Teresa bercadang saman Jamal, portal media berkaitan fitnah seleweng dana Yawas

Teresa bercadang saman Jamal, portal media berkaitan fitnah seleweng dana Yawas - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Teresa bercadang saman Jamal, portal media berkaitan fitnah seleweng dana Yawas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Teresa bercadang saman Jamal, portal media berkaitan fitnah seleweng dana Yawas
link : Teresa bercadang saman Jamal, portal media berkaitan fitnah seleweng dana Yawas

Baca juga


Teresa bercadang saman Jamal, portal media berkaitan fitnah seleweng dana Yawas

 MALAYSIA DATELINE
 
Teresa KokTeresa KokAhli Parlimen Seputeh Teresa Kok sedang mempertimbangkan tindakan mahkamah terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos dan beberapa portal atas talian yang menyebarkan fitnah ke atasnya.

Menurut Teresa, Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) merupakan agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menguruskan semua tabung kebajikan termasuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Kuasa pemberian wang ehsan di bawah SMUE, katanya, diberi kepada Adun Pakatan Rakyat di Selangor dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan.

“Tujuan ia diperluas ke Kuala Lumpur adalah kerana ramai warga Selangor bermastautin di Kuala Lumpur. Lebih mudah bagi waris untuk membuat permohonan di pusat khidmat Ahli Parlimen,” jelasnya.

Teresa yang juga Naib Presiden DAP dipetik berkata, setiap wakil rakyat diberi satu kad ATM dengan akaun bank khas oleh Pejabat Daerah. Setiap akaun itu pula diperuntukkan sebanyak RM10,000 sebagai permulaan.

Pegawai di pejabat wakil rakyat bertanggungjawab menggunakan kad ATM untuk mengeluarkan wang tunai sebanyak RM1,000 untuk diberi kepada setiap keluarga si mati yang memohon dana SMUE.

“Selepas ia habis, staf pegawai akan hantar semua dokumen pemohon kepada Pejabat Daerah untuk rekod agar RM10,000 dapat ditambah dan diagihkan kepada pemohon.”

Menurutnya, semua rekod pemberian wang ehsan kepada waris si mati yang merupakan warga Selangor telah disimpan baik oleh pejabat Daerah.

“Saya tidak pernah melakukan apa-apa penyelewengan dari segi pemberian wang ehsan. Pejabat Daerah Petaling mempunyai semua rekod penerima wang SMUE.

“Tuduhan palsu dan fitnah yang dilemparkan Jamal terhadap saya dan rakan-rakan parti pembangkang memang menunjukkan beliau telah bankrap dari segi idea dan isu politik terhadap kami,” ujarnya seperti dilapor Roketkini.



Demikianlah Artikel Teresa bercadang saman Jamal, portal media berkaitan fitnah seleweng dana Yawas

Sekianlah artikel Teresa bercadang saman Jamal, portal media berkaitan fitnah seleweng dana Yawas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Teresa bercadang saman Jamal, portal media berkaitan fitnah seleweng dana Yawas dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/teresa-bercadang-saman-jamal-portal.html

Subscribe to receive free email updates: