LCS: Kerajaan Kurangkan Kapal Untuk Jimat Kos - Saksi - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LCS: Kerajaan Kurangkan Kapal Untuk Jimat Kos - Saksi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
LCS: Kerajaan Kurangkan Kapal Untuk Jimat Kos - Saksilink :
LCS: Kerajaan Kurangkan Kapal Untuk Jimat Kos - Saksi
Baca juga
LCS: Kerajaan Kurangkan Kapal Untuk Jimat Kos - Saksi
PETALING JAYA: Kerajaan mengambil keputusan mengurangkan pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LSC) dari enam kepada lima buah atas alasan menjimatkan kos.
Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, tiga saksi memberi keterangan bahawa kerajaan membelanjakan pertambahan kos RM2.2 bilion iaitu RM11.2 bilion dari RM9 bilion harga kontrak sebelum ini.
- “Saksi-saksi ini memaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tentang pilihan yang diputuskan kerajaan dan apa hala tuju LCS selepas ini. Ini fokusnya keputusan kerajaan untuk teruskan pembinaan kapal dengan kos-kos tambahan.
“Saksi berkenaan menjelaskan bagaimana kerajaan boleh menyimpulkan ini adalah alasan lebih rasional, sebab itulah mereka datang menjelaskan kepada kami.
“Perlu diingat, dalam prosiding kali ini hanyalah susulan laporan kemajuan untuk pastikan projek ini berjaya. Sebab itu dalam syor laporan PAC sudah menyatakan setiap tiga bulan Kementerian Pertahanan perlu membuat laporan kemajuan kepada PAC,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kelmarin tiga saksi yang dipanggil memberi keterangan dalam prosiding PAC berhubung kemajuan pembinaan LCS difahamkan bagi menjelaskan alasan kerajaan membuat perjanjian baharu dengan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS).
Kata sumber, kesemua saksi menjelaskan keputusan kerajaan Persekutuan sebelum ini bersetuju menyambung semula projek LCS dengan menghantar hanya lima unit kapal.
- Tiga saksi berkenaan ialah Ketua Pengarah syarikat pembinaan kapal Boustead Naval Shipyard (BNS), Datuk Ahmad Nazim Abd. Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Shahrazat Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif BNS, Ir. Azhar Jummat.
Prosiding itu bermula pukul 2.30 petang dan berakhir pukul 6 petang.
Sementara itu, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ahli-ahli Dewan Rakyat dijangka membahaskan laporan kemajuan projek LCS pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 bermula 9 Oktober sehingga 30 November ini.
Katanya, perbahasan laporan kemajuan itu setelah PAC merancang membentang laporannya di Parlimen yang akan menyentuh kemajuan pembinaan LCS yang dicapai dari Oktober 2022 sehingga Mei 2023.
- “PAC komited membentang laporan kemajuan projek LCS ini untuk dibahas di Parlimen yang akan bermula pada Oktober hingga November ini,” katanya dalam kenyataan kelmarin.
Sementara itu, Pengerusi Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd., Datuk Nazim Rahman dalam kenyataan berkata, pihaknya bersedia mengemukakan laporan kemajuan pembinaan LCS kepada kerajaan setiap suku tahunan seperti yang disyor Kabinet. –
UTUSAN
Demikianlah Artikel LCS: Kerajaan Kurangkan Kapal Untuk Jimat Kos - Saksi
Sekianlah artikel LCS: Kerajaan Kurangkan Kapal Untuk Jimat Kos - Saksi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LCS: Kerajaan Kurangkan Kapal Untuk Jimat Kos - Saksi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/06/lcs-kerajaan-kurangkan-kapal-untuk.html