Kenapa Kerajaan Lanjutkan Lagi Operasi Lynas?

Kenapa Kerajaan Lanjutkan Lagi Operasi Lynas? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Kerajaan Lanjutkan Lagi Operasi Lynas?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Kerajaan Lanjutkan Lagi Operasi Lynas?
link : Kenapa Kerajaan Lanjutkan Lagi Operasi Lynas?

Baca juga


Kenapa Kerajaan Lanjutkan Lagi Operasi Lynas?

KUALA LUMPUR: Keputusan memberikan lanjutan tempoh operasi selama enam bulan kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) diambil hanya untuk mengelak rantaian bekalan nadir bumi di peringkat global terkesan.

Justeru, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, berkata berkuatkuasa 1 Januari 2024, Lynas perlu memastikan loji pemecahan dan peresapan (C&L) di luar negara mula beroperasi kerana syarikat itu tidak lagi dibenarkan untuk mengimport bahan mentah yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi ke Malaysia.

Beliau berkata, keputusan itu muktamad berdasarkan Seksyen 32(5) Akta Perlesenan Tenaga Atom dan ia dibuat selepas mengambil kira kepentingan ekonomi, perlindungan alam sekitar dan kesihatan awam.

"Kerajaan memahami kepentingan industri nadir bumi dan komited untuk memastikan sebarang urusan perniagaan yang dijalankan berkaitan industri terbabit tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk setempat.

"MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan industri nadir bumi di Malaysia berkembang secara bertanggungjawab dan mematuhi peraturan serta piawaian yang ditetapkan," katanya melalui kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kerajaan memberikan Lynas tempoh lanjutan enam bulan untuk memenuhi syarat pelesenan beroperasi di negara ini.

Beliau berkata, lanjutan masa itu bagaimanapun disertai syarat ketat dan akan sentiasa dipantau.

Mengulas keputusan itu, Lih Kang berkata, satu sesi pendengaran diadakan pada 28 April lalu bagi mendengar rayuan daripada Lynas berhubung keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang menolak permohonan syarikat itu menggugurkan empat syarat lesen ditetapkan sebelum ini.

"Selepas proses pertimbangan dibuat, saya memutuskan untuk menolak rayuan pengguguran empat syarat lesen terbabit.

"Bagaimanapun, mengambil kira kesan keputusan berkenaan terhadap rantaian bekalan nadir bumi di peringkat global, saya bersetuju melanjutkan tempoh operasi kilang C&L berkenaan sehingga 31 Disember," katanya.

MOSTI sebelum ini mengadakan tribunal tertutup untuk mendengar rayuan Lynas terhadap empat syarat yang dikenakan terhadap syarikat itu oleh AELB.

Ia termasuk aktiviti C&L, penjanaan residu 'water leach purification' (WLP) dan pengimportan pekatan lantanid dari Australia.

Mengikut Akta Pelesenan Tenaga Atom, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mempunyai kuasa untuk memutuskan rayuan Lynas - BH


Demikianlah Artikel Kenapa Kerajaan Lanjutkan Lagi Operasi Lynas?

Sekianlah artikel Kenapa Kerajaan Lanjutkan Lagi Operasi Lynas? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Kerajaan Lanjutkan Lagi Operasi Lynas? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/kenapa-kerajaan-lanjutkan-lagi-operasi.html

Subscribe to receive free email updates: