-parti Melayu yang established terutamanya UMNO, PKR dan Amanah.

Mungkin UMNO sudah tidak dominan di sini sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), namun bagi PKR dan Amanah (baca:PH) hilang pengaruh di negeri seperti Pulang Pinang sememangnya membimbangkan.

Tidak perlu mengungkit bagaimana kawasan-kawasan Parlimen Melayu hilang dibadai ‘Gelombang Hijau’ dalam PRU15 lalu. Persoalannya, dalam PRN nanti adakah ia boleh berulang dan mampu kah ia dihalang?

Untuk rekod 35 kerusi DUN ketika ini dikuasai PH (33) dan BN (2) dengan baki lima kerusi kepada PN (empat Bersatu dan satu Pas) sebelum empat kerusi Bersatu dikosongkan selaras dengan akta lompat parti yang diluluskan sidang DUN awal Mac lalu.

Untuk melihat senarionya, kemampuan PN menguasai kerusi-kerusi Melayu ketika PRU15 memberikan petanda bahawa gelombang tersebut masih berpotensi untuk berulang.

Pertama peralihan undi sokongan orang Melayu di Pulang Pinang memperlihatkan faktor hilang daya tarikan terhadap parti Melayu yang menjadikan PN sebagai alternatif.

Kedua pecahan undi di kalangan orang Melayu sepertimana sebelumnya masih memperlihatkan kebarangkalian berlaku hayunan di mana ia berlaku secara ketara di kalangan pengundi baru dan muda.

Sebelumnya, kelompok ini masih belum boleh mengundi dan pecahan undi memihak kepada PH di samping kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap UMNO sejak 2008 serta Pas yang masih bergantung kepada kekuatan sokongan setempat secara satelit. Namun begitu taburan undi yang diterima parti masing-masing masih lagi relatifnya seimbang.

Secara umum pecahan undi Melayu dalam beberapa pilihan raya memperlihatkan pola taburan undi yang diterima tidaklah konsisten kepada mana-mana parti, di sebalik kemerosotan pengaruh UMNO dan populariti mendadak PN.

Cuma PRU15 memperlihatkan keseimbangan tersebut telah berubah di sebalik ketidakseragaman pola pengundian orang Melayu dalam setiap pilihan raya.

Paling penting, kebangkitan politik etno-agama dan konservatisme Melayu di samping sentimen serta skeptikal orang Melayu terhadap PH terutamanya DAP yang berakar umbi sejak sekian lama menjadi faktor tertinggi untuk menjejaskan sokongan kelompok Melayu kepada PH.

Dengan DAP menjadi ‘sasaran utama’ serangan, kebarangkalian untuk ia meningkatkan sokongan kepada PN di kawasan Melayu amat besar. Malah dikhuatiri ia mungkin akan membawa kesan limpahan ke Selangor dan Negeri Sembilan.

Menjangkakan bahawa kerjasama ‘pakatan perpaduan’ PH-BN di sini dan menjadikan pertandingan satu lawan satu dengan PN dalam PRN akan menjadikan persaingan seimbang masih terlalu awal untuk diperkatakan.

Yang pasti, PN tidak boleh mengharap undi Melayu semata-mata untuk menawan Pulau Pinang. Tetapi kemampuan PN memenangi kesemua kerusi Melayu dalam PRN nanti akan lebih menyakitkan ‘pakatan perpaduan’ PH-BN kalaupun mereka masih kekal memerintah untuk penggal seterusnya.


Penulis ialah Pensyarah Kanan Sains Politik, 
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP), 
Universiti Teknologi Mara (UiTM)


Demikianlah Artikel Kenapa PN Yakin Boleh Menang 14 DUN Di Pulau Pinang?

Sekianlah artikel Kenapa PN Yakin Boleh Menang 14 DUN Di Pulau Pinang? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa PN Yakin Boleh Menang 14 DUN Di Pulau Pinang? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/kenapa-pn-yakin-boleh-menang-14-dun-di.html

Subscribe to receive free email updates: