Judul : Negara selamat jika dipimpin golongan berserban dan prihatin dengan agama - PAS
link : Negara selamat jika dipimpin golongan berserban dan prihatin dengan agama - PAS
Negara selamat jika dipimpin golongan berserban dan prihatin dengan agama - PAS
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Seorang lagi pemimpin PAS tampil membidas kritikan Datuk Zaid Ibrahim selepas ahli DAP itu mendakwa Kelantan tidak memerlukan pemimpin yang berserban dan arif dalam ilmu agama sahaja.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata imej sedemikian adalah lebih baik dalam menjadikan seseorang pemimpin itu bermotivasi, bermaruah dan berhati-hati mengenai soal halal dan haram.
"Jawapan kepada pemimpin orang Islam yang sangat fobia terhadap jenama Islam.
"Keprihatinan pada hukum agama menggambarkan disiplin terhadap undang-undang. Justeru itu negara sangat selamat dan sejahtera jika dipimpin oleh pemimpin berserban dan prihatin hukum agama lagi bijak mengurus dan memimpin," katanya dalam satu kenyataan.
Zaid beberapa hari lalu berkata sudah tiba masanya untuk rakyat Kelantan, khususnya anak muda untuk membuat perubahan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Tegasnya anak muda di negeri berkenaan perlu berani menolak kepimpinan yang ada pada hari ini kerana nyata gagal dan tidak mampu membangunkan Kelantan.
Malah bekas pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) itu juga berkata pilihan raya bukan lagi tempat untuk memilih guru agama atau mereka yang berserban sebagai pemimpin, sebaliknya tokoh yang mempunyai kepakaran dan wawasan.
Zaid juga mengaitkan betapa Kelantan sangat mundur dari segi pelbagai bentuk kemajuan dan mempunyai banyak masalah sosial.
"Ada pun pemimpin yang melanggar hukum tuhan, tidak solat, tidak mengenal masjid, minum minuman memabukkan yang dilarang oleh agamanya, mereka boleh kehilangan jati diri yang membentengnya daripada perlakuan rasuah, ketirisan perbelanjaan dan boros.
"Mereka boleh terlibat dengan nepotisme dan kronisme. Jika hukum Tuhan boleh dilanggar apatah pula undang-undang negara," sanggah Khairuddin lagi.
Demikianlah Artikel Negara selamat jika dipimpin golongan berserban dan prihatin dengan agama - PAS
Sekianlah artikel Negara selamat jika dipimpin golongan berserban dan prihatin dengan agama - PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Negara selamat jika dipimpin golongan berserban dan prihatin dengan agama - PAS dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/negara-selamat-jika-dipimpin-golongan.html