Move On La Datuk Seri.. Tak Payah Dok Layan Gossip 'Jatuhkan Kerajaan' Tu..

Move On La Datuk Seri.. Tak Payah Dok Layan Gossip 'Jatuhkan Kerajaan' Tu.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Move On La Datuk Seri.. Tak Payah Dok Layan Gossip 'Jatuhkan Kerajaan' Tu.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Move On La Datuk Seri.. Tak Payah Dok Layan Gossip 'Jatuhkan Kerajaan' Tu..
link : Move On La Datuk Seri.. Tak Payah Dok Layan Gossip 'Jatuhkan Kerajaan' Tu..

Baca juga


Move On La Datuk Seri.. Tak Payah Dok Layan Gossip 'Jatuhkan Kerajaan' Tu..

Media sebelum ini melaporkan desas-desus 10 ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin terbabit dalam komplot menggulingkan kerajaan dan mendakwa mereka ingin meletak jawatan sebagai wakil rakyat bagi membolehkan diadakan pilihan raya kecil (PRK).

Difahamkan, laporan itu menyebut beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk daripada MCA.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Meskipun telah dinafikan oleh Timbalan Presiden Bersatu itu Perdana Menteri masih mengulas perkara ini lalu memperlihatkan perkara ini seakan-akan benar-benar sedang berlaku.

Anwar menyifatkan desas-desus mengenai komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan adalah tidak berasas sama sekali.

“Tiada asas (komplot jatuhkan kerajaan), kita tumpu kerja. Dia tiada komplot, dia (mereka) nak kerja apa. Justeru, mereka jalankan tugas mereka maka, kita jalankan tugas kerajaan.

“Setiap bulan mereka ada strategi. Insya-Allah, setakat yang kita pantau keadaan (Kerajaan Perpaduan) cukup kuat.

“Apa yang penting, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta lain-lain cukup kuat dan jelas, jadi kita tumpu kerja.

“Jangan layan pengingau-pengingau ini,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Amanat Hari Pekerja 2023 sempena sambutan Hari Pekerja 2023 di Putrajaya baru-baru ini.

Beberapa hari kemudiannya pula di Permatang Pauh Anwar mencabar mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai sokongan cukup bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan supaya membawa usul berkenaan pada sidang Parlimen bulan ini.

Cabarannya itu dipersoalkan oleh Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris katanya

"Kenyataan Perdana Menteri itu ditujukan kepada Ketua Pembangkang (Datuk Seri Hamzah Zainudin), namun ketua pembangkang tidak pernah membuat kenyataan mempunyai majoriti yang mencukupi.

"Namun kenapa Anwar perlu memikirkan khabar angin atau gosip kecil di luar gelanggang. Sepatutnya dia tidak perlu fikir berapa angka yang pihak sebelah sana ada, sebab kerajaan dia sudah cukup kukuh iaitu 148 kerusi.

"Kenyataan Perdana Menteri itu ditujukan kepada Ketua Pembangkang (Datuk Seri Hamzah Zainudin), namun ketua pembangkang tidak pernah membuat kenyataan mempunyai majoriti yang mencukupi.

"Namun kenapa Anwar perlu memikirkan khabar angin atau gosip kecil di luar gelanggang. Sepatutnya dia tidak perlu fikir berapa angka yang pihak sebelah saha ada, sebab kerajaan dia sudah cukup kukuh iaitu 148 kerusi.

"Sangat sukar untuk pihak pembangkang mengatasi jumlah itu, ia bukanlah satu perkara mudah. Kecuali ketua pembangkang sendiri yang maklumkan kita ada angka mencukupi, barulah Anwar boleh cabar.

"Tapi isu angka mencukupi ini hanya cakap-cakap di kedai kopi, yang bercakap itu pun bukanlah tokoh, pimpinan tinggi atau ketua parti, sebaliknya hanyalah orang biasa," katanya kepada Berita Harian, hari ini.

Dalam pada itu, Razali berkata sekiranya Anwar masih berasa sangsi dengan angka diperolehi, tidak menjadi masalah untuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu untuk membuat undi tidak percaya berkenaan tanpa mencabar mana-mana pihak.

"Kalau dia takut dengan bayang-bayang sendiri, dia sendiri boleh buat undi tidak percaya, setiap kali Parlimen bersidang dia buat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Kerana Anwar ini nampak masih lagi macam pembangkang dan bukannya kerajaan," katanya.

DSAI sendiri dah kata perkara ini tiada asas.. jadi Move On la Datuk Seri.. tak payah dok layan sangat gossip nak jatuhkan kerajaan ni..


Demikianlah Artikel Move On La Datuk Seri.. Tak Payah Dok Layan Gossip 'Jatuhkan Kerajaan' Tu..

Sekianlah artikel Move On La Datuk Seri.. Tak Payah Dok Layan Gossip 'Jatuhkan Kerajaan' Tu.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Move On La Datuk Seri.. Tak Payah Dok Layan Gossip 'Jatuhkan Kerajaan' Tu.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/move-on-la-datuk-seri-tak-payah-dok.html

Subscribe to receive free email updates: