Judul : Sampai bila Amanah akan jadi khadam DAP?
link : Sampai bila Amanah akan jadi khadam DAP?
Sampai bila Amanah akan jadi khadam DAP?
Oleh Abdul Rahman Malik
[ULASAN] Bagaimana pemerhati perkembangan politik Parti Amanah Negara tidak merumuskan bahawa parti itu adalah ‘khadam’ pada DAP jika apabila ada isu terhadap parti dominasi Cina itu, Amanah akan tampil mempertahankannya.
Terbaharu ialah apabila Pemuda DAP menyatakan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan parti Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menganggapnya bersikap rasis, Amanah pula yang menjadi “pegawai penerangannya”.
Amanah menyifatkan pendirian Pemuda DAP yang menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukanlah pendirian rasmi DAP.
Menurut Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, Pemuda DAP berhak menyatakan pendiriannya dan yakin perkara itu akan ditangani pimpinan tertinggi DAP kelak.
"Pemuda DAP jika mereka menyatakan tidak senang, itu kenyataan Pemuda (DAP) sahaja bukannya pendirian parti mereka lagi.
"Jadi masing-masing berhak untuk mengeluarkan sebarang pendapat," katanya ketika mengulas pendirian pemuda DAP yang menolak parti yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana mengamalkan diskriminasi perkauman.
Menurut Anuar, bukan Pemuda DAP sahaja bersikap kritis terhadap keahlian Bersatu tetapi Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam turut menyatakan pandangan yang sama.
Katanya, Subramaniam menganggap masyarakat India yang menyertai Bersatu akan menjadi ahli 'kelas kedua' di dalam parti itu. Ini kerana bukan Melayu hanya diterima ahli bersekutu dan tidak boleh memegang jawatan pimpinan parti itu.
Selain itu, menurut Anuar, Bersatu tidak dikira sebagai parti berasaskan kaum apabila turut membuka ruang untuk kaum lain menyertai mereka walaupun sebagai ahli bersekutu.
"Maknanya jika ada 'ahli bersekutu' sekurang-kurang mereka sudah membuka keahlian kepada kaum lain. Tidak boleh kita kata mereka parti satu kaum sahaja," katanya lagi.
Sehubungan itu, Anuar menegaskan bahawa Amanah tidak menolak kemungkinan membentuk kerjasama dengan mana-mana parti termasuk Bersatu jika mempunyai hala tuju yang sama.
"Amanah akan berkerjasama (dengan) sesiapa yang mahu melihat reformasi berlaku di dalam negara ini tanpa mengira parti mana jika siapa yang memberikan komitmen untuk memberikan kepimpinan yang baru di negara ini," ujarnya.
DAP dapat sokongan parti Melayu
Memang benar dan cekap Mahathir menilai peribadi Melayu – mudah lupa. Kira-kira 18 tahun lalu, Setiausaha Agung Amanah itu sendiri adalah di kalangan yang bertempiaran menyembunyikan diri diburu polis Mahathir menyergap penyokong Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun kini setelah bertukar kulit daripada menyokong Parti Keadilan Nasional (kemudian Parti Keadilan Rakyat) kerana tidak selesa dengan pimpinan lain yang tidak mengikuti tarbiyah Angkatan Belia Islam, Anuar dan pemimpin PKN yang seangkatannya lain menyertai PAS.
Tujuannya ialah untuk beristiqamah. Mereka tidak serasi dengan penyokong Anwar yang datang dari Umno dalam PKN. Mereka mahu terus tekal dengan prinsip jemaah dan harakah Islamiah.
Sedihnya apabila berada dalam PAS Anuar dan pimpinan yang seangkatan dengannya mendapati PAS ada banyak kekurangannya, sebahagian besar daripada mereka mulai kurang senang dengan kepimpinan ulama PAS.
Maka timbul keghairahan untuk merentap kuasa dalam PAS dan mereka pun berpakat menundukkan kaum ulama dalam pemilihan muktamar 2015. Malangnya, mereka gagal.
Sejak itu yang paling akrab dengan mereka ialah DAP. Ini mendorong sebilangan pemimpin PAS yang menggelar kumpulan bekas ahli PAS yang menubuhkan Amanah itu sebagai ‘khadam’ DAP.
Demikian status quo politik Amanah. Mereka lebih banyak bergantung kepada sokongan DAP termasuk dalam perundingan kerjasama politik dengan PKR.
Natijahnya hajat mereka untuk meletakkan calon dalam dua pilihanraya kecil parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar terkabul berkat sokongan DAP. Dek segankan DAP, PKR melupakan hasrat mahu calonnya bertanding di Sungai Besar.
Kini Amanah mendambakan sokongan Bersatu khususnya mahu menumpang aura Mahathir. Amanah segera mengesyorkan supaya rundingan kerjasama dengan Bersatu diadakan.
Yang anehnya, pendaftaran Bersatu sendiri belum selesai. Selasa lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru menyerahkan pendaftaran parti baru itu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Muhyiddin berkata, Bersatu terbuka kepada semua warga negara Malaysia Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.
Soal keahlian dalam Bersatu bukan isu bagi Amanah. Yang penting Amanah nampak agak ghairah segera diiktiraf sebagai sebuah parti politik nasional yang dinamik dan bersedia bekerja keras untuk menjatuhkan bukan sahaja Umno tetapi lebih utama, PAS.
Nampaknya, jalur pemikiran politik Islam pemimpin Amanah sudah amat jauh daripada tunas pemikiran dan pendekatan politik Islam PAS. Bukan sahaja jalur politik Islam PAS sudah tanggal daripada perjuangan mereka malah ia lebih selesa dengan DAP dan PKR yang sekular.
Demikianlah Artikel Sampai bila Amanah akan jadi khadam DAP?
Sekianlah artikel Sampai bila Amanah akan jadi khadam DAP? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sampai bila Amanah akan jadi khadam DAP? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/sampai-bila-amanah-akan-jadi-khadam-dap.html