Umno tidak rebut jawatan pengerusi BN P. Pinang kerana tiada kuasa politik

Umno tidak rebut jawatan pengerusi BN P. Pinang kerana tiada kuasa politik - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umno tidak rebut jawatan pengerusi BN P. Pinang kerana tiada kuasa politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno tidak rebut jawatan pengerusi BN P. Pinang kerana tiada kuasa politik
link : Umno tidak rebut jawatan pengerusi BN P. Pinang kerana tiada kuasa politik

Baca juga


Umno tidak rebut jawatan pengerusi BN P. Pinang kerana tiada kuasa politik

 
Zainal Abidin berkata, jawatan itu tiada kuasa pentadbiran, kecuali amanah, tanggungjawab, tugas dan kerja berat semata-mata.


Zainal Abidin Osman


GEORGE TOWN: Umno tidak pernah melobi untuk jawatan pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kerana ia tiada kuasa politik atau sebarang keistimewaan di negeri pimpinan Pakatan Harapan.

Sebaliknya, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berikrar akan terus menyokong Teng Chang Yeow memimpin BN Pulau Pinang dalam usaha merampas negeri itu daripada DAP.

“Umno Pulau Pinang tidak pernah mencadangkan atau melobi perdana menteri untuk mengambil alih jawatan itu. Pelantikan pengerusi BN negeri adalah prerogatif pengerusi BN pusat iaitu perdana menteri.

“Lagipun tidak pernah timbul dalam sebarang perbincangan di peringkat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang cadangan mengambil alih jawatan pengerusi BN negeri yang disandang Teng.

“Jawatan pengerusi BN negeri di sebuah negeri ditadbir pembangkang tidak mempunyai sebarang kuasa politik atau kuasa pentadbiran.

“Ia juga tidak ada apa-apa keistimewaan kecuali amanah, tanggungjawab, tugas dan kerja berat semata-mata. Ia tidak pernah menjadi rebutan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainal Abidin berkata, hubungan Umno dengan rakan komponen BN di Pulau Pinang adalah akrab, baik dan saling melengkapkan satu sama lain, malah kerjasama mereka juga di tahap baik.

Beliau mengulas laporan FMT bertajuk “Umno bakal memimpin BN Pulau Pinang, Gerakan disisih?” yang disiarkan Jumaat lalu.

Seorang ahli kanan jawatankuasa pusat Gerakan memberitahu FMT, Umno berminat mengambil alih jawatan itu yang dipegang Gerakan secara tradisi.

Pemimpin Gerakan yang enggan dikenali itu berkata, BN Pulau Pinang menjadi lemah untuk menentang kerajaan pimpinan DAP ekoran masalah dalaman dan pertelagahan antara puak.

Sehubungan itu, seorang pemimpin Umno dari Pulau Pinang yang merupakan menteri dicadangkan memegang jawatan pengerusi BN negeri.

Kemelut dalaman Gerakan Pulau Pinang timbul selepas Timbalan Setiausaha Agungnya, Dr Thor Teong Gee meletak semua jawatan dalam parti kerana mendakwa reputasinya terjejas ekoran pergeseran dalaman untuk jawatan Penyelaras Bahagian Sungai Pinang serta perebutan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Susulan laporan FMT itu, Malaysiakini memetik bekas dan pemimpin sekarang mengesahkan berlaku “krisis dalaman” kerana parti terbabit diketuai “boneka dan pengikut” bukannya “pemimpin dan cendikiawan”.

Apabila dihubungi FMT, Teng bagaimanapun enggan mengulas.

Namun, beliau memberitahu Malaysiakini: “Selepas anda tulis laporan bagus yang menghentam saya, arahan tutup mulut dikeluarkan, jadi saya tidak boleh komen.”



Demikianlah Artikel Umno tidak rebut jawatan pengerusi BN P. Pinang kerana tiada kuasa politik

Sekianlah artikel Umno tidak rebut jawatan pengerusi BN P. Pinang kerana tiada kuasa politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umno tidak rebut jawatan pengerusi BN P. Pinang kerana tiada kuasa politik dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/umno-tidak-rebut-jawatan-pengerusi-bn-p.html

Subscribe to receive free email updates: