COVID -19 Mula Mengugat Kerajaan?

COVID -19 Mula Mengugat Kerajaan? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul COVID -19 Mula Mengugat Kerajaan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : COVID -19 Mula Mengugat Kerajaan?
link : COVID -19 Mula Mengugat Kerajaan?

Baca juga


COVID -19 Mula Mengugat Kerajaan?

Sehingga 3 Mei 2021, kes positif COVID-19 yang direkodkan di seluruh dunia telah melonjak kepada 152 juta kes, dengan angka kematian melebihi 3.2 juta (berdasarkan statistik terkini Universiti Johns Hopkins). Amerika Syarikat kekal melaporkan kes tertinggi di dunia (32.4 juta), diikuti oleh India (19.9 juta kes) dan Brazil (14.8 juta kes).

Kebanyakan negara di dunia mencatatkan kenaikan mendadak kes jangkitan dan kematian COVID-19 walaupun sebahagian besar telah pun memulakan program imunisasi di negara masing-masing.


Kelesuan pandemik (pandemic fatigue) di seluruh dunia menjadi salah satu penyebab peningkatan kes akhir-akhir ini. Masyarakat mulai lesu, lalu alpa dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setelah program imunisasi COVID-19 mula diperkenalkan bermula hujung tahun 2020.

Selain itu, kelonggaran beberapa perintah larangan termasuk pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi, pembukaan semula sempadan-sempadan negara, penganjuran perhimpunan beramai-ramai telah menyebabkan kes COVID-19 meningkat secara mendadak di kebanyakan negara. Situasi ini menjadi lebih membimbangkan dengan kemunculan mutasi baharu virus SARS-CoV-2.

Situasi yang sama dapat dilihat di Malaysia sejak awal bulan April 2021. Malaysia mencatatkan pertambahan sebanyak 61,984 kes baharu dan 235 kes kematian COVID-19 dalam masa 4 minggu.

Menurut statistik yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan, kadar penggunaan katil kritikal / ICU COVID-19 terkini didapati melebihi 70 peratus di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.


Meskipun begitu Tinjauan Merdeka Center yang melibatkan 2,111 orang responden berusia 21 tahun ke atas dan dilaksanakan antara 31 Mac dan 12 April mendapati kadar penerimaan sebanyak 67% terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri meningkat berbanding tiga bulan sebelum ini, dengan sokongan paling kuat dari kaum Melayu, diikuti India dan Cina... (Bacalah di SINI)

Berbanding dengan Kerajaan India yang mula tergugat dengan pendemik ini, imej Perdana Menteri India, Narendra Modi yang berkuasa melalui dua pilihan raya umum iaitu pada tahun 2014 dan 2019 kini tercalar ekoran kegagalan kerajaan mengekang penularan gelombang kedua pandemik Covid-19.

...IMEJ Perdana Menteri India, Narendra Modi yang berkuasa melalui dua pilihan raya umum iaitu pada tahun 2014 dan 2019 kini tercalar ekoran kegagalan kerajaan mengekang penularan gelombang kedua pandemik Covid-19.

Pada Ahad lalu, negara itu mencatatkan kematian iaitu 3,689 orang sehari akibat Covid-19 dengan angka keseluruhan yang meninggal dunia ialah lebih 215,000 orang dengan 392,448 kes jangkitan pada hari yang sama.

Namun, India turut mencatatkan rekod dunia apabila menjadi negara pertama yang melepasi angka 400,000 jangkitan dalam tempoh sehari pada Sabtu lalu dengan jumlah keseluruhan orang dijangkiti Covid-19 pada Ahad lalu ialah 19.5 juta orang.

Hospital-hospital kerajaan penuh dengan pesakit Covid-19 sehingga tidak mampu menerima pesakit baharu sehingga ada yang meninggal dunia semasa menunggu untuk didaftarkan masuk di hospital.

Sebahagian hospital swasta turut mengalami masalah sama dan lima pesakit Covid-19 meninggal dunia di sebuah hospital di Armritsar akibat kekurangan tabung oksigen manakala 18 pesakit turut terkorban apabila sebuah hospital di negeri Gujarat terbakar baru-baru ini.

Rumah mayat di hospital-hospital kerajaan dipenuhi dengan mayat-mayat pesakit pandemik itu sehinggakan proses pembakaran mayat terpaksa diadakan di tempat letak kereta awam kerana pusat-pusat pembakaran mayat dipenuhi dengan mayat mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19.


Walaupun mengalami lonjakan kes, lebih sebulan lalu, India tetap nekad mengadakan pilihan raya peringkat negeri di lima buah negeri.

Namun, ketika perhimpunan kempen pilihan raya diadakan, ramai orang yang menghadirinya tidak memakai pelitup muka.

Secara kebetulan, rekod kes Covid-19 melonjak tinggi sebelum keputusan rasmi pilihan raya diumumkan pada Ahad lalu yang menyaksikan 175 juta pengundi layak mengundi pada Mac dan April lalu di lima buah negeri di India.

Pakar-pakar menyalahkan sikap orang ramai yang mengambil mudah tentang Covid-19 sehingga menghadiri majlis keagamaan Kimbh Mela yang dihadiri berjuta-juta penganut agama Hindu di Sungai Ganges di bandar Haridwar, utara India pada bulan lalu.


Bagaimanapun, keputusan pilihan raya yang diumumkan di negeri Bengal Barat yang didiami 90 juta orang itu pada Ahad lalu menyaksikan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi sekali lagi kalah kepada Parti Kongres Trinamool Seluruh India (TMC).

Sungguh pun mengalami kekalahan, BJP memenangi 75 kerusi meningkat daripada hanya tiga kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya negeri tahun 2016 manakala TMC menang 216 kerusi daripada 294 kerusi yang dipertandingkan dalam Dewan Perhimpunan Negeri Bengal Barat.

Berikutan kemenangan itu, Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee, 66, yang juga seorang wanita dijangka mengekalkan jawatannya buat penggal ketiga selepas partinya menang undi majoriti dua pertiga.

Namun, BJP mengekalkan kemenangan di negeri Assam, timur laut India.

Sebelum keputusan pilihan raya itu diumumkan, portal berita News 18 India pada Isnin lalu melaporkan, dua beradik wanita memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut kepada ibu mereka di sebuah hospital di negeri Uttar Pradesh bagi menyelamatkan nyawanya yang kemudian disahkan meninggal dunia selepas seorang doktor tiba untuk merawatnya.

Satu rakaman video yang menunjukkan kejadian itu kemudian menjadi tular di media sosial pada Sabtu lalu dengan terdapat suara dalam rakaman tersebut mengadu tentang masalah kekurangan oksigen dan kakitangan kesihatan.

Bagaimanapun, ketika kejadian itu berlaku, tidak ada kekurangan bekalan oksigen berlaku di hospital tersebut.


India juga kini menjadi tumpuan dunia apabila beberapa buah negara antaranya Jerman, Britain, Perancis, Taiwan, Australia berjanji untuk menghulurkan bantuan peralatan kesihatan termasuk mesin oksigen kepada India.

Pada 20 Januari lalu, kerajaan India melancarkan vaksin Maitri iaitu satu proram untuk mengeksport dua suntikan vaksin Covid-19 buatan negara tersebut iaitu Covishield dan Covaxin kepada dunia.

Ketika itu, India dilaporkan hanya mencatatkan 14,112 kes baharu pandemik itu.

Walaupun menjadi negara pengeluar vaksin terbesar di dunia, negara itu tidak mempunyai vaksin Covid-19 yang mencukupi untuk melakukan vaksinasi terhadap semua penduduknya.

Menurut portal berita New York Times, sehingga 29 April lalu hanya 26 juta daripada 1.4 bilion penduduk India sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Jurucakap parti BJP, Narendra Taneja berkata kepada CNN baru-baru ini bahawa tanggungjawab dalam kes gelombang kedua Covid-19 itu kini terletak di bahu kerajaan India yang dipimpin oleh partinya sendiri.

Dalam wawancara itu, beliau berkata, partinya kini memfokuskan bagaimana cara untuk menyelamatkan nyawa penduduk negara itu akibat Covid-19 selain menyatakan keputusan untuk mengadakan pilihan raya di lima negeri itu dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya India dan parti BJP tidak mempunyai pilihan lain selain bertanding dalam pilihan raya tersebut. - Agensi



Demikianlah Artikel COVID -19 Mula Mengugat Kerajaan?

Sekianlah artikel COVID -19 Mula Mengugat Kerajaan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel COVID -19 Mula Mengugat Kerajaan? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/covid-19-mula-mengugat-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates: