Angka 126 Sebabkan Penyokong Kerajaan 'Meroyan'?

Angka 126 Sebabkan Penyokong Kerajaan 'Meroyan'? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Angka 126 Sebabkan Penyokong Kerajaan 'Meroyan'?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Angka 126 Sebabkan Penyokong Kerajaan 'Meroyan'?
link : Angka 126 Sebabkan Penyokong Kerajaan 'Meroyan'?

Baca juga


Angka 126 Sebabkan Penyokong Kerajaan 'Meroyan'?

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na'aman, memberi bayangan gerakan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan bukan satu spekulasi, malah ia diketahui pimpinan tertinggi dalam kerajaan.

Beliau turut menyifatkan angka '126' yang dimuat naik dalam satu hantarannya di Facebook kelmarin, sebagai signifikan sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Kerajaan Perpaduan.

"Saya kira, angka ini signifikan hingga ramai 'çyber troopers' prokerajaan meroyan di laman Facebook saya.

"Saya fikir pihak sebelah sana (Kerajaan Perpaduan) pun tahu kebenarannya," katanya.

Kelmarin, Dr Muhammad Faiz memuat naik catatan di Facebooknya dengan menulis '126 dah…jika benar Alhamdulillah'.

Hantaran itu menimbulkan persoalan dengan ada yang mengaitkan angka itu sebagai jumlah Ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada parti pembangkang.

Beliau bagaimanapun terus mengunci mulut sama ada angka berkenaan merujuk kepada jumlah Ahli Parlimen atau sebaliknya.

"Tidak perlu risau dengan bilangan angka. Kami bukan seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dulu, yang sanggup buat sidang media berkali-kali hanya untuk sebut 'I have the numbers'.

"Adakah salah saya sebut 126?," soalnya.

Isnin lalu, Anwar tidak menolak wujud konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, namun beliau menegaskan ia sebagai tidak berasas.

Dalam perkembangan sama semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan, menafi dakwaan sesetengah pihak bahawa ada Ahli Parlimen daripada parti itu terbabit dalam usaha menjatuhkan kerajaan.

Jelasnya, BN tidak akan memporak-perandakan kerajaan, sebaliknya akan terus berpegang kepada janji untuk membentuk kerajaan yang stabil - BH


Demikianlah Artikel Angka 126 Sebabkan Penyokong Kerajaan 'Meroyan'?

Sekianlah artikel Angka 126 Sebabkan Penyokong Kerajaan 'Meroyan'? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Angka 126 Sebabkan Penyokong Kerajaan 'Meroyan'? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/angka-126-sebabkan-penyokong-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates: