Mencari ‘Lampu Aladin’ Untuk UMNO

Mencari ‘Lampu Aladin’ Untuk UMNO - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mencari ‘Lampu Aladin’ Untuk UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mencari ‘Lampu Aladin’ Untuk UMNO
link : Mencari ‘Lampu Aladin’ Untuk UMNO

Baca juga


Mencari ‘Lampu Aladin’ Untuk UMNO

Oleh Kamarazaman Yacob

DI Selangor, terdapat 22 kerusi Parlimen. Kalaulah UMNO boleh bertanding di 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja, apakah ahli parti itu menerima keadaan tersebut? Katakanlah 10 kerusi itu di 10 Parlimen, bagaimana dengan pendukung UMNO di 12 Parlimen lagi? Adakah mereka bersedia menjadi pemerhati dan tukang tampal poster sedangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), mereka mendukung calon dari Barisan Nasional (BN)?

Sekarang UMNO tidak ada seorang pun ahli Parlimen di Selangor malah di enam negeri lagi, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Melaka. Apa maknanya dari sudut pengaruh UMNO di negeri-negeri tersebut?

Ramai meramalkan UMNO akan terpukul teruk dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri itu nanti. Mungkin betul atau sebaliknya. Begitupun, kalau disandarkan kepada keputusan PRU15 lalu, berkemungkinan besar keputusan PRN nanti tidak membawa laba kepada UMNO.

Kalau nasib malang terus melanda UMNO pada PRN, bagaimanakah perjalanan politik UMNO? Apakah UMNO akan berkelana membawa diri atau terus menumpang dagu kepada Pakatan Harapan (PH)? UMNO hanyalah penumpang yang tidak berharga lagi kepada kerajaan perpaduan. UMNO tidak mampu memberi kekuatan kepada kerajaan perpaduan kerana sokongan rakyat terhadap UMNO telah menipis lagi menguncup. Malah belum tentu UMNO dapat mengekalkan 20 kerusi Parlimen di Semenanjung pada PRU16 nanti.

Bertolak dari senario ini, nampaknya masa depan UMNO begitu kelam lagi gelap. Tiada jalan mudah untuk UMNO keluar dari onak yang dicipta oleh kepimpinannya semasa PRU15.

Apakah UMNO mempunyai masa depan dengan perubahan landskap politik negara? Mampukah UMNO mencari tingkap ajaib untuk keluar dari pasungan yang sengaja dicari? Apakah UMNO boleh kembali ke zaman kegemilangannya? Atau UMNO akan terus lemah, mengecil dan runtuh?

Berdasarkan sejarah politik di negara ini, ada kemungkinan UMNO menjadi sebuah parti yang sangat lemah dan akan berakhir. UMNO akan mati sekiranya parti ini kekal dalam keadaan yang ada sekarang.

Beberapa ciri membolehkan sesebuah parti kekal kukuh dan terus berpengaruh, antaranya mesti mempunyai produk untuk dijaja kepada rakyat serta pengundi. Kedua, mesti mempunyai negeri kubu.

PUKULAN MAUT

Produk dijaja UMNO sejak awal penubuhan adalah Melayu dan raja. Slogan awal dalam mendapatkan sokongan orang Melayu, UMNO melaungkan ‘Hidup Melayu!’ Melalui slogan ini dan mantera kepentingan Melayu, UMNO terus mendapat tempat di hati pengundi Melayu. Inilah senjata keramat UMNO yang mampu mengikat selera orang Melayu hampir enam dekad. Tetapi kerana UMNO telah menyeleweng daripada janjinya kepada orang Melayu, di samping timbul permasalahan lain menyebabkan orang Melayu tidak lagi meyakini UMNO, menjadikan produk ‘kepentingan Melayu’ ini berpindah kepada parti lain, tegasnya sudah menjadi milik Perikatan Nasional (PN). Ini bukan rahsia lagi.

Semasa PRU15, undi orang Melayu gugur ke bakul milik PN menyebabkan UMNO menerima kekalahan paling teruk. Satu pukulan maut terhadap UMNO sehingga tidak memenangi sebarang kerusi di tujuh negeri.

Adakah lagi negeri kubu UMNO untuk kekal menjadi pemain utama di pentas politik nasional? Adakah Pahang masih boleh dianggap kubu UMNO kerana Menteri Besar (MB) dari UMNO? Adakah Perak juga kerana MB dari UMNO? Begitu juga Johor, masih bolehkah dikira kubu UMNO?

Pahang tidak boleh lagi dianggap kubu UMNO, biarpun MB dari UMNO. Mengapa? Sebabnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO kurang daripada separuh jumlah kerusi. UMNO hanya memenangi 17 kerusi sebaliknya Pas (17) manakala PH (8). Kedudukan UMNO di Perak begitu teruk. BN hanya mempunyai 9 kerusi, dengan UMNO (8) dan MCA (1) daripada 59 DUN. PH memenangi 24 DUN dengan DAP (18), PKR (5) dan Parti Amanah Negara (Amanah) 1. Selebihnya dimiliki PN, Pas (17) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 9.

Perlu diingatkan, PRN di Melaka dan Johor berlaku sebelum PRU15. Dalam PRU15, keputusan di kedua-dua negeri tersebut tidak memihak kepada UMNO. Di Melaka, UMNO tidak memenangi sebarang kerusi manakala di Johor, UMNO hanya menang 7 kerusi Parlimen dan MCA (2). PH menang 14 kerusi, PN (2) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) 1.

Bila UMNO sudah tidak mempunyai sebarang kubu lagi, maka masa depan sangatlah gelap. Apatah lagi untuk kembali menjadi parti yang memimpin negara. Apakah UMNO akan menerima nasib seperti MCA, Gerakan, Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa)?

KERAJAAN MADANI

MCA hilang Pulau Pinang kepada Gerakan pada PRU 1969. Selepas itu MCA semakin luntur pengaruh dalam masyarakat Cina. Kemenangan calon-calon MCA bukan lagi di kawasan majoriti pengundi Cina, sebaliknya Melayu. Begitu juga Gerakan pada PRU 2008, Pulau Pinang ditawan oleh DAP. Gerakan kehilangan kubu, selepas itu terus berkelana dan kini dipungut PN. Nasib sama berlaku pada Berjasa yang pernah memerintah Kelantan. Bila Kelantan kembali dikuasai UMNO, Berjasa lenyap dari pentas politik.

Yang tidak memerlukan negeri kubu, DAP. Ini disebabkan secara semula jadi, bandar besar majoriti pengundi Cina secara automatik menjadi kubu DAP. Kini DAP menguasai Pulau Pinang, negeri kubu parti itu.

Persoalan menghantui pendukung UMNO sekarang adalah tentang masa depan parti. Apakah UMNO mempunyai masa depan dengan barisan kepemimpinan sekarang? Apakah UMNO akan terikat pergerakannya bila sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan? Bolehkah UMNO mengutip laba dalam pembentukan kerajaan madani, memperkuatkan pengaruhnya yang sudah pudar sejak PRU15? Bagaimana masa depan UMNO, sekiranya kerusi yang mahu ditandinginya ditentukan oleh PH?

Halangan paling besar dalam menentukan nyawa UMNO adalah soal produknya. Produk Melayu-raja sudah terlucut dari tangannya, malah telah dipunyai PN. PN dilihat sebagai penyelamat orang Melayu, bukan lagi UMNO. Selagi tidak dapat mengembalikan senjata ampuh itu, UMNO akan jauh dari selera pengundi Melayu. Mampukah barisan kepemimpinan UMNO sekarang mendapatkan ‘lampu Aladin’ supaya produk yang hilang itu kembali kepada UMNO?

Bila produk sudah tiada untuk dijaja kepada pengundi Melayu bagi meraih kemenangan, apa lagi modal boleh digunakan? Apabila kepercayaan dan sokongan orang Melayu telah larah, ke mana lagi tempat UMNO berpaut lagi bergantung?

Adakah UMNO nanti menjadi seperti MCA dan Gerakan yang mengharapkan undi bukan datang dari bangsa sendiri, sebaliknya bangsa lain?

Ada kajian tentang keputusan PRU15 menyatakan UMNO hanya memperoleh 33 peratus undi Melayu, manakala PN menguasai 55 peratus. Sekiranya pendapat ini benar, mampukah UMNO mempertahankannya sehingga PRU16? Atau angka itu jauh menguncup semasa PRN di enam negeri nanti?

Siapa pun boleh membuat hipotesis terhadap masa depan UMNO bila parti ini tiada lagi produk yang boleh dijaja kepada pengundi. Tentulah lebih mudah melengkapkan hipotesis itu bila negeri kubu sudah tidak dimiliki oleh UMNO. Bila kedua-dua ciri itu tidak lagi dimiliki oleh UMNO, maka kenyataan Ibn Khaldun tentang nasib sesebuah kerajaan akan berakhir seperti kejadian manusia. Soalnya, apakah UMNO akan berakhir kerana telah tua atau kerana kesilapan kepemimpinannya? – UTUSAN


Demikianlah Artikel Mencari ‘Lampu Aladin’ Untuk UMNO

Sekianlah artikel Mencari ‘Lampu Aladin’ Untuk UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mencari ‘Lampu Aladin’ Untuk UMNO dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/06/mencari-lampu-aladin-untuk-umno.html

Subscribe to receive free email updates: