Annuar, KJ Dan Noh Akan Teruskan Gelombang Hijau?

Annuar, KJ Dan Noh Akan Teruskan Gelombang Hijau? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Annuar, KJ Dan Noh Akan Teruskan Gelombang Hijau?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Annuar, KJ Dan Noh Akan Teruskan Gelombang Hijau?
link : Annuar, KJ Dan Noh Akan Teruskan Gelombang Hijau?

Baca juga


Annuar, KJ Dan Noh Akan Teruskan Gelombang Hijau?

SHAH ALAM - Penghijrahan beramai-ramai bekas pemimpin UMNO dijangka meningkatkan sokongan pengundi muda dan golongan atas pagar kepada Perikatan Nasional (PN), menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, Julai nanti.

Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) dari Universiti Sunway, Profesor Wong Chin Huat berkata, penyertaan mantan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, itu dilihat mampu menarik sokongan sebahagian penyokong BN, terutama kumpulan anti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun Chin Huat berkata, impak sebenar penyertaan bekas pemimpin BN/UMNO berkenaan kepada PN menjelang PRN nanti, bergantung kepada tiga faktor lain iaitu pertama, sejauh manakah pengaruh mereka dalam arena politik tanah air sama ada tertumpu kepada kawasan Parlimen tertentu ataupun melimpahi sampai seluruh negeri.

"Faktor kedua ialah sejauh mana populariti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam enam bulan kebelakangan ini kerana setiap Perdana Menteri baharu mendapat sokongan tambahan lebih tinggi sebagai bonus, sehinggalah mereka membuat kesilapan besar.

"Dan ketiga perkembangan semasa sehingga hari mengundi yang mempengaruhi hasrat penyokong parti untuk keluar mengundi," katanya kepada Sinar Premium pada Isnin.

Selain itu katanya, desakan UMNO supaya Yang di-Pertuan Agong memberikan pengampunan kepada Najib dan pembebasan Ahmad Zahid juga dapat membantu meningkatkan sokongan pengundi kepada PN, pada PRN nanti.

Bagi penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, penghijrahan bekas pemimpin UMNO itu bagaimanapun dilihat tidak memberi impak kepada PN kerana dibayangi populariti Anwar yang naik mendadak selepas berjaya membentuk kerajaan campuran di Putrajaya pada November lalu.

Mazlan berpandangan, pembentukan kerajaan campuran terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), BN, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Putrajaya juga berjaya meneutralkan kemaraan gelombang hijau yang berlaku, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada lima bulan lalu.

"Biarpun Annuar mempunyai pengaruh besar dalam kalangan rakyat Kelantan; Khairy pula mempunyai pengaruh tersendiri di Negeri Sembilan, manakala Noh di Selangor terutamanya di Tanjong Karang, namun penyertaan mereka ke dalam PN tidak boleh mencetuskan fenomena atau tsunami politik baharu dalam PRN nanti.

"Tambahan pula, PN juga terpalit dengan pelbagai isu negatif termasuklah kes mahkamah membabitkan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan yang bakal menjejaskan peningkatan gelombang hijau, pada PRN nanti," katanya.

Bagaimanapun, Mazlan berkata, keputusan muktamad sama ada PN atau gabungan PH-BN menang PRN enam negeri berkenaan adalah bergantung kepada jumlah peratusan keluar mengundi pada hari pengundi kelak.

"Kalau ramai pengundi luar tidak pulang mengundi maka ia akan memberi kesan kepada peningkatan gelombang hijau dan peluang PN untuk menang kerusi," katanya.

Mazlan juga meramalkan bahawa Annuar, Noh dan Khairy mempunyai peluang besar untuk menang jika mereka bertanding di kawasan majoriti Melayu dan Selangor atau di Pantai Timur.

"Saya juga menjangkakan tidak mustahil lebih ramai bekas pemimpin UMNO terutama mereka dipecat bakal menyertai PN dalam masa terdekat bagi meningkatkan gelombang hijau menjelang PRN nanti.

"Malah, dalam PH pun mereka cuba mencetuskan gelombang 'Anwar Ibrahim' bagi menarik sokongan pengundi terutama anak muda terhadap PMX menerusi pelbagai program bersama rakyat, sekali gus menjadi cabaran kepada PN," katanya - SH


Demikianlah Artikel Annuar, KJ Dan Noh Akan Teruskan Gelombang Hijau?

Sekianlah artikel Annuar, KJ Dan Noh Akan Teruskan Gelombang Hijau? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Annuar, KJ Dan Noh Akan Teruskan Gelombang Hijau? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/annuar-kj-dan-noh-akan-teruskan.html

Subscribe to receive free email updates: