Nak Masuk Neraka Ke Lokman Noor Adam Ni?

Nak Masuk Neraka Ke Lokman Noor Adam Ni? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nak Masuk Neraka Ke Lokman Noor Adam Ni?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nak Masuk Neraka Ke Lokman Noor Adam Ni?
link : Nak Masuk Neraka Ke Lokman Noor Adam Ni?

Baca juga


Nak Masuk Neraka Ke Lokman Noor Adam Ni?



Gara-gara berang apabila Datuk Seri Najib Razak dikritik, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam memaki hamun Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Dalam sedutan video rakamannya sendiri, Lokman kelihatan amat marah dan menyerang bertubi-tubi Ahli Parlimen Pasir Puteh itu termasuk mengeluarkan kata-kata carutan.


“Nama saja Dewan Ulama Pas. Perangai macam haramjadah. Ini ketua (Dewan Ulama Pas). Jambang bukan main lagi. Tapi Allahuakbar. Mulut macam longkang.

“Eh, pakai otaklah. Orang di bawah ni menderita. Apa yang Dewan Ulama Pas buat. Ada buat apa-apa. Tiada? Tutup mulut,” bentaknya.

Terdahulu, Nik Muhammad Zawawi antara lain berkata, tindakan Najib yang pada masa ini membuat ‘troll’ dan lontaran polemik tidak memberi manfaat dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Mengulas lanjut, Lokman mengingatkan Nik Muhammad Zawawi bahawa sebahagian besar rakyat kini menempuh hidup yang sukar ekoran impak pandemik Covid-19.

“Rakyat sengsara. Berniaga tak boleh. Pasar Ramadan dah tutup. Duit pinjam ah long, ambil dari i-Sinar.

“Dapat duit, mahu berniaga tapi tiba-tiba semua diarah tutup (kerana wabak Covid-19). Siapa nak tanggung? Cakap! Bapak korang (ulama Pas) nak tanggung ke?

“Senang-senang cakap Datuk Seri Najib suka-suka troll sebab nak dapat like. Eh, kau ingat dia dapat like, dia bebas dari kena penjara?

“Bila dapat like, ingat dia akan tambah pendapatan melalui Facebook dia? Cakap tu biarlah sopan santun sikit,” tempelaknya.


Lokman yang dibuang daripada menjadi ahli Umno pada Februari tahun lalu itu juga menambah sebahagian kumpulan dalam Pas juga sudah semakin meluat.

“Jangan guna otak letak di kaki. Nama Ketua Dewan Ulama Pas, perangai macam haram jadah.

“Hari ni kawan-kawan Pas makin hari makin meluat bukan setakat kumpulan Menteri Besar Terengganu, kumpulan Publika, Setiausaha Agung Pas, Attakiri.

“Hari ini, Ketua Dewan Ulama Pas pun mulut macam ******k. Minta maaf cakap. Tak hormat langsung,” maki Lokman lagi ~ Malaysiadateline



Ni aku petik dari Blog Wabillah tentang menghina Ulama..

Allah menyebutkan bahwa memperolok-olok dan menghina orang-orang mukmin lebih-lebih ulama adalah sebab masuk Neraka Jahannam.

Ketika penghuni neraka berteriak, “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami darinya dan kembalikanlah kami ke dunia, jika kami kembali kepada kekafiran, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zhalim.” (Al-Mukminun: 107). 

Alla S.W.T. menjawab, ‘Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara denganKu. Sesungguhnya, ada segolongan dari hamba-hambaKu berdoa (di dunia), ‘Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah pemberi rahmat yang paling baik. Lalu kamu menjadikan mereka buah ejekan, sehingga kesibukanmu mengejek mereka, menjadikanmu lupa mengingatKu dan kamu selalu mentertawakan mereka.” (Al-Mukminun: 108-110).

Menghina para ulama karena ilmu syar’i yang mereka miliki dan karena mereka mengikuti al-Qur`an al-Karim dan sunnah nabi yang shahih pada hakikatnya adalah penghinaan terhadap ayat-ayat Allah dan pelecehan terhadap syariat agama Allah.

Tidak ragu bahwa penghinaan ini merupakan kekufuran yang bertentangan dengan iman. Firman Allah Taala, “Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.” (Al-Jatsiyah: 9).

Ibnu Hazm berkata, “Shahih dengan nash bahwa siapapun yang menghina Allah atau salah seorang malaikat atau salah seorang nabi atau ayat al-Qur`an atau salah satu kewajiban agama, semua itu adalah ayat-ayat Allah, dia kafir setelah hujjah sampai kepadanya.” Wallahu a’lam.

Tapi yang dihina Lokman itu ialah Ulama Politik kan?.. maksud aku individu yang mengaku dirinya sebagai Ulama dan mencari makan dalam politik dalam negara kita ini..

Aku tak jumpa hukum atau jawapan menghina Ulama Politik ni.. ada sesiapa tahu hukumnya menghina Ulama Politik ni?




Demikianlah Artikel Nak Masuk Neraka Ke Lokman Noor Adam Ni?

Sekianlah artikel Nak Masuk Neraka Ke Lokman Noor Adam Ni? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nak Masuk Neraka Ke Lokman Noor Adam Ni? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/nak-masuk-neraka-ke-lokman-noor-adam-ni.html

Subscribe to receive free email updates: