Amanah masih samar-samar mahu sokong RUU 355 atau tidak

Amanah masih samar-samar mahu sokong RUU 355 atau tidak - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah masih samar-samar mahu sokong RUU 355 atau tidak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah masih samar-samar mahu sokong RUU 355 atau tidak
link : Amanah masih samar-samar mahu sokong RUU 355 atau tidak

Baca juga


Amanah masih samar-samar mahu sokong RUU 355 atau tidak

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah sehingga kini masih samar sama ada mahu menyokong atau menolak usul persendirian PAS bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) atau Akta 355.
 
Presidennya, Mohamad Sabu ketika diminta mengulas penerimaan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap usul itu berkata, Amanah tidak menolak usul itu, namun ia perlu dibahas terlebih dahulu.
 
"Siapa yang tolak? Amanah sudah bersedia untuk berbahas tetapi ia tidak dibahaskan. Ini menjadi masalah dan ia tak pernah berlaku. Usul ada tapi tak dibahas.
 
"PH sedia untuk berbahas dengan pelbagai cadangan dan pindaan, itu kita nak. Tetapi tidak dibahas, hendak kata apa," ujarnya.
 
Anwar pada semalam membayangkan beliau tidak menolak usul yang dibentang Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Khamis lalu, namun menyatakan PKR bersedia untuk menyertai jawatankuasa untuk meneliti usul tersebut untuk penambahbaikan.
 
Ujar Anwar, jawatankuasa itu akan meneliti, secara menyeluruh, pemerkasaan Mahkamah Syariah yang akan dilaksanakan.
 
Ia termasuk keutuhan, kebebasan dan kompetensi kehakiman Mahkamah Syariah, pendakwaan bebas, sistem penjara termasuk tahap hukuman, program latihan yang perlu serta infrastruktur yang lebih baik dan belanjawan yang bersesuaian, ujar Anwar.
 
Pakatan Harapan (PH) sehingga kini belum menyatakan pendirian mereka secara rasmi sama ada menyokong atau tidak usul persendirian itu.
 
PH sebaik sahaja sesi Parlimen kali ini ditangguhkan, menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana tidak diberi peluang untuk berbahas.
 
PAS bagaimanapun menerima keputusan penangguhan itu dengan hati terbuka, sementelah akan memberi lebih ruang kepada semua pihak membuat kajian dan mendalami usul tersebut.
 
Pemerhati politik juga berpandangan ahli Parlimen sama ada pembangkang atau kerajaan mempunyai peluang untuk berbahas pada sesi Parlimen akan datang.
 
 


Demikianlah Artikel Amanah masih samar-samar mahu sokong RUU 355 atau tidak

Sekianlah artikel Amanah masih samar-samar mahu sokong RUU 355 atau tidak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah masih samar-samar mahu sokong RUU 355 atau tidak dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/amanah-masih-samar-samar-mahu-sokong.html

Subscribe to receive free email updates: