Kenapa tidak saman Husam kalau benar Husam memfitnah?

Kenapa tidak saman Husam kalau benar Husam memfitnah? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa tidak saman Husam kalau benar Husam memfitnah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa tidak saman Husam kalau benar Husam memfitnah?
link : Kenapa tidak saman Husam kalau benar Husam memfitnah?

Baca juga


Kenapa tidak saman Husam kalau benar Husam memfitnah?

 Hari tu, Hj Wan Roslan Wan Hamat, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan menafikan dakwaan yang dibuat oleh Dato' Haji Husam mengenai Kelantan bazirkan RM300,00 wang Yayasan Tok Kenali bina Tugu  Banjir.

  Belia tuduh Husam mengelirukan dan memfitnah dan mengesa Husam menarik balik tuduhan terhadap Yayasan Amanah Tok Kenali dan juga Kerajaan Negeri Kelantan sepertimana kenyataan yang telah beliau keluarkan.

  Tetapi Husam tidak layan. Dia tak tarik balik kenyataannya itu.

 Tiba-tiba Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) hari ini membuat laporan polis terhadap Husam Musa berkaitan kenyataannya itu.

 Pengarah YTK Ustaz Tuan Sharifuddin Tuan Ismail berkata, kenyataan fitnah Husam bertujuan memburuk imej YTK dan kerajaan negeri.

 Komen al-Husseyn :

 Buat apa report polis untuk siasat? Apakah dengan membuat penafian dan laporan polis maka imej YTK dan kerajaan negeri jadi nampak molek? Kenapa tidak saman saja Husam kalau benar Husam memfitnah?

 Sebenarnya, kenyataan Husam tersebut adalah jerat  hingga berjaya mengundang reaksi Hj Wan Roslan Wan Hamat, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan rasmi mengakui menggunakan dana Yayasan Amanah Tok Kenali (YATK) untuk membeli lot tanah milik individu tertentu.
“Selepas meneliti beberapa dokumen dan mendengar penjelasan daripada pihak Yayasan Amanah Tok Kenali, tanah yang dimaksudkan oleh ADUN Salor terbabit adalah dibeli oleh Yayasan Amanah Tok Kenali bagi tujuan menyelamatkan tanah Masjid Jauhar yang sebelum ini dibina diatas tanah milik individu. Manakala, Tugu Banjir yang dibina oleh Badan Bukan Kerajaan di Kuala Krai tidak termasuk didalam tanah yang dibeli oleh Yayasan Tok Kenali dan tidak seperti yang didakwa oleh beliau.”  ~ sumber
 Perhatikan kenyataan yang diboldkan itu. Hj Wan Roslan  beritahu bahawa tugu Peringatan Banjir itu tidak termasuk dalam tapak yang dibeli dengan dana Tabung Yayasan Tok Kenali.

 Cuba perhatikan pula kenyataan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Iberahim, Pada 26/1/17 - Nazman mendakwa Tugu Peringatan banjir itu dibina di atas rizab jalan. Tanah itu tidak termasuk dalam tapak yang dibeli.

 Tetapi kemudian selang sehari saja, pada 27/1/17, Nazman ubah kenyataan bahawa Tugu Peringatan itu dibina diatas Lot 2330!

  Menurut pengakuan Nazman tanah yang dibeli itu adalah seluas 1.1 ekar .

 i. Lot 2319 seluas 0.331 ekar yg didirikan Masjid Jauhar dan Pusat Aktiviti Pas/MTD Pas Guchil oleh Pas Kawasan Kuala Krai semenjak thn 1991.

 ii. Lot 2397 seluas 0.453 ekar yg didirikan 5 unit kedai oleh Majlis Daerah Kuala Krai semenjak 1995.

Kalau hanya dengan dua lot diatas ini saja (Lot 2319 seluas 0.331 ekar ) + (Lot 2397 seluas 0.453 ekar) = 0.784 ekar sahaja.... mana 1.1 ekar sebagaimana dakwaan Nazman?

   iii. Lot 2330 seluas 0.172 ekar yg didirikan Tugu Banjir 2014 oleh Persatuan Jurukur Msia tahun 2016 yg tidak ditunjukkan dlm pelan SO, tp ada dalam pelan PA dari JUPEM.

  Jika dicampur keluasan ketiga tiga lot tersebut, keluasannya ialah 0.956 ekar, di manakah keluasan yg didakwa 1.1 ekar tersebut jika Lot 2330 didakwa tidak wujud dan dianggap sebagai rezab jalan?

Che Ibrahim Mohamed : Pah sapa kata YTK terlibat dgn pembinaan tugu banjir?....orang kata YTK beli tanah termasuk tapak tugu banjir


Demikianlah Artikel Kenapa tidak saman Husam kalau benar Husam memfitnah?

Sekianlah artikel Kenapa tidak saman Husam kalau benar Husam memfitnah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa tidak saman Husam kalau benar Husam memfitnah? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/kenapa-tidak-saman-husam-kalau-benar.html

Subscribe to receive free email updates: