Tiong King Sing Liabiliti Politik Buat Kerajaan - Penganalisis - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiong King Sing Liabiliti Politik Buat Kerajaan - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Tiong King Sing Liabiliti Politik Buat Kerajaan - Penganalisislink :
Tiong King Sing Liabiliti Politik Buat Kerajaan - Penganalisis
Baca juga
Tiong King Sing Liabiliti Politik Buat Kerajaan - Penganalisis
PETALING JAYA: Dua penganalisis menyifatkan Tiong King Sing sebagai liabiliti politik buat kerajaan susulan pembabitan menteri pelancongan, seni dan budaya itu dalam kekecohan dengan pegawai imigresen di KLIA minggu lalu.
Tetapi, seorang lagi penganalisis berkata, tindakan Tiong menunjukkan seorang menteri sedia mengambil tindakan secara langsung bagi menangani rasuah jika dakwaannya terhadap sesetengah pegawai imigresen betul.
Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, Tiong perlu dikawal dan menyarankan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mempertimbang menggantikannya jika beliau merombak Jemaah Menteri.
Katanya, insiden di KLIA memberi gambaran buruk kepada kerajaan kerana tindakan Tiong tidak wajar sebagai seorang menteri.
“Beliau sepatutnya mengumpul bukti rasuah dan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan diambil berbanding bertindak sendiri.
“Perkhidmatan awam memerlukan jaminan bahawa mereka mampu menjalankan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih. Jika terdapat sebarang salah laku, ia perlu ditangani dengan cara betul, bukan secara sembarangan seperti dalam kejadian di KLIA.”
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara senada dengan Azmil dan berkata, tindakan Tiong terburu-buru kerana SPRM sukar menentukan sama ada benar-benar berlaku rasuah dalam insiden itu.
“Saya pasti SPRM akan dapati sukar untuk menentukan sama ada rasuah berlaku ketika itu, di mana Tiong campur tangan.”
Beliau menjangkakan Perikatan Nasional akan memainkan isu itu ketika kempen PRN enam negeri dan gabungan berkenaan akan mendakwa menteri persekutuan tersebut campur tangan dalam prosedur perkhidmatan awam.
Jumaat lalu, Tiong mengakui terbabit dalam kekecohan dengan pegawai imigresen di KLIA, di mana beliau cuba campur tangan dalam kes seorang warga China mendakwa dilarang memasuki Malaysia.
Beliau berkata, lawatannya ke lapangan terbang itu mendedahkan “budaya rasuah beberapa pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik”.
Semalam, sumber SPRM dilaporkan berkata, agensi antirasuah itu sudah mengambil keterangan seorang menteri dan dua warga China berhubung kejadian itu.
Tetapi, James Chin dari Universiti Tasmania berkata tindakan Tiong akan “mengejutkan” rakyat Malaysia kerana ia menggambarkan seorang menteri sanggup mengambil tindakan segera bagi menangani rasuah, jika dakwaannya terhadap sesetengah pegawai imigresen itu betul.
“Dari segi hubungan perkhidmatan awam (dengan menteri itu), saya berpendapat, secara umumnya, kebanyakan penjawat awam mahu bekerja untuk perkhidmatan awam yang bersih.
“Saya tidak fikir majoriti penjawat awam mahu bekerja untuk perkhidmatan awam yang korup. Jadi, jika kerajaan mengambil lebih banyak tindakan terhadap rasuah dalam perkhidmatan awam, ia hanya akan membawa kepada perkara baik.”
Insiden di KLIA itu bukan kali pertama Tiong mencetuskan kontroversi.
Tahun lalu, Ahli Parlimen Bintulu daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu, yang juga sebahagian daripada kerajaan terdahulu, mengkritik ketua pengarah kesihatan ketika itu, Dr Noor Hisham Abdullah berhubung cara kementerian itu menangani pandemik Covid-19.
Tiong, yang mengetuai Parti Demokratik Progresif (PDP), turut membidas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi pada Ogos lalu berhubung lawatannya ke Taiwan - FMT
Demikianlah Artikel Tiong King Sing Liabiliti Politik Buat Kerajaan - Penganalisis
Sekianlah artikel Tiong King Sing Liabiliti Politik Buat Kerajaan - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiong King Sing Liabiliti Politik Buat Kerajaan - Penganalisis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/07/tiong-king-sing-liabiliti-politik-buat.html