UMNO Dan Kejatuhannya.. Apa Kita Belajar Darinya?

UMNO Dan Kejatuhannya.. Apa Kita Belajar Darinya? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Dan Kejatuhannya.. Apa Kita Belajar Darinya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Dan Kejatuhannya.. Apa Kita Belajar Darinya?
link : UMNO Dan Kejatuhannya.. Apa Kita Belajar Darinya?

Baca juga


UMNO Dan Kejatuhannya.. Apa Kita Belajar Darinya?

GENAP lima tahun berlalu, gegaran politik yang melanda Malaysia dikira suatu di luar dugaan. Tahun 2018 akan diingati selama-lamanya sebagai tahun kejatuhan Umno.

Kekalahan besar itu benar-benar merombak struktur dan orde politik negara sekali gus menandakan Umno memasuki zaman kemerosotannya.

Saban tahun Umno mengadakan sambutan ulang tahun penubuhannya pada 11 Mei. Namun, tanggal 10 Mei 2018 Umno diisytiharkan sebagai pihak yang kalah – sehari sebelum Umno menyambut hari peringatan kelahirannya.

Maka timbullah perasaan duka dan gundah yang dikongsi oleh penyokong dan pendukung Umno yang sekian lama mengikat kesetiaan tak berbelah bahagi kepada parti Melayu yang diasaskan pada 1946 itu.

Kenyataan yang menganggap Umno selamanya kebal dan tidak akan dikalahkan akhirnya berjaya dipecahkan.

Saintis politik seperti Jesudason selama ini mencirikan Malaysia sebagai negara statist democracy kerana tidak berlakunya sebarang bentuk pertukaran rejim.

Keputusan PRU14 membuktikan penteorian tersebut berakhir dan boleh dicabar oleh para sarjana apabila Umno tidak selama-lamanya kebal dan kalis dengan perubahan.

Harapan dan impian tinggi bekas Presiden Umno Najib Razak sebelum PRU14 yang Umno akan ‘memerintah negara seribu tahun lagi’ punah dan musnah sama sekali.

Pengalaman yang dilalui Umno mempunyai beberapa ciri persamaan dengan sejarah Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun. LDP yang memegang teraju sejak 1955 tewas kepada Parti Demokratik Jepun (DJP) pada 2009 selepas lima dekad berkuasa.

Umno tersungkur jatuh selepas lebih 60 tahun berada di koridor kuasa.

Jangkaan yang Umno akan kembali bangkit pada PRU15 tidak menjadi realiti. Sejarah LDP yang berkuasa semula selepas hanya tiga tahun tumbang di tangan DJP gagal diulangi dan dijadikan pengajaran untuk Umno.

Lebih pahit, PRU15 Umno berada di kedudukan dan pilihan ketiga di mata pengundi Melayu. Perikatan Nasional yang mengandungi gabungan dua parti Melayu (PAS dan Bersatu) tanpa disangka-sangka merampas gelaran penghulu politik Melayu dari Umno. Suatu tragedi yang sungguh mengaibkan dalam lipatan sejarah Umno.

Begitu pun, sesuatu yang cuba digambarkan Umno keputusan pengundi yang meletakkan Pakatan Harapan sebagai pemerintah selama 22 bulan sebelumnya lebih merupakan satu kesilapan yang dilakukan pengundi.

Apatah lagi, Umno cuba menggambarkan yang tindakan untuk menukar kerajaan bukan suatu perkara yang patut dibuat ujikaji dan eksperimen.

Umno turut membayangkan kekalahannya bukan satu bentuk hukuman sebaliknya hanya teguran pengundi yang bersifat sementara.

Sebelum menjelang PRU15 Umno tampak yakin dapat memulihkan dan mengembalikan semula kepercayaan pengundi kepada mereka. Kemenangan besar pilihan raya negeri Melaka dan Johor di samping kemenangan tujuh kali pilihan raya kecil yang terakhir merupakan tanda aras dan perkiraan untuk Umno melakukan comeback dan melebarkan semula pengaruh seperti LDP di Jepun.

Ramalan dan unjuran bagi Umno berkuasa semula ternyata sekali menyimpang. Kegagalan yang seharusnya dijadikan sebagai pengajaran. Mereka terlalu bernostalgia dengan kejayaan-kejayaan lampau (pembawaan politik pembangunan) yang dianggap sebagai suatu unsur yang evergreen (malar segar selamanya).

Namun parti Umno banyak berjasa dengan sumbangan yang bukan sedikit khususnya kepada pembangunan orang Melayu. Perkara ini tidak dapat kita nafikan. Ia adalah fakta sejarah.

Sebahagian besar sejarah diwarnakan oleh pemimpin Umno. Misalnya belum ada lagi perdana menteri Malaysia yang lahir bukan daripada alumni dan asuhan Umno. Semuanya terhasil dari kilang dan produk Umno.

Melemahnya Umno sekarang menandakan politik Malaysia tidak akan sama seperti dahulu. Perubahan zaman dan peralihan generasi membuka peluang kepada pengundi kepada pelbagai pilihan parti.

Hakikatnya zaman terus bererdar, pusaka pastinya terus bergilir. Dalam erti kata lain, semua parti atau gabungan utama sama ada PH, BN dan PN akan menimba dan merasai pengalaman menang dan kalah.

Rakyat Malaysia harus menerima hakikat dan kenyataan parti politik yang memerintah boleh digantikan dan digilirkan. Setiap kali PRU berkemungkinan parti akan selalu bertukar tangan, seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Tidak ada lagi satu kutub kuasa yang dominan selepas ini – seperti 61 tahun hegemoni Umno dan pakatannya Barisan Nasional yang kini semakin terhakis.

Bayangan kekalahan Umno bagi penulis mulai tumbuh dan diperkatakan sejak PRU ke12 lagi. Ia berlaku secara perlahan-lahan bermula 2008 sehinggalah 2018 sebagai titik kemuncaknya kejatuhan Umno.

Ia kalah di lima negeri dalam PRU12, gagal mengekalkan majoriti dua pertiga serta hilang sokongan besar pengundi bukan Melayu dalam PRU13. Pada kemuncaknya ia hanya mengekalkan 54 kerusi dalam PRU14 yang menjadi penamat untuk Umno.

Lebih mengejutkan, Umno terpukul dengan gelombang hijau PN sehinggakan mencatatkan episod terburuk dengan hanya memenangi 26 kerusi tanpa merangkul sebarang kerusi parlimen di tujuh negeri.

Umno bukan setakat kehilangan undi bukan Melayu sebelum ini, bahkan PRU15 memaparkan Umno kehilangan besar undi Melayu yang dikaut oleh PN.

Sebagai sebuah organisasi poltik orang Melayu, pengalaman yang membiasakan diri dengan sepak terajang, Umno parti yang dikira kalah tetap menjadi sebahagian kerajaan perpaduan hari ini.

Ini yang membezakan Umno. Percaturan strategik Zahid Hamidi dan muslihat pasukannya menyelamatkan Umno daripada menjadi pembangkang.

Mungkin lebih tepat, nasib Umno lebih menyerupai parti Golkar di Indonesia. Memang mereka bukan lagi dominan dan bukan lagi pilihan utama rakyat tetapi terus bertahan sebagai sebahagian rakan strategik untuk membentuk kerajaan.

Pengajaran dan pembelajaran daripada kerjasama dan peralihan sesebuah teraju parti selepas ini akan dipandang sebagai sesuatu kebiasaan dan normal dalam konteks politik Malaysia. Perkara ini terus berkesinambungan dan bercambah dalam PRU 15.

Lebih penting kepada politik Malaysia ialah pertukaran kerajaan mana pun dalam tempoh masa 2018-2022 menyaksikan tanpa sebarang protes dan tunjuk perasaan secara kekerasan. Perkara ini perlu dipertahankan.

Meskipun orde lama Umno runtuh tetapi orde baru untuk kestabilan masih belum terbentuk sebuah kerajaan yang benar-benar stabil masih diidamkan. Umno pastinya aktor penting dalam mewujudkan iklim kestabilan khususnya dalam mendepani PRN di enam negeri nanti. – 14 Mei, 2023.


Oleh Mohd Azizi Jaeh
Penuntut Pengajian Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Demikianlah Artikel UMNO Dan Kejatuhannya.. Apa Kita Belajar Darinya?

Sekianlah artikel UMNO Dan Kejatuhannya.. Apa Kita Belajar Darinya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Dan Kejatuhannya.. Apa Kita Belajar Darinya? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/umno-dan-kejatuhannya-apa-kita-belajar.html

Subscribe to receive free email updates: