Judul : Akhirnya.. KL Juga Dikenakan PKP..
link : Akhirnya.. KL Juga Dikenakan PKP..
Akhirnya.. KL Juga Dikenakan PKP..
Sebelum ini media melaporkan Pengguna media sosial mempersoalkan tindakan Putrajaya mengecualikan Kuala Lumpur dari dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila daerah di sekitarnya ditutup selama hampir dua minggu mulai esok.
Mereka berkata langkah itu tidak masuk akal kerana kes baharu Covid-19 di Kuala Lumpur juga meningkat.PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula Jumaat ini sehingga 20 Mei depan.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP yang akan dilaksanakan itu adalah sama seperti diumumkan sebelum ini.Beliau berkata, pergerakan merentas negeri adalah tidak dibenarkan, kecuali atas urusan kerja dan kecemasan.“Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 12 tengah malam sahaja.“Bagaimanapun, dine-in di kedai makan adalah tidak dibenarkan. Makanan haruslah dibungkus untuk dibawa pulang sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Ismail Sabri berkata, kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam.Menurut beliau, stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam, namun stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.Selain itu, katanya, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa.Untuk operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 2 petang.“Bazar Ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat. Bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan ataupun menutup operasi bazar adalah tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya. – K! ONLINE
Demikianlah Artikel Akhirnya.. KL Juga Dikenakan PKP..
Sekianlah artikel Akhirnya.. KL Juga Dikenakan PKP.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Akhirnya.. KL Juga Dikenakan PKP.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/akhirnya-kl-juga-dikenakan-pkp.html