Jangan Jadi 'Big Brother', Wartawan Kanan Sound SKMM

Jangan Jadi 'Big Brother', Wartawan Kanan Sound SKMM - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan Jadi 'Big Brother', Wartawan Kanan Sound SKMM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan Jadi 'Big Brother', Wartawan Kanan Sound SKMM
link : Jangan Jadi 'Big Brother', Wartawan Kanan Sound SKMM

Baca juga


Jangan Jadi 'Big Brother', Wartawan Kanan Sound SKMM

Sekumpulan wartawan veteran memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak bertindak seperti "Big Brother" berikutan beberapa siri ancaman dan sekatan ke atas media di negara ini, dengan mengatakan ia adalah peringatan kepada amalan pentadbiran terdahulu untuk mendiamkan pengkritik terhadap elit politik.

Mereka berkata tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pengawal selia internet di bawah bidang kuasa Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil baru-baru ini, menunjukkan trend membimbangkan terhadap media berulang.

“Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kandungan yang dilabelkan sebagai ‘menyinggung’ itu hanyalah laporan dan pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan.

“Kami sama sekali tidak dapat menerima sebarang percubaan untuk menggunakan agensi kerajaan seperti SKMM untuk menyoal, menapis atau menyekat portal dan kandungan berita dalam talian,” kata wartawan terkemuka, Johan Jaaffar dan A Kadir Jasin; bekas pengerusi Bernama Azman Ujang; bekas pengarang Bernama, Yong Soo Heong dan Zakaria Wahab, serta aktivis veteran media Hussamuddin Yaacob, Chamil Wariya dan G Manimaran dalam satu kenyataan bersama semalam.

Kenyataan itu dibuat susulan beberapa siri sekatan ke atas portal berita serta permintaan daripada SKMM kepada platform media sosial untuk menurunkan kandungan yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Berikut adalaha kenyataan bersama mereka..

SKMM harus berhenti daripada bertindak sebagai 'Big Brother' - Wartawan Kanan

KAMI sama sekali tidak bersetuju dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kebelakangan ini bertindak seolah-olah sebagai "Big Brother" (Abang Besar) dengan sewenang-wenangnya menyekat kandungan dalam talian.

Kami bimbang sejak akhir-akhir ini pengamal media telah dipanggil oleh SKMM untuk memberi penjelasan mengenai kandungan yang mereka bawa menerusi portal berita dan laman dalam talian mereka.

Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kandungan yang dilabelkan sebagai "menyinggung” itu hanyalah laporan dan pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan.

Kami sama sekali tidak dapat menerima sebarang percubaan untuk menggunakan agensi kerajaan seperti SKMM untuk menyoal, menapis atau menyekat portal dan kandungan berita dalam talian.

Kita telah melihat bagaimana kerajaan-kerajaan terdahulu, walaupun hanya kerana aduan kecil daripada orang ramai atau pihak elit pemerintah, telah diambil tindakan dengan pantas walaupun tindakan seumpama itu tidak perlu sama sekali.

Kerajaan pada hari ini dipilih atas janji untuk membolehkan pengaliran maklumat yang bebas dan untuk menjamin kebebasan media.

Aduan daripada para pengamal media bahawa laman web mereka telah disekat semakin meningkat. Ia adalah trend tidak sihat yang mesti dihentikan serta-merta.

Kami percaya bahawa badan pengawal selia terbabit mempunyai keutamaan yang lain, dan oleh itu, menyekat laman web bukanlah salah satu daripadanya.

Walaupun kami memahami Internet telah menjadi pencetus kebencian dan penyebar maklumat yang salah namun kami percaya pengamal media adalah individu yang berdisiplin dipandu oleh profesionalisme dan etika.

Alam media sosial yang tidak terkawal boleh difahami sebagai masalah. Kami mengakui bahawa maklumat salah dan berita palsu (fake news) sudah sampai pada tahap krisis.

Bagaimanapun kami juga percaya peranan yang harus dimainkan oleh media bebas di negara ini. Kerajaan mesti memastikan ekosistem yang betul dan persekitaran yang kondusif untuk pengamal media bekerja tanpa rasa takut dan pilih kasih.

- Tan Sri Johan Jaaffar 
- Datuk A Kadir Jasin 
- Datuk Hussamuddin Yaacob 
- Datuk Seri Azman Ujang 
- Datuk Dr Chamil Wariya 
- Datuk Yong Soo Heong 
- Datuk Zakaria Wahab 
- Dr G Manimaran


Apa dah jadi?.. pertama kali dalam sejarah ni bila sekumpulan Wartawan Kanan mempertikaikan tindakan SKMM secara terbuka.. 

Video sila lihat di SINI


Demikianlah Artikel Jangan Jadi 'Big Brother', Wartawan Kanan Sound SKMM

Sekianlah artikel Jangan Jadi 'Big Brother', Wartawan Kanan Sound SKMM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan Jadi 'Big Brother', Wartawan Kanan Sound SKMM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/jangan-jadi-big-brother-wartawan-kanan.html

Subscribe to receive free email updates: