Dilema Pengampunan Najib Razak

Dilema Pengampunan Najib Razak - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dilema Pengampunan Najib Razak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dilema Pengampunan Najib Razak
link : Dilema Pengampunan Najib Razak

Baca juga


Dilema Pengampunan Najib Razak

Oleh JUANI ABU BAKAR

PETALING JAYA: Kerajaan Per­sekutuan seolah-olah dalam dilema bagi menangani isu pengampunan diraja Datuk Seri Najib Tun Razak, sama ada mahu mempercepatkan proses permohonan tersebut atau sebaliknya.

Ini kerana, sebarang reaksi, tindakan mahupun keputusan kerajaan akan memberikan kesan terhadap semua pihak terutamanya parti-parti kerajaan yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Jika bekas Perdana Menteri itu mendapat pengampunan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat, beliau akan menjadi individu terawal diampunkan dalam tempoh tidak sampai setahun selepas dipenjarakan.

Namun, jika Najib tidak diampunkan dalam masa terdekat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berdepan tekanan dan desakan dalam menjaga hati sesetengah pihak yang mahukan pengampunan Najib diproses segera.

Ini kerana Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan Lembaga Pengampunan terhadap mana-mana individu termasuk Najib.

Bercakap kepada media, bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, walaupun keputusan akhir pengampunan terletak pada Agong, proses pengampunan banyak melibatkan pandangan Perdana Menteri.

“Pandangan Perdana Menteri boleh mempengaruhi Lembaga Pengampunan, malah beliau boleh menasihatkan kes yang sesuai untuk pertimba­ngan baginda.

“Agong mendengar panda­ngan semua ahli lembaga, tetapi pandangan Perdana Menteri paling diambil kira,” katanya.

PENGAMPUNAN

Katanya, ia boleh dibuktikan menerusi tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon pengampunan daripada ­Agong bagi membebaskan Anwar pada 2018, dalam tempoh beberapa hari selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri susulan pertukaran kerajaan.

“Agong ketika itu terus mengampunkan Anwar, berdasarkan nasihat iaitu me­ngapa Anwar patut diampunkan dan atas apa-apa sebab yang munasabah. Jadi, pandangan Perdana Menteri adalah penting,” katanya.

Berbeza dengan Anwar, ketika ini Najib mempunyai lima kes yang belum selesai secara muktamad termasuk kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih boleh dirayu oleh pihak pendakwaan.

Kes-kes lain dihadapi Najib ialah penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion, tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International, RM27 juta dan enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion (didakwa bersama-sama bekas Setia­usaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah).

Pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla pula menyifatkan, Najib mempunyai hak untuk membuat permohonan pengampunan, namun semua pihak perlu menyerahkan kuasa pengampunan sepenuhnya kepada budi bicara Agong.

Bagaimanapun, beliau ber­harap proses itu dapat dijalankan dengan mengambil kira implikasi terhadap imej mahkamah sebagai institusi kehakiman yang membuat keputusan.- UTUSAN


Demikianlah Artikel Dilema Pengampunan Najib Razak

Sekianlah artikel Dilema Pengampunan Najib Razak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dilema Pengampunan Najib Razak dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/dilema-pengampunan-najib-razak.html

Subscribe to receive free email updates: