Rasuah Exco: Shahrir bongkak, perkecil maruah bangsa Johor

Rasuah Exco: Shahrir bongkak, perkecil maruah bangsa Johor - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasuah Exco: Shahrir bongkak, perkecil maruah bangsa Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasuah Exco: Shahrir bongkak, perkecil maruah bangsa Johor
link : Rasuah Exco: Shahrir bongkak, perkecil maruah bangsa Johor

Baca juga


Rasuah Exco: Shahrir bongkak, perkecil maruah bangsa Johor

 MALAYSIA DATELINE

Mohd Sany HamzanMohd Sany Hamzan 
Pemuda Amanah Nasional membidas kenyataan 'bongkak' Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad kononnya parti itu tidak tergugat biarpun pimpinan mereka terlibat dalam rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri Johor,bidas Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan.

"Kami menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Johor Bahru itu sebagai satu kenyataan bongkak dan cuba memperkecilkan maruah bangsa Johor.
" Kami sangat yakin bangsa Johor menolak sekeras-kerasnya amalan rasuah yang 'diamalkan' oleh pimpinan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno di negeri itu.

"Kami yakin, bangsa Johor sangat mengambil serius isu skandal rasuah yang berlaku di negeri itu ditambah lagi ia melibatkan kepentingan masyarakat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Mohd Sany mengulas kenyataan dibuat oleh Shahrir pada Sabtu yang dipetik berkata, Skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di Johor yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak akan menggugat imej dan kedudukan Barisan Nasional (BN).

Shahrir berkata siasatan itu sekali gus dapat membersihkan imej kerajaan daripada pelbagai tohmahan buruk mengenai integriti pentadbiran dan pemerintahan.

Tan Sri Shahrir Abdul Samad Tan Sri Shahrir Abdul Samad "Tindakan yang diambil hanya kepada mereka yang terlibat dengan perbuatan yang boleh menjejaskan imej dan integriti pentadbiran. Jadi, bila kita ambil tindakan itu, tidak bermakna bahawa imej kita (BN) pula terjejas.

Bagi Pemuda Amanah skandal yang melibatkan exco terbabit itu juga telah mengkhianati rakyat Johor.

"Perumahan adalah antara isu besar bagi rakyat di negeri Johor terutama golongan muda yang sangat terhimpit dalam memiliki rumah sendiri.

"Skandal yang melibatkan Exco Kerajaan Negeri serta anak dan pegawai khasnya itu telah mengkhianati rakyat Johor terutama orang Melayu.

"Ini ditambah lagi tidak ada sebarang tindakan tegas oleh Kerajaan Negeri Johor pimpinan Mohamed Khaled Nordin seolah-olah 'merestui' gejala jijik itu," terangnya.

Justeru katanya lagi, Pemuda Amanah Nasional yakin, pengkhianat kepimpinan Umno terhadap kepentingan rakyat khususnya orang Melayu ini akan dihukum oleh bangsa Johor.

"Hukuman itu akan dinatijahkan dalam bentuk undi dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang akan datang." ujarnya.
Pada Jumaat, seorang anggota Exco kerajaan Johor dibenarkan direman selama seminggu sehingga 16 Mac ini bagi membantu siasatan SPRM berhubung rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Sebelum ini, SPRM menahan enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas Exco itu pada 24 Februari dan menahan seorang kontraktor lelaki pada 28 Februari setelah dipercayai terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah.

Tiga daripada tujuh individu, iaitu dua pemaju dan seorang kontraktor, dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 3 dan 7 Mac lepas, sementara empat yang lain dibebaskan dengan jaminan SPRM.



Demikianlah Artikel Rasuah Exco: Shahrir bongkak, perkecil maruah bangsa Johor

Sekianlah artikel Rasuah Exco: Shahrir bongkak, perkecil maruah bangsa Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rasuah Exco: Shahrir bongkak, perkecil maruah bangsa Johor dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/rasuah-exco-shahrir-bongkak-perkecil.html

Subscribe to receive free email updates: