Antara Siti Zailah Dan Bomba Kelantan, Siapa Berbohong?

Antara Siti Zailah Dan Bomba Kelantan, Siapa Berbohong? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Antara Siti Zailah Dan Bomba Kelantan, Siapa Berbohong?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Antara Siti Zailah Dan Bomba Kelantan, Siapa Berbohong?
link : Antara Siti Zailah Dan Bomba Kelantan, Siapa Berbohong?

Baca juga


Antara Siti Zailah Dan Bomba Kelantan, Siapa Berbohong?

Terdahulu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff menjelaskan tindakannya yang menggunakan pili bomba adalah mendapat kebenaran Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) serta Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.

"Penggunaan pili bomba adalah dengan kebenaran dan pengetahuan daripada pihak Balai Bomba Rantau Panjang.

"Malah pihak bomba juga banyak membantu kami menghantar bantuan air ke premis seperti surau dan sekolah yang kecemasan memerlukan air," katanya.

Lantaran itu seorang Facebooker Pro PAS telah memuat naik satu penjelasan panjang lebar mengenai isu ini..

MENJAWAB TUDUHAN BUDAK UMNO KONONNYA YB KAK LAH AHLI PARLIMEN RANTAU PANJANG MENCURI AIR DARI PILI BOMBA.

1) Bagaimana dikatakan mencuri dari pili bomba jika yang membantu membuka pili bomba itu adalah anggota dan pegawai bomba dengan pengetahuan dan persetujuan pihak bomba sendiri?

2) Air dari pili bomba berkenaan ialah sumber dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) milik Kerajaan Negeri Kelantan, selain dengan persetujuan dan pengetahuan pihak bomba ianya juga didalam pengetahuan dan persetujuan Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang jaga air dinegeri Kelantan.

3) Kini dalam keadaan darurat dimana air paip kering dan rakyat ketika nak menyambut Aidil Fitri di beberapa buah rumah di Rantau Panjang sedang memerlukan air sangat. Apakah dengan niat membantu rakyat dalam keadaan susah dan sesak dikirakan melakukan suatu kesalahan jenayah? Walaupun berbeza pandangan, kefahaman dan aliran politik, ketika rakyat tengah ditimpa kesusahan kalau tidak boleh membantu jangan pula melakukan fitnah. Jangan kita zalimi dan seksakan rakyat yang sedang menderita.

4) Politik murahan begini bukannya membawa sokongan sedikit pun kepada UMNO sebaliknya akan membangkitkan kemarahan rakyat kepada UMNO yang dilihat sombong, angkuh, bongkak dan mendongak langit tidak ada rasa pedulit dan prihatin secebis pun kepada rakyat ketika rakyat sedang bergelut dengan kepayahan mendapatkan bekalan air bersih diwaktu hari perayaan. Rakyat sudah boleh menilai parti mana yang peduli rakyat, merasai denyutan nadi rakyat dan dengar degupan jantung rakyat.

5) YB Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff @ Kak Lah cukup prihatin dan peduli nasib rakyat dibawah kawasan parlimen Rantau Panjang yang beliau MPnya.



Bagaimanapun media melaporkan..

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan tidak menerima sebarang permohonan daripada Ahli Parlimen untuk mengambil air daripada pili bomba.

PENGARAH Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Zainal Madasin menafikan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff ada meminta kebenaran pihaknya bagi mengambil air pili bomba.

"Sorry to say (maaf cakap) tapi dia tidak minta kebenaran dengan pihak bomba.

"Kita nak permohonan dalam hitam putih bukan secara verbal (lisan) dan kami memang tidak menerima surat setakat ini.

"Dia tidak minta kebenaran (ambil air) daripada pihak kami dan kalau dia kata dia minta balai sekalipun, dia kata dia rujuk dengan AKSB (Air Kelantan Sdn Bhd).

"Tetapi AKSB pun menafikan menerima permohonan daripada pihak terbabit," katanya kepada Majoriti.

Jelas Zainal lagi, pihak yang berkenaan seharusnya memohon secara bertulis dan bukan secara lisan.

"Kalau ada secara verbal pun itu cara yang salah dan kita rujuk pada AKSB.

"Memanglah air itu hak AKSB tetapi pili itu bomba punya," katanya lagi.

Siti Zailah kata dapat kebenaran Bomba, tapi Bomba kata tak dapat permohonan dari Siti Zailah dan status mengenai ambil air dari pili Bomba untuk dibekalkan kepada awam ini telah dipadam dari Facebook Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dan juga penjilatnya itu..

Siapa berbohong dalam isu ini sebenarnya?

Apapun.. kualiti air dari tangki simpanan bomba tidak dijamin selamat kerana ia sudah lama disimpan dan tidak sesuai untuk diminum. 

“Pengambilan air dari pili atau tangki simpanan bomba juga dilarang sekali kerana simpanan air tersebut adalah untuk kegunaan mencegah dan memadam kebakaran dan bukannya untuk diminum,” kata Penolong Pengurus Besar Sebuah Syarikat Pembekal Air suatu masa dulu...


Demikianlah Artikel Antara Siti Zailah Dan Bomba Kelantan, Siapa Berbohong?

Sekianlah artikel Antara Siti Zailah Dan Bomba Kelantan, Siapa Berbohong? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Antara Siti Zailah Dan Bomba Kelantan, Siapa Berbohong? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/antara-siti-zailah-dan-bomba-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates: