17 Ahli Parlimen BN Dan PH Akan Lompat?

17 Ahli Parlimen BN Dan PH Akan Lompat? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 17 Ahli Parlimen BN Dan PH Akan Lompat?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 17 Ahli Parlimen BN Dan PH Akan Lompat?
link : 17 Ahli Parlimen BN Dan PH Akan Lompat?

Baca juga


17 Ahli Parlimen BN Dan PH Akan Lompat?

DESAS-desus komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul semula. Ini bukan baharu.

Sejak 2020, isu komplot, guling dan kejatuhan mana-mana kerajaan sudah tidak mengejutkan dan sesiapa sahaja perlu berhadapan dengan senario seperti itu.

Ini juga percaturan pengurusan persepsi untuk ‘memecahkan jong agar yu kenyang’.

Politik adalah seni segala kemungkinan dan politik angka menjadi asas dalam gelanggang pembentukan kerajaan dan barangkali fenomena ‘tidak ada musuh atau lawan tetap tetapi hanya kepentingan’ terus mendominasi.

Ungkapan ‘operator politik’ dan ‘broker politik’ kembali popular.

Walaupun keputusan pada 19 November 2022 membawa kepada kedudukan Parlimen tergantung, namun, pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 menunjukkan pembentukan kerajaan dengan majoriti dua pertiga apabila beberapa blok parti gabungan bergerak ke arah iltizam politik tahap tinggi membawa kepada koloborasi politik yang merangkumi Pakatan Harapan (PH) 82 kerusi, Barisan Nasional (BN) 30, Gabungan Parti Sarawak (GPS) 23, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 6, Muda (1), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (1) dan Bebas (1). 148 dimiliki oleh ‘Kerajaan Perpaduan’ Malaysia Madani, pembentukan penggabungan kerajaan campuran ‘perpaduan’ Anwar.

Ini berlaku buat kali pertama sejak PRU 2008 yakni pembentukan kerajaan dengan majoriti dua pertiga. Goyangkah kerajaan ini dan wajarkah Anwar tumbang dalam pergelutan kuasa?

Laporan berkaitan....
 

SHAH ALAM - Arena politik Malaysia sentiasa diwarnai dengan pelbagai spekulasi dan yang terbaru, wujud dakwaan kononnya 17 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal melompat parti menyertai Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Jika dakwaan itu menjadi realiti, maka ini bermakna semua ahli Parlimen terbabit terpaksa mengosongkan kerusi disandang mereka bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang dijadual pada bulan Julai nanti.

Ini kerana Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 (Akta A1663) Larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti politik yang berkuat kuasa mulai 5 Oktober 2022 memperuntukkan bahawa seseorang ahli Parlimen boleh terpecat status sebagai wakil rakyat menerusi tiga keadaan.

Pertama, jika mereka mengumumkan keluar parti politik dengan menjadi ahli Bebas atau menyertai parti politik lain.

Kedua, jika seorang ahli Parlimen dipecat oleh partinya, manakala ketiga, sekiranya wakil seseorang rakyat Bebas menyertai mana-mana parti politik.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, biarpun Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan ada ahli Parlimen BN akan melompat parti, namun perkara itu tidak mustahil berlaku.

Menurut Mohammad Taufik, walaupun bukan mudah bagi mana-mana ahli Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahu melompat parti selepas penguatkuasaan Akta A1663 atau Akta Anti Lompat Parti, namun mereka mungkin berbuat demikian demi kepentingan politik dan kepuasan diri masing-masing, selain menerima tawaran menarik daripada PN.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan wujud perjanjian bersifat 'menang-menang' antara ahli Parlimen BN dan PKR dengan PN jika mereka mahu benar-benar meninggalkan gabungan asal parti masing-masing dalam masa terdekat.

"Jika benar-benar berlaku maka ia memberikan isyarat kepada kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sebenarnya bukan mudah untuk sesebuah gabungan parti politik kekal stabil dan terus berkuasa di Putrajaya dengan situasi politik mencabar sekarang.

"Ahli Parlimen yang mahu melompat parti pula kena lihat apakah kesan tindakan mereka kepada kestabilan politik, ekonomi dan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia pada masa depan," katanya.

TAWARAN

Mohammad Taufik juga tidak menolak kemungkinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GPS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) akan meninggalkan kerajaan campuran pimpinan Anwar jika mereka mendapat tawaran lebih baik dan bermanfaat kepada rakyat Sabah/Sarawak daripada PN.

Katanya, rakyat juga boleh menilai sama ada tindakan ahli Parlimen BN dan PH melompat parti menyertai PN itu adalah demi kepentingan politik peribadi atau manfaat parti serta pemimpin tertentu sahaja.

Dalam pada itu, beliau berkata, jika tiada ahli Parlimen BN dan PKR melompat parti maka dakwaan itu hanya sekadar propaganda politik yang cuba ditimbulkan pembangkang untuk melemahkan kerajaan pimpinan Anwar.

"Ahli Parlimen sekarang bukan mudah untuk dicucuk hidung oleh mana-mana pemimpin politik yang mempunyai kepentingan peribadi kerana mereka mahu meninggalkan legasi berharga dan dikenang generasi akan datang, bukan sekadar bergelar wakil rakyat biasa semata-mata," jelasnya.

KEJATUHAN

Sementara itu Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir, menolak spekulasi kemungkinan ahli Parlimen BN dan PH akan melepaskan jawatan selaku wakil rakyat secara beramai-ramai sehingga menjadi titik permulaan kepada kejatuhan Kerajaan Madani dalam masa terdekat.

Sebaliknya, beliau berpandangan bahawa dakwaan berkenaan hanya strategik perang psikologi yang cuba dimainkan parti pembangkang untuk memberikan gambaran bahawa kerajaan campuran diketuai Ahli Parlimen Tambun berkenaan lemah dan kini berada di ambang kejatuhan atau kehancuran.

Bagaimanapun, Jeniri menjelaskan, bukan mudah bagi 17 Ahli Parlimen BN dan PH berkenaan untuk melompat parti secara beramai-ramai kerana mereka perlu mengambil kira pelbagai aspek sebelum berbuat demikian.

"Jika pun 17 Ahli Parlimen BN dan PH keluar parti, namun Anwar masih kekal sebagai Perdana Menteri dan kerajaan hari ini tidak akan jatuh selagi mendapat sokongan daripada lebih 130 Ahli Dewan Rakyat termasuk dari GPS, GRS dan Warisan.

"Oleh itu, saya berpandangan bahawa dakwaan 17 Ahli Parlimen BN dan PH akan menyeberang dan melompat parti hanya spekulasi bagi mencetuskan persepsi negatif kepada kerajaan pimpinan Anwar dalam kalangan rakyat," kata beliau.

Kesimpulannya, Jeniri menegaskan rakyat sebenar sudah muak dengan permainan politik pihak tertentu yang berlaku sehingga menyebabkan Malaysia terpaksa bertukar kerajaan dan Perdana Menteri empat kali dalam tempoh kira-kira lima tahun lalu, sekali gus merugikan ekonomi negara dan menjejaskan kemasukan pelaburan asing ke negara ini - SH


Demikianlah Artikel 17 Ahli Parlimen BN Dan PH Akan Lompat?

Sekianlah artikel 17 Ahli Parlimen BN Dan PH Akan Lompat? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 17 Ahli Parlimen BN Dan PH Akan Lompat? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/17-ahli-parlimen-bn-dan-ph-akan-lompat.html

Subscribe to receive free email updates: