Ada YB Bina 'Jambatan Ke Neraka'? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada YB Bina 'Jambatan Ke Neraka'?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Ada YB Bina 'Jambatan Ke Neraka'?link :
Ada YB Bina 'Jambatan Ke Neraka'?
Baca juga
Ada YB Bina 'Jambatan Ke Neraka'?
Melalui penyelidikan sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM), beberapa faktor dikenal pasti sebagai punca ketidakcekapan kawalan pembangunan dan sistem perancangan guna tanah, kawalan aktiviti perniagaan dan penyediaan infrastruktur dalam sesuatu kawasan PBT.
Ketua Penyelidik, Dr Siti Sarah Sulaiman, berkata antara faktor yang dikaitkan dengan isu itu adalah kekurangan penguatkuasaan, kelemahan sistem pemantauan, campur tangan politik, rasuah dan kekurangan tenaga mahir dan berpengalaman.
Antara cadangan yang boleh dilaksanakan PBT adalah memastikan tidak ada elemen kepentingan politik dalam mesyuarat jawatankuasa membuat keputusan.
"Ahli majlis yg dilantik tidak boleh terdiri daripada orang yang mempunyai jawatan dalam parti politik atau bukan dalam kalangan orang politik. Lantikan dibuat berdasarkan merit profesionalisme sahaja," katanya pada Persidangan Penyelidikan Governans, Intergriti dan Antirasuah, hari ini.
Penyelidikan itu juga mencadangkan untuk PBT melakukan proses audit dan pemantauan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) termasuk mengadakan Pelan Anti Rasuah di setiap agensi.
"Kita juga mencadangkan, agar bengkel atau latihan berkala berkaitan antirasuah dilaksanakan bersama SPRM di setiap PBT di negeri-negeri.
"Selain itu, kita juga menggalakkan untuk mempercepatkan pelaksanaan skim pertukaran pegawai antara pihak berkuasa tempatan, seperti menyelaraskan bidang perkhidmatan dan perjawatan gred.
"Setiap PBT juga perlu memastikan pewartaan dan pelaksanaan rancangan tempatan bagi memastikan keputusan yang dibuat seragam dan tidak boleh dicabar kerana ia adalah pelan tindakan yang perlu dirujuk," katanya.
Siti Sarah berkata, pindaan ke atas Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]) untuk memasukkan peruntukan mengawal amalan perundingan sumbangan pembangunan melalui perjanjian perancangan.
"Setiap syarat kebenaran merancang yang ditetapkan perlulah munasabah dan berkaitan dengan pembangunan. Namun begitu ada juga amalan perundingan sumbangan pembangunan dibuat antara PBT dan juga pemaju yang mana perkara yang perlu dilaksanakan dianggap tidak munasabah tetapi sangat penting dan memberi manfaat kepada masyarakat. Justeru ia akan dipersetujui melalui perjanjian antara PBT dan pemaju," katanya.
Laporan penyelidikan itu turut disediakan oleh lima penyelidik lain iaitu Prof Madya Dr Hartini Saripan, Prof Madya Dr Noraziah Abu Bakar, Dr Anida Mahmood, Dr Rahmawati Mohd Yusoff dan Syazni Nadzirah Ya'cob lapor Berita Harian.
Dalam satu laporan yang berasingan pula Sinar Harian mendedahkan ada YB bina jambatan ke kebun sendiri menggunakan peruntukan pembiayaan projek pembangunan luar bandar.
SEPANG - Sudah bukan menjadi rahsia umum bahawa ada 'Yang Berhormat' di negara ini mencampuri urusan projek pembangunan luar bandar untuk keuntungan mereka.
Perkara itu didedahkan pensyarah Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr Nor'izah Ahmad yang mengakui wujud ahli politik menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kesenangan peribadi dan kroni.
“Dapatan kita ada ahli politik menggunakan peruntukan (pembiayaan projek pembangunan luar bandar) untuk membuat jambatan sepanjang dua kilometer namun selepas diselidiki pemberi maklumat kami, dia mengakui projek itu tidak diperlukan pun.
“Tetapi ia dibuat juga kerana jambatan ini menjadi penghubung ke kebunnya,” katanya ketika membentangkan kertas penyelidikan berjudul 'Risiko Rasuah Dalam Sektor Pembangunan Luar Bandar' bersempena Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 di Pusat Konvensyen Movenpick, di sini, pada Khamis.
Terdahulu, persidangan itu sebagai satu platform bagi perancang dasar dan pemain industri dalam menilai, merancang dan mengambil tindakan bersesuaian dalam membantu mewujudkan masyarakat Madani yang bebas rasuah.
Persidangan terbabit turut menjadi platform berkongsi dapatan penyelidikan dalam konteks tata kelola, integriti dan antirasuah serta membincangkan isu semasa berkaitan risiko rasuah, pelanggaran integriti dan kelemahan etika
“Ada ya, yang syarikat ini telah 'blacklist', namun disebabkan campur tangan orang politik, syarikat ini dapat projek pembangunan luar bandar. Ini memberi aplikasi sangat besar,” tegasnya.
Justeru katanya, polisi, dasar dan perundangan berhubung pemberian projek pembangunan perlu ditambah baik..
Demikianlah Artikel Ada YB Bina 'Jambatan Ke Neraka'?
Sekianlah artikel Ada YB Bina 'Jambatan Ke Neraka'? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ada YB Bina 'Jambatan Ke Neraka'? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/ada-yb-bina-jambatan-ke-neraka.html