Kenapa Mata Zahid Lebam? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Mata Zahid Lebam?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Kenapa Mata Zahid Lebam?link :
Kenapa Mata Zahid Lebam?
Baca juga
Kenapa Mata Zahid Lebam?
Sejak beberapa hari lalu, kebanyakkan gambar Zahid yang terbaru dirakam setelah beliau dikatakan baru pulang dari Korea memperlihatkan perubahan pada wajahnya, termasuk matanya kelihatan lebam.
Ini menimbulkan persoalan ramai tentang wajah terbaru Zahid itu, ada yang mempersoalkan adakah Zahid telah ke Korea untuk menjalani pembedahan plastik ke atas wajahnya untuk kelihatan lebih muda?
Rafi Awang Kechik memaklumkan, dalam pertemuan bersama Zahid baru-baru ini, wajah presiden Umno itu “kelihatan ada kesan laser”.
“Beliau lakukan pembedahan untuk membuang selaput mata di kedua-dua belah matanya bagi membuang selaput tersebut yang hampir menutup 70% matanya.
“Jika selaput tersebut tidak dibuang, ada risiko lain yang akan berlaku pada mata beliau,”
"Zahid tidak mempunyai pilihan lain, selain melakukan pembedahan sambil menambah kesan ubat juga masih belum hilang sepenuhnya." katanya dalam hantaran di Facebook.
Boleh namapak ada kesan laser??
Kata anak Zahid pula..
Anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah tampil mendedahkan punca mata bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelihatan lebam dan bengkak sehingga mencuri tumpuan warga maya sejak beberapa hari lalu.
Menurut Nurulhidayah, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO ketika ini sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan mata.
Menerusi ruangan komen di laman Instagram, dia menambah bapanya terpaksa melakukan pembedahan kerana saraf pada bahagian mata tidak berfungsi.
"Iya... saraf mata dia tak berfungsi. Itu mata dia jadi (kelihatan) jatuh.
"Buat muka untuk apa, bukan 'superstar' pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata kena la buat sesuatu.
"Tetapi biasa lah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar," kata Nurulhidayah membalas pertanyaan salah seorang pengikut laman sosialnya, pada Selasa.
Dalam masa sama, Nurulhidayah memaklumkan sebagai ahli politik dan menggalas tanggungjawab besar dalam pentadbiran kerajaan, bapanya tidak mengambil cuti lama selepas menjalani pembedahan.
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dilaporkan bercuti selama dua minggu.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudian membuat 'kemunculan' dengan berkaca mata hitam ketika merasmikan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke-23 di ibu negara pada 26 Jun lalu.
Beberapa hari selepas itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak lagi mengenakan kaca mata, dan menampakkan keadaan matanya yang lebam. - Awani
Demikianlah Artikel Kenapa Mata Zahid Lebam?
Sekianlah artikel Kenapa Mata Zahid Lebam? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Mata Zahid Lebam? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/07/kenapa-mata-zahid-lebam.html