Mahu Tukar Kerajaan Bukti PN Kemaruk Kuasa

Mahu Tukar Kerajaan Bukti PN Kemaruk Kuasa - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahu Tukar Kerajaan Bukti PN Kemaruk Kuasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahu Tukar Kerajaan Bukti PN Kemaruk Kuasa
link : Mahu Tukar Kerajaan Bukti PN Kemaruk Kuasa

Baca juga


Mahu Tukar Kerajaan Bukti PN Kemaruk Kuasa

 


KOTA BHARU: Tindakan Perikatan Nasional (PN) yang terus-menerus mahu mengambil alih kerajaan membuktikan mereka sebenarnya kemaruk untuk kembali berkuasa selepas gagal pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata, usaha itu dibimbangi boleh mencetuskan ketidakstabilan politik sekali gus merugikan negara.

“Sampai bila kita nak hidup begini (suasana politik tidak stabil), saya rasa rakyat sudah penat untuk berdepan dengan percaturan politik ‘gila kuasa’.

“Saya sarankan PN supaya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat pada PRU-15,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu memberitahu, pembangkang sepatutnya memainkan peranan semak dan imbang dengan lebih tuntas dalam membina semula negara selepas pandemik Covid-19.


Katanya, pembinaan semula negara itu penting bagi memastikan kesejahteraan rkayat terus terbela.

“Fokuslah kepada kerja, jangan asyik mahu berpolitik. Rakyat sedang memerhati, jika nak tukar kerajaan…tunggulah PRU-16.

“Beri ruang kepada Kerajaan Perpaduan untuk menjalankan tanggungjawab. Bersikap ‘gentelmen’, jangan sibuk mahu ‘tebuk atap,” ujarnya.

Noor Hariri turut mengingatkan PN supaya memberikan tumpuan kepada pentadbiran di empat negeri yang dimenangi oleh mereka daripada sibuk mahu menumbangkan kerajaan.

“Rakyat Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis memberikan kemenangan besar kepada PN, jadi bekerjalah untuk masyarakat,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memberi bayangan usaha mengambil alih kerajaan secara demokrasi tidak pernah dihentikan oleh pembangkang.

Beliau mendakwa, selagi mana usaha itu tidak membelakangkan Perlembagaan, proses tersebut tidak ada halangan untuk dilakukan tambahan pula dengan kelompongan yang ada pada Akta Anti Lompat Parti.

Malah Menteri Besar Kedah itu turut mengesahkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui wujud tentang rancangan yang dipanggil ‘Langkah Dubai’ itu.-UTUSAN


Demikianlah Artikel Mahu Tukar Kerajaan Bukti PN Kemaruk Kuasa

Sekianlah artikel Mahu Tukar Kerajaan Bukti PN Kemaruk Kuasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahu Tukar Kerajaan Bukti PN Kemaruk Kuasa dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/01/mahu-tukar-kerajaan-bukti-pn-kemaruk.html

Subscribe to receive free email updates: