Tol Percuma: Setelah Dilaksana Baru Zahid Sedar?

Tol Percuma: Setelah Dilaksana Baru Zahid Sedar? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tol Percuma: Setelah Dilaksana Baru Zahid Sedar?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tol Percuma: Setelah Dilaksana Baru Zahid Sedar?
link : Tol Percuma: Setelah Dilaksana Baru Zahid Sedar?

Baca juga


Tol Percuma: Setelah Dilaksana Baru Zahid Sedar?

PEMBERIAN tol percuma kepada pengguna lebuh raya pada musim perayaan tidak menyelesaikan masalah kesesakan, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Ini kerana masalah kesesakan juga berpunca dari penutupan jalan akibat pembinaan, katanya.

“Terutama baru-baru ini ketika perayaan Aidilfitri, kerajaan putuskan tol percuma diberikan kepada kenderaan dan ini tidak menyelesaikan masalah kesesakan, malah kita lihat ianya berlaku.

“Oleh demikian tentu ada beberapa jalan kaedah penyelesaian kepada masalah itu,” katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Tambahnya, ada jalan yang ditutup sehingga tiga tahun meskipun projek pembinaan sudah selesai.

Oleh itu kerajaan memutuskan untuk membuka semua jalan yang ditutup untuk tujuan pembinaan dalam masa terdekat, katanya lagi.

“Penutupan jalan ini hendaklah dikurangkan dan mesti dimaklumkan supaya ada kaedah penyuraian terhadap masalah lalu lintas.

“Fokus kita adalah jalan atau lorong di kawasan pembinaan yang sudah siap dan projek yang belum dimulakan.

“Selepas mendapat senarai, dua kategori ini akan diarahkan untuk dibuka terlebih dahulu jika tidak berbahaya kepada orang ramai,” katanya.

Tambahnya bagi jalan atau lorong di kawasan pembinaan aktif, satu tempoh masa akan diberikan supaya laluan itu dapat dibuka sebaik saja pembinaan selesai.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya (JKMKJR) petang ini.

Beliau berkata, semua PBT diberi masa dua minggu untuk memberi input berkaitan sebelum dibawa pada mesyuarat jawatankuasa teknikal JKMKJR untuk diputuskan.

Menurutnya, satu penyelarasan akan dilakukan segera terutama bagi laluan utama berdekatan kawasan pembinaan lebuh raya, bangunan atau lain-lain infrastruktur.

Kata Zahid, lebih banyak laluan kontra juga akan diwujudkan bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas di Lembah Klang terutama pada waktu puncak.

“Ketika ini, beberapa laluan kontra diperkenalkan terutama bagi laluan Kajang - Cheras - Putrajaya,” katanya.

Dalam perkembangan sama Ahmad Zahid berkata, kerajaan menyasarkan isu kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dijangka dapat diselesaikan secara menyeluruh sebelum tahun 2030.

“Kami dimaklumkan DBKL meletakkan sasaran pada 2030, namun mesyuarat tadi memutuskan ia mesti diselesaikan lebih awal daripada 2030.

“Jadi, kita meletakkan tarikh sasaran baharu bagi penyelesaian menyeluruh di mana Menteri Pengangkutan, Anthony Loke akan mempengerusikan jawatankuasa teknikal bagi perkara itu.”

Tol percuma berkuatkuasa di 33 lebuh raya bermula 19 April hingga 21 April dan juga pada 24 April bagi mengurangkan kos pengguna yang melakukan perjalanan bagi menyambut Hari Raya.

Inisiatif yang dijenamakan sebagai tol percuma rahmah itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim - The Malaysian Insight


..... Hmm.. dah dilaksanakan baru dia sedar ianya tidak praktikal.. tapi.. takkanlah sebelum dilaksanakan tak ada perbincangan tentang rancangan ni kot?


Demikianlah Artikel Tol Percuma: Setelah Dilaksana Baru Zahid Sedar?

Sekianlah artikel Tol Percuma: Setelah Dilaksana Baru Zahid Sedar? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tol Percuma: Setelah Dilaksana Baru Zahid Sedar? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/tol-percuma-setelah-dilaksana-baru.html

Subscribe to receive free email updates: