2 Juta Dah Keluar UMNO? Biaq Betoi.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2 Juta Dah Keluar UMNO? Biaq Betoi.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
2 Juta Dah Keluar UMNO? Biaq Betoi..link :
2 Juta Dah Keluar UMNO? Biaq Betoi..
Baca juga
2 Juta Dah Keluar UMNO? Biaq Betoi..
Tan Sri Annuar Musa mendakwa, lebih dua juta rakyat yang selama ini menjadi penyokong UMNO, sudah meninggalkan parti itu.
Beliau yang juga Presiden Muafakat Nasional (MN), mendakwa UMNO kini bukan lagi parti yang menjadi pilihan rakyat.
"Realitinya hari ini, UMNO bukan lagi parti pilihan rakyat. Dua juta rakyat sudah meninggalkan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.
"UMNO bukan lagi parti yang mengutamakan perpaduan rakyat. UMNO bukan lagi parti yang nak menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.
"Ia sudah bertukar menjadi satu parti menjaga kepentingan individu, menjaga kepentingan kelompok dan puak tertentu, sekarang ini mereka sibuk menjaga dan menjadi tukang sapu kepada parti DAP semata-mata," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Perikatan Nasional (PN) di Senawang....
2 Juta keluar UMNO??.. Biaq Betoi..
TANJUNG BIDARA: Dakwaan Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa kononnya dua juta ahli UMNO sudah ‘angkat kaki’ sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu bersifat dangkal dan tidak masuk akal.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sekiranya angka itu benar, ia bermakna hampir tiga perempat cawangan UMNO seluruh negara telah dibubarkan.
Bagaimanapun, tegas beliau, senario itu jelas tidak berlaku.
“Saya nak ingatkan kakanda saya Tan Sri Annuar Musa, kalau nak buat provokasi sekali pun pakailah kalkulator politik terbaik.
“Pengalaman saya jadi Setiausaha Kerja UMNO, ada 3.3 juta (ahli) dan kalau dua juta keluar saya ingat tiga perempat cawangan-cawangan UMNO dalam negara ini telah pun dibubarkan. (Jadi) kalau nak buat provokasi itu agak-agaklah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Bayaran Bayaran Insentif Sara Hidup One-off Fasa 2 dan 3 kepada 316 nelayan Melaka Barat di Kompleks JAPERUN Tanjung Bidara pada Isnin.
- Hadir sama, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO bahawa parti itu tidak lagi menjadi pilihan sebahagian besar rakyat di negara ini.
Keadaan itu, tegas Annuar, berlaku selepas kononnya lebih dua juta ahlinya meninggalkan parti itu sejak sebelum PRU15 lagi.
Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, provokasi itu jelas tidak berasas.
“Kita baru sahaja lepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan kita lihat sambutan PAU kali ini jauh lebih baik berbanding selepas pilihan raya lepas,” tambahnya -
AstroAwani
Demikianlah Artikel 2 Juta Dah Keluar UMNO? Biaq Betoi..
Sekianlah artikel 2 Juta Dah Keluar UMNO? Biaq Betoi.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 2 Juta Dah Keluar UMNO? Biaq Betoi.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/06/2-juta-dah-keluar-umno-biaq-betoi.html