Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga..link :
Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga..
Baca juga
Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga..
BIARPUN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hanya mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu Muar yang disandang oleh Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, namun tindakan parti berkenaan menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan mengakibatkan Kerajaan Perpaduan hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Tindakan Muda itu menyebabkan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini hanya mempunyai 147 daripada 222 kerusi Parlimen iaitu kurang satu kerusi untuk memudahkan mereka melepasi sebarang undian bagi meluluskan sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan, pada masa depan.
Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan Muda menarik sokongan, meberikan sedikit kesan kepada Kerajaan Perpaduan kerana kehilangan kuasa majoriti dua pertiga untuk meluluskan usul sebarang pindaan melibatkan Perlembagaan Persekutuan.
Namun Mohd Azizuddin berkata, dengan situasi politik mutakhir, isu berkenaan bukan isu besar kerana kerajaan sebelum ini berjaya meminda Perlembagaan Persekutuan biarpun mereka tidak memiliki majoriti dua pertiga di Parlimen.
“Jika ada cadangan pindaan dan sebagainya, kerajaan hari ini boleh berunding dan menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dengan pembangkang bagi memastikan sebarang pembentangan usul termasuklah pindaan Perlembagaan berjalan lancar di Parlimen.
“Malah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menjadi Perdana Menteri pernah menandatangani CSA bagi memastikan Belanjawan 2023 diluluskan oleh Dewan Rakyat,” katanya.
Tindakan itu adalah sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan membabitkan Yayasan Akalbudi, baru-baru ini.
“Muda telah membuat keputusan untuk jadi pembangkang third force (kuasa ketiga) sebagai tanda protes kerana kerajaan pada hari ini menggugurkan 47 kes rasuah. Ini adalah permulaan untuk menormalisasikan rasuah.
“Kami tidak boleh dan tidak akan bertolak ansur dengan langkah tidak berprinsip ini. Biarlah saya dihukum daripada hilang prinsip dan berdosa besar,” tegas Syed Saddiq.
Bagaimanapun, kenyataan terbaharu dikeluarkan oleh Presiden Muda itu menimbulkan 1,001 persoalan sama ada parti berkenaan mampu bertahan jika bergerak solo tanpa bekerjasama dengan koalisi Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) mahu pun Perikatan Nasional (PN).
Ini kerana, kata Mohd Azizuddin kemenangan Syed Saddiq di Parlimen Muar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini adalah atas ihsan serta sokongan pengundi PH.
“Tanpa sokongan pengundi PH, mustahil untuk Muda menang. Bahkan mereka berisiko hilang deposit kerana parti berkenaan tidak mempunyai penyokong akar umbi yang ramai, sekali gus mengurangkan peluang untuk menang dalam mana-mana pilihan raya akan datang termasuklah pada PRU16 nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Pensyarah Sosiobudaya di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, selain menyukarkan kerajaan semasa untuk meminda Perlembagaan, sebarang usaha untuk melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya serta menambah bilangan kerusi Parlimen, pada masa depan juga berdepan kesukaran.
“Namun apa yang pasti Muda sukar menang mana-mana PRU akan datang jika mereka bertanding secara solo kerana mereka dilihat sebagai sebuah parti elit yang tidak mempunyai jentera dan keahlian yang ramai seperti PH-BN atau PN,” katanya.
Semasa Pilihan Raya Negeri baru-baru ini, 14 calon Muda yang bertanding di Dewan Undangan Negeri Selangor telah kalah teruk sehingga hilang wang deposit -
SH
Demikianlah Artikel Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga..
Sekianlah artikel Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/syed-saddiq-sebabkan-kerajaan-hilang.html