Judul : Mahkamah Singapura isytihar anak Daim muflis
link : Mahkamah Singapura isytihar anak Daim muflis
Mahkamah Singapura isytihar anak Daim muflis
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Singapura mengisytiharkan anak bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai muflis minggu lalu kerana berhutang S$1.65 juta (RM4.9 juta) dengan Maybank Kim Eng Securities.
Menurut laporan The Straits Times, Md Wira Dani Abdul Daim, 37, meletak jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif LionGold Corp, menurut kenyataan yang dihantar kepada Bursa Singapura, di mana beliau berharap dapat menyelesaikan masalah kewangannya dalam 30 hari.
Isnin lalu, Wira turut berundur daripada jawatan pengerusi eksekutif ISR Capital, sebuah firma pelaburan.
Maybank menyaman Wira bagi mendapatkan balik sejumlah S$2.459 juta (RM7.3 juta) yang dipinjamnya bagi membeli saham LionGold.
Nilai saham LionGold jatuh sebanyak S$6.9 bilion pada Oktober 2013 menyebabkan pelbagai tindakan mahkamah.
Wira sebelum ini bersetuju melangsaikan hutangnya secara ansuran, tetapi hanya membayar S$100,000 sehingga Ogos 2014.
April lalu, Maybank bersetuju dengan tawaran peguam Wira untuk melangsaikan hutang menerusi dua bayaran S$1 juta menjelang Jun.
Bagaimanapun, Maybank hanya menerima S$835,950, dan membuat keputusan memfailkan tindakan muflis.
Demikianlah Artikel Mahkamah Singapura isytihar anak Daim muflis
Sekianlah artikel Mahkamah Singapura isytihar anak Daim muflis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Singapura isytihar anak Daim muflis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/mahkamah-singapura-isytihar-anak-daim.html