‘Pelabur jauhkan diri dari hartanah Malaysia hingga dilema selesai’

‘Pelabur jauhkan diri dari hartanah Malaysia hingga dilema selesai’ - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Pelabur jauhkan diri dari hartanah Malaysia hingga dilema selesai’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Pelabur jauhkan diri dari hartanah Malaysia hingga dilema selesai’
link : ‘Pelabur jauhkan diri dari hartanah Malaysia hingga dilema selesai’

Baca juga


‘Pelabur jauhkan diri dari hartanah Malaysia hingga dilema selesai’


MALAYSIAKINI


Pelabur asing kurang berminat menceburi pasaran hartanah Malaysia sehingga ‘dilema’ negara selesai, kata seorang ejen hartanah veteran, Siva Shanker.

Pasaran hartanah kini didorong oleh permintaan domestik, kata Siva, seorang bekas presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).

"Saya tidak fikir ramai pelabur hartanah asing mahu bergegas datang ke Malaysia sekarang. Saya fikir mereka akan menjauhi Malaysia.

“Sehingga kita selesaikan dilema hari ini atau hingga ia berakhir, saya fikir setiap orang akan melayan kita dengan agak berhati-hati," katanya ketika menyampaikan persembahan slaid mengenai tinjauan pasaran hartanah di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan mengenai 'dilema' yang disebutkannya pada majlis itu dan turut tidak mahu mengulas lanjut pada sidang media selepas itu.

Siva juga berkata industri itu asalnya menjangkakan pasaran hartanah yang kekal 'tidak menarik' pada suku pertama 2015 akan menjadi lebih baik pada suku keempat tahun berkenaan.

"Tetapi, malangnya, ini tidak berlaku kerana saya fikir, terutamanya antara lain, The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan berita mengenai 1MDB dan pasaran sedikit terjejas dengan para pelabur mengambil pendekatan menjauhkan diri," katanya.

Dalam persembahan slaid itu, Siva berkata senario politik semasa juga memberi kesan kepada pasaran.

Pada sidang akhbar selepas itu, Siva, enggan mengulas mengenai peranan kerajaan dalam membantu pemulihan pasaran hartanah berikutan kemelut 1MDB.

"Sidang akhbar ini adalah mengenai rakan kongsi (kami) dengan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan pasaran hartanah. Saya akan menjauhkan diri daripada politik mengenai ini," katanya






Demikianlah Artikel ‘Pelabur jauhkan diri dari hartanah Malaysia hingga dilema selesai’

Sekianlah artikel ‘Pelabur jauhkan diri dari hartanah Malaysia hingga dilema selesai’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Pelabur jauhkan diri dari hartanah Malaysia hingga dilema selesai’ dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/pelabur-jauhkan-diri-dari-hartanah.html

Subscribe to receive free email updates: