Ahli Parlimen DAP Dikecam Selepas Gesa Gelaran ‘Tun’ Ditarik

Ahli Parlimen DAP Dikecam Selepas Gesa Gelaran ‘Tun’ Ditarik - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen DAP Dikecam Selepas Gesa Gelaran ‘Tun’ Ditarik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen DAP Dikecam Selepas Gesa Gelaran ‘Tun’ Ditarik
link : Ahli Parlimen DAP Dikecam Selepas Gesa Gelaran ‘Tun’ Ditarik

Baca juga


Ahli Parlimen DAP Dikecam Selepas Gesa Gelaran ‘Tun’ Ditarik

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dikecam selepas dikatakan membuat tuduhan dangkal dan membuta tuli serta mendakwa dua bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad serta Muhyiddin Yassin berhasrat untuk "memusnahkan negara".

Semalam, Rayer di persidangan Dewan Rakyat juga menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan penarikan balik gelaran “Tun” daripada Mahathir selepas tular klip video yang mengatakan beliau mengkritik institusi diraja.

"Siapa hak kita untuk menafikan gelaran yang dianugerahkan oleh Raja-raja Melayu," kata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh kepada MalaysiaNow.

Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran "Tun" pada tahun 2003 sebaik sahaja bersara sebagai perdana menteri buat kali pertama pada ketika itu.

Sehingga kini, Mahathir sudah membawa gelaran tersebut bagi tempoh dua dekad.

Dalam pada itu, peguam Rafique Rashid pula menyifatkan Rayer yang juga memiliki profesion yang sama dengannya bagaikan lupa dengan tugas hakikinya sebagai seorang pengamal undang-undang.

Katanya, Rayer seharusnya lebih memahami konsep tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

Menurut Rafique, Rayer juga sepatutnya sudah mengetahui Mahathir sedang disiasat oleh pihak polis dan sudah berikrar untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan menghina Raja-raja Melayu.

Atas sebab itu, Rayer harus membenarkan sistem keadilan itu berjalan sehingga Mahathir terbukti bersalah di mahkamah.

“Pada dasarnya kalau nak tarik balik gelaran, kemudahan dan semuanya itu harus melalui proses keadilan dan sistem kehakiman.

"Takkanlah sebagai sorang peguam pun beliau masih belum faham konsep 'innocent until proven guilty itu?" katanya kepada MalaysiaNow.

Tiada kebebasan bersuara?

Kenyataan Rayer itu muncul di tengah-tengah suhu terbaru dalam politik negara yang bakal menyaksikan Mahathir dan Muhyiddin kembali bekerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Minggu lalu, dalam satu wawancara eksklusif bersama MalaysiaNow, Mahathir tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama semula dengan bekas sekutunya itu.

Keesokan harinya, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) menyambut baik hasrat tersebut mengatakan beliau turut bersedia untuk bekerjasama demi masa depan orang Melayu.

Mengulas lanjut, Rafique turut mempersoalkan pendirian Rayer yang selama ini memperjuangkan hak kebebasan bersuara tetapi kenyataan itu seperti memberi maksud bahawa Mahathir kini tidak bebas bersuara.

Pada perkembangan sama, beliau menjelaskan mana-mana gelaran yang dianugerahkan kepada individu hanya boleh ditarik balik oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu yang mengurniakan darjah kebesaran tersebut.

Ini bermaksud dari segi perundangan, pihak yang menganugerahkan gelaran itu sahaja yang boleh menarik balik apa juga gelaran yang diberikan.

Bukannya pihak kerajaan atau perdana menteri.

"Mengapakah perlu seorang ahli Parlimen yang sepatutnya faham undang-undang negara tapi masih tidak konsep keadilan itu?

"Tidak bersalah hingga terbukti bersalah."

Rafique turut membawa persoalan penting bersandarkan kenyataan Rayer di mana dakwaannya bahawa kerjasama Mahathir dan Muhyiddin adalah untuk "memusnahkan negara" jelas berunsurkan niat jahat.

Menurut Rafique, kenyataan balas antara kedua-dua bekas sekutu itu hanya menyatakan hasrat untuk menyatukan orang-orang Melayu.

"Adakah sekiranya menyatukan orang Melayu itu akan memusnahkan negara?

"Sedangkan bila orang Melayu ini bersatu kalau lihat pada sejarah pun orang British mampu kita kalahkan.

"Bila orang Melayu bersatu, Malayan Union pun kita kalahkan bahkan bila Melayu bersatu merdeka juga negara kita.

"Jadi, di mana kemusnahan negara bila orang Melayu ini bersatu?"

Katanya, seruan Mahathir dan Muhyiddin untuk bersatu juga satu panggilan untuk mengajak kaum itu menghormati Perlembagaan negara.

"Dalam Perlembagaan kita ada hak-hak orang Melayu. Itu sahaja yang dipertahankan oleh Tun (Mahathir).

"Tidak menuju kepada kemusnahan negara." - MN


Demikianlah Artikel Ahli Parlimen DAP Dikecam Selepas Gesa Gelaran ‘Tun’ Ditarik

Sekianlah artikel Ahli Parlimen DAP Dikecam Selepas Gesa Gelaran ‘Tun’ Ditarik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen DAP Dikecam Selepas Gesa Gelaran ‘Tun’ Ditarik dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/06/ahli-parlimen-dap-dikecam-selepas-gesa.html

Subscribe to receive free email updates: