Cukuplah Berpolitik, India Sudah Ke Bulan.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cukuplah Berpolitik, India Sudah Ke Bulan.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Cukuplah Berpolitik, India Sudah Ke Bulan..link :
Cukuplah Berpolitik, India Sudah Ke Bulan..
Baca juga
Cukuplah Berpolitik, India Sudah Ke Bulan..
Membaca titah Sultan Selangor, ketika upacara angkat sumpah Menteri Besar negeri itu dan 10 Exco Selasa lalu menginsafkan sejenak.
Antara titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melekat di minda ialah baginda memohon semua pihak berhenti berpolitik kerana rakyat dan baginda sendiri sudah penat dan mahukan semua kaum hidup bersatu semula.
Sultan Selangor yang menginjak usia 78 tahun turut berharap ekonomi Selangor akan gemilang semula. Demikianlah realiti politik Malaysia ketika ini, orang politik masih terus berpolitik biarpun PRU15 dan PRN di enam negeri sudah tamat.
Tindak tanduk puak-puak yang tidak penat menjaja isu politik jelas lagi nyata membabitkan kumpulan yang kemaruk kuasa. Sehingga cita-cita mereka tercapai dijangkakan sampai bila-bila rakyat akan disumbat dengan isu-isu karut-marut. Sepatutnya selepas PRN 12 Ogos lalu, semua parti sudah berlapang dada menerima keputusan pengundi dan kembali fokus untuk menguruskan isu rakyat dan memajukan negara.
Namun ia tidak berlaku malah adakala menjadi-jadi apabila permainan politik tersebut semakin tidak bertempat sehingga tahap menggusarkan. Suhu politik mulai panas lagi menjelang PRK di DUN Pelangai, Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.
Antaranya, terus ditiup ura-ura Kerajaan Perpaduan bakal runtuh dan kempen-kempen di tiga PRK terus dimainkan referendum rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.
Begitu juga cubaan Kelantan mahu menggunakan tema sambutan Hari Kebangsaan berbeza dengan Pusat walaupun, kontroversi itu ditamatkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, namun ura-ura tersebut tidak sihat.
Kelantan walaupun dipimpin Pas namun negeri tersebut masih dalam Malaysia dan Pusat masih mempunyai tanggung jawab ke atas negeri itu berasaskan konsep federalisme seperti di ulang laung Pas.
Begitu juga dengan kenyataan MB Kelantan, Datuk Nassaruddin Daud yang memberi bayangan seolah-olah ADUN Galas dan ADUN Kota Lama sebagai menentang perjuangan Islam. Ada yang mempersoalkan, Pas adalah parti politik dan bukan agama, jadi sangat tidak relevan untuk memberi contoh sebegitu lebih-lebih lagi Nassaruddin sepatutnya lebih arif membezakan yang mana parti dan yang mana agama.
Beberapa tindak-tanduk yang menyebabkan pergeseran antara Pusat dan negeri sebegini akan membawa kepada pertelagahan politik berterusan manakala rakyat yang penat menjadi keliru.
Justeru, titah Sultan Selangor patut dijadi panduan bukan sahaja di Selangor tetapi semua negeri kerana kemelut politik ini merebak di semua negeri.
Semua orang politik sepatutnya move on dan bukalah minda masing-masing menyaksikan bagaimana India sedang berbangga dengan pendaratan Chandrayaan-3 di kutub selatan Bulan pada Rabu lalu.
India kini sudah dalam liga Amerika Syarikat, China dan Russia berjaya melakukan pendaratan di Bulan. Malaysia jangan mahu merancang misi ke Bulan tetapi mungkin ramai dalam kalangan kita tidak dapat bayangkan di manakah Bulan itu berada -
Utusan
Demikianlah Artikel Cukuplah Berpolitik, India Sudah Ke Bulan..
Sekianlah artikel Cukuplah Berpolitik, India Sudah Ke Bulan.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cukuplah Berpolitik, India Sudah Ke Bulan.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/cukuplah-berpolitik-india-sudah-ke-bulan.html