Mahathir Punca Orang Melayu Mundur?

Mahathir Punca Orang Melayu Mundur? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir Punca Orang Melayu Mundur?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir Punca Orang Melayu Mundur?
link : Mahathir Punca Orang Melayu Mundur?

Baca juga


Mahathir Punca Orang Melayu Mundur?

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR mendakwa dasar penswastaan Dr Mahathir Mohamad punca utama ramai orang Melayu ketika ini berada dalam kelompok miskin.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, berkata kemunduran orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor ekonomi sehingga kini perlu dipikul bekas perdana menteri itu.

“Dasar penswastaan Mahathir yang mengutamakan pembentukan kelas kapitalis kroni di kalangan segelintir orang Melayu adalah punca terbesar jutaan umat Melayu/Bumiputera menjadi rakyat miskin di bandar dan desa seluruh negara terutama di negeri majoriti Melayu dan Bumiputera,” katanya dalam kenyataan.

Beliau merujuk negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak yang mencatatkan jumlah kemiskinan tegar yang tinggi.

Hassan berkata, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu, dilaksanakan dengan pendekatan pembangunan ekonomi secara kapitalis bawah pentadbiran Mahathir.

“Jika dasar ini dilaksanakan secara pendekatan kelas mirip pendekatan sosialis yang mengutamakan kelas orang Melayu bawahan, sudah lama orang Melayu dapat dibebaskan daripada kemiskinan dan kemunduran,” katanya.

Katanya, pentadbiran Mahathir selama 22 tahun mengutamakan dasar penswastaan yang begitu meluas dengan syarikat milik kerajaan seperti Tenaga Nasional Bhd dan Telekom Malaysia Bhd diswastakan.

Hassan berkata, masalah kemiskinan tegar orang Melayu boleh “diubati” oleh kerajaan Anwar Ibrahim, dengan melihat semula Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan kedudukan hak istimewa orang Melayu.

“Dasar bersifat kartel dan monopoli seperti keistimewaan AP yang selama ini hanya menguntungkan segelintir elit Melayu perlu dinoktahkan.

“Keutamaan sekarang perlu berpindah kepada menjaga kepentingan jutaan rakyat Melayu miskin dan mundur. Jika ini kita laksanakan, barulah kita boleh panggil kerajaan Anwar Ibrahim ini Kerajaan Madani,” katanya - FMT


Demikianlah Artikel Mahathir Punca Orang Melayu Mundur?

Sekianlah artikel Mahathir Punca Orang Melayu Mundur? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir Punca Orang Melayu Mundur? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/mahathir-punca-orang-melayu-mundur.html

Subscribe to receive free email updates: