Judul : Kamarulazman keluar parti bukti PPBM rapuh - Ismail Kijo
link : Kamarulazman keluar parti bukti PPBM rapuh - Ismail Kijo
Kamarulazman keluar parti bukti PPBM rapuh - Ismail Kijo
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Tindakan seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarulazman Habibur Rahman yang mengumumkan keluar parti, membuktikan bahawa PPBM sebuah parti yang rapuh serta tidak mempunyai wadah perjuangan yang kuat, kata Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.
Beliau turut percaya keputusan yang dibuat oleh Kamarulazman itu berpunca daripada kelemahan kepimpinan serta krisis dalaman parti itu sendiri.
"Saya tgk Kamarulazman ni, bagi saya kerana dia tiada keyakinan dalam parti itu sendiri tambahan pula apabila dia tidak ada keyakinan kepada pemimpin-pemimpin yang ada.
"Kalau kita tengok, PPBM macam rapuh sangat dan tidak ada perjuangan, perjuangan mereka adalah kerana mereka gagal dan keluar daripada parti yang mereka dukung selama ini iaitu Umno tetapi bila dia tiada tempat, di situ dia nak menunjukkan satu platform sebagai wadah perjuangan, tetapi wadah perjuangannya tiada kekuatan kerana tidak ada satu benda yang diperjuangkan," ulasnya.
Malah Ismail berpendapat, PPBM adalah parti yang paling lemah di dalam Pakatan Harapan (PH), justeru beliau percaya parti tajaan Tun Dr Mahathir itu sukar untuk memperoleh sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Saya yakin bahawa krisis di dalam parti itu akan melenyapkan PPBM bukan sahaja mereka akan dapat peluang dalam pilihan raya, bagi saya kebarangkalian untuk mendapat tempat dalam pilihan raya dengan kerusi-kerusi tertentu pun saya rasa macam tidak berapa yakin," katanya lagi.
Terdahulu awal hari ini, Kamarulazman yang merupakan Setiausaha Kerja dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM mengumumkan keluar parti selepas kecewa dengan krisis dalaman parti tersebut.
Kamarulazman juga kecewa apabila ada pihak di dalam parti itu yang bekerja demi kedudukan, malah berbaik-baik dengan pemimpin tertinggi demi kepentingan peribadi.
Beliau juga menegaskan bahawa tidak akan menyertai kembali Umno, sebaliknya akan bergerak aktif di dalam Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang digerakkannya sebelum ini.
Demikianlah Artikel Kamarulazman keluar parti bukti PPBM rapuh - Ismail Kijo
Sekianlah artikel Kamarulazman keluar parti bukti PPBM rapuh - Ismail Kijo kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kamarulazman keluar parti bukti PPBM rapuh - Ismail Kijo dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/kamarulazman-keluar-parti-bukti-ppbm.html