SPRM Jejaki Wang Tunai Didakwa Diserah Kepada Menteri

SPRM Jejaki Wang Tunai Didakwa Diserah Kepada Menteri - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM Jejaki Wang Tunai Didakwa Diserah Kepada Menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM Jejaki Wang Tunai Didakwa Diserah Kepada Menteri
link : SPRM Jejaki Wang Tunai Didakwa Diserah Kepada Menteri

Baca juga


SPRM Jejaki Wang Tunai Didakwa Diserah Kepada Menteri

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus menjejaki wang tunai bernilai jutaan ringgit yang dikaitkan diserahkan orang te­ngah kepada seorang menteri meski­pun penggeledahan di pe­­jabat dan kediaman beliau se­malam tidak menemukan buk­ti itu.

Menurut satu sumber, penggeledahan oleh SPRM di pejabat di Putrajaya dan kediaman yang diduduki menteri itu adalah sebahagian siasatan berhubung dakwaan me­nerima wang jutaan ringgit menerusi ahli perniagaan yang turut ditahan bersama dua pegawainya sebelum ini.

Kata sumber, SPRM juga ti­dak menolak kemungkinan akan memanggil dan me­ngambil ke­terangan menteri itu sekali lagi dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Difahamkan, tiada sebarang rampasan dilakukan kerana SPRM tidak menemukan sebarang bukti yang diperlukan.

“SPRM juga dalam tindakan mengesan saksi-saksi lain bagi mengukuhkan siasatan kes itu,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata sumber, kemungkinan wang tunai itu disimpan di lokasi tertentu ataupun telah digunakan masih dalam siasatan SPRM.

Dalam ada itu, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ke­ti­ka ditemui media selepas pra­pe­lancaran National Trai­ning Week (NTW) 2023 menafikan SPRM menggeledah kediaman beliau, kelmarin.

Ketika diasak puluhan media sama ada badan penguatkuasa itu melakukan penggeledahan ke atas kediaman termasuk pejabatnya, Ahli Parlimen Batu Gajah itu hanya menjawab tidak.

Dalam masa sama, beliau sekali lagi mengulangi kenya­taan untuk memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan berkenaan.

“Saya akan beri kerjasama, Kementerian Sumber Manusia akan beri semua kerjasama dalam siasatan ini.

“Biar mereka (SPRM) buat siasatan, (kes) masih dalam proses siasatan dan kalau apa-apa kita akan bagi kerjasama yang penuh..okay.. itu saja.

“(Semalam) kita hanya beri kenyataan, saya kata akan bagi kerjasama, saya bagi kerjasama,” ujarnya.

Mengulas isu sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, tiada sebarang arahan bercuti dikeluarkan terhadap Sivakumar meskipun beliau sedang disiasat oleh SPRM.

Beliau tidak mengeluarkan sebarang arahan khusus kerana Sivakumar hanya dalam proses siasatan dan bukan didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, Anwar meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai Sivakumar.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Sivakumar disiasat SPRM berhubung kait wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak-kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Ahli Parlimen DAP itu dipanggil membantu siasatan susulan siasatan SPRM terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas dan penahanan setiausaha sulitnya minggu lalu.

Sesi merakam keterangan itu juga dipercayai berlangsung selama lebih sembilan jam dan serentak itu SPRM turut dikatakan menggeledah pejabat dan rumah menteri terbabit bagi menjejaki wang yang didakwa diperoleh beliau.

Katanya, kehadiran Sivakumar ke SPRM bagi menjelaskan dakwaan beliau telah menerima wang secara tunai oleh seorang ahli perniagaan yang juga ditahan SPRM bersama dua pegawai kanannya. – UTUSAN


Demikianlah Artikel SPRM Jejaki Wang Tunai Didakwa Diserah Kepada Menteri

Sekianlah artikel SPRM Jejaki Wang Tunai Didakwa Diserah Kepada Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM Jejaki Wang Tunai Didakwa Diserah Kepada Menteri dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/sprm-jejaki-wang-tunai-didakwa-diserah.html

Subscribe to receive free email updates: