Salah Ke Sewa Hotel Bila Balik Kampung?

Salah Ke Sewa Hotel Bila Balik Kampung? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Salah Ke Sewa Hotel Bila Balik Kampung?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Salah Ke Sewa Hotel Bila Balik Kampung?
link : Salah Ke Sewa Hotel Bila Balik Kampung?

Baca juga


Salah Ke Sewa Hotel Bila Balik Kampung?

Menginap di hotel atau inap desa sewaktu pulang ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri seolah-olah telah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat negara ini apabila trend itu dilihat semakin popular pada masa kini.

Namun keputusan yang popular dalam kalangan perantau itu juga sering mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan masyarakat.

Ada yang menganggap golongan yang tidur di hotel ini mementingkan diri, malah tidak kurang juga yang menyatakan itu hanyalah alasan untuk mereka lari daripada melakukan kerja rumah semasa hari raya.

Pakar Sosial, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berpandangan, segelintir ahli keluarga dilihat lebih selesa untuk menginap di hotel atau inap desa bagi menguruskan keperluan diri semasa sambutan Aidilfitri.

Beliau berkata, situasi itu juga perlu dinilai dari sudut kesedaran masyarakat terhadap penjagaan aurat dan tatasusila yang semakin meningkat ketika ini.

Menurutnya, pembinaan rumah kampung secara asasnya lebih kepada ruang terbuka dengan jumlah bilik yang sangat terhad.

“Biasanya rumah di kampung hanya ada satu bilik sahaja. Jadi, kalau semua adik-beradik berkumpul, kita akan bentang toto dan tidur beramai-ramai di ruang tamu.

“Dengan bilik yang sikit dan semua orang berkongsi satu bilik air yang sama akan menyebabkan segelintir, terutama wanita mengalami sedikit kesukaran untuk menjaga batasan aurat.

“Jadi, untuk mengambil langkah berhati-hati, ramai dalam kalangan masyarakat kita memilih untuk menginap di hotel atau inap desa.

Ujar beliau, secara umumnya, keadaan status kehidupan masyarakat hari ini adalah berbeza dengan zaman dahulu.

Jelasnya, kemudahan dan kewujudan pelbagai hotel serta inap desa yang menawarkan harga berpatutan dapat memberikan pilihan kepada perantau untuk tinggal dalam keadaan yang lebih selesa sepanjang beraya di kampung.

Bagaimanapun, menurut Mohammad Shatar, keadaan itu dilihat tidak akan menjejaskan hubungan kekeluargaan kerana mereka masih lagi boleh berinteraksi antara satu sama lain sewaktu berkumpul di rumah ibu bapa.

“Mereka tetap pulang dan berkumpul di dalam satu rumah, namun apabila tiba masa untuk tidur atau menguruskan diri, masing-masing akan kembali ke tempat penginapan yang disewa untuk beberapa hari.

“Menginap di hotel bukan sebab timbulnya rasa tidak suka kepada ahli keluarga tertentu, tetapi sekadar untuk memberi keselesaan dan memudahkan ahli keluarga menguruskan diri,” katanya.

Tambah Mohammad Shatar, mereka juga bukannya langsung tidak menjenguk rumah ibu bapa dan tetap pergi dan beraya bersama-sama, cuma nak cari tempat sesuai di waktu kritikal seperti ketika nak mandi, memakai baju dan sebagainya.

“Dari kaedah sosialnya, perkara ini tidak mendatangkan masalah dan satu keperluan bagi terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini,” ujarnya lapor Sinar Harian

Selain dari Pakar Sosial tersebut Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor juga berpandangan hampir sama..

SHAH ALAM - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berpandangan tidak menjadi satu kesalahan jika anak-anak mahu menyewa di hotel atau inap desa selagi mereka boleh menyambut hari raya bersama-sama.

Jelas beliau, ia kerana ada sesetengah rumah sesak jika kesemua ahli keluarga pulang hingga menyebabkan mereka terpaksa tidur beramai-ramai di ruang tamu yang menimbulkan ketidakselesaan.

“Selain itu, kaum wanita perlu menjaga aurat sama ada dengan anggota keluarga atau bukan mahram.

“Bagaimanapun sebelum mahu menyewa hotel atau inap desa, alangkah baiknya jika perkara itu dijelaskan terlebih dahulu kepada ibu bapa agar mereka tidak berkecil hati,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Rabu.

Tambah beliau, hal itu perlu dilakukan bagi mengelakkan timbulnya salah faham antara satu sama lain yang mana mereka menyangka anak menantu sudah tidak sudi untuk menginap di rumah keluarga lagi.

Sementara itu, pendakwah, Asma’ Harun berpandangan, isu penjagaan aurat bukanlah faktor utama yang menyebabkan perantau perlu menyewa hotel atau inap desa.

Jelasnya, ini kerana masyarakat dahulu juga berdepan dengan situasi sama, namun mereka tidak menganggap ia sebagai satu halangan untuk bersama-sama keluarga menyambut hari raya di dalam rumah yang sama.

“Mereka ada alternatif yang tersendiri misalnya pasang kelambu, mengutamakan wanita untuk tidur di dalam bilik dan menyediakan satu ruangan khas bagi tujuan menyalin pakaian.

“Jika ada rezeki lebih, tidak salah ahli keluarga berpakat membina atau menambah jumlah bilik untuk kemudahan semua,” ujarnya.

Namun, Asma’ menjelaskan tidak menjadi kesalahan jika seseorang mahu menyewa di hotel atau inap desa asalkan hubungan antara ibu bapa, adik beradik dan sanak-saudara dijaga dengan baik.

SUKAR JAGA AURAT JIKA TIDUR BERAMAI-RAMAI DI RUANG TAMU

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tetap disambut meriah walaupun ramai yang memilih untuk tidur di hotel dan inap desa berbanding di rumah keluarga kerana mahu keselesaan dan menjaga batas aurat.

Menurut Nur Atiqah Faizwaty Mohd Faizal Azmi, 28, sudah menjadi kebiasaan untuk dia dan keluarga tidur di inap desa berbanding tidur di rumah keluarga kerana mahu menjaga batas dan aurat sebagai seorang wanita.

“Sebagai seorang wanita, sudah tentu saya mahukan waktu tidur yang berkualiti tanpa perlu memikirkan bentuk tubuh diperhatikan ketika tidur,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, Nur Hanani Amira A Halim, 23, berkata, dia dan keluarga memilih untuk tidur di inap desa kerana mahu keselesaan sewaktu tidur “Kalau menginap di rumah atok dan nenek, kami perlu tidur di ruang tamu secara beramai-ramai dan keadaan itu memerlukan saya untuk memakai tudung sepanjang malam.

“Saya bukan tidak selesa untuk memakai tudung sepanjang hari tetapi mahu juga baring tanpa meletakkan apa-apa kain pada kepala,” katanya.

Pekerja logistik, Nizamuddin Salehuddin, 25, berkata, rumah keluarga di kampungnya tidak mempunyai bilik yang mencukupi menyebabkan dia dan keluarga memilih untuk tidur di rumah sewa.

Katanya, tujuan utama menyewa rumah bukanlah disebabkan tidak mahu bergaul dengan saudara-mara tetapi kerana tiada ruang privasi untuk tidur dan menukar pakaian.

“Tidak timbul isu hubungan renggang atau kurang akrab dalam kalangan ahli keluarga ekoran trend itu,” katanya...

Jadi.. apa masaalahnya sewa hotel bila balik ke kampung ini hingga ada yang menjadikannya sebagai isu?


Demikianlah Artikel Salah Ke Sewa Hotel Bila Balik Kampung?

Sekianlah artikel Salah Ke Sewa Hotel Bila Balik Kampung? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Salah Ke Sewa Hotel Bila Balik Kampung? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/salah-ke-sewa-hotel-bila-balik-kampung.html

Subscribe to receive free email updates: