Rasuah hartanah Johor: Beberapa individu dijangka didakwa

Rasuah hartanah Johor: Beberapa individu dijangka didakwa - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasuah hartanah Johor: Beberapa individu dijangka didakwa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasuah hartanah Johor: Beberapa individu dijangka didakwa
link : Rasuah hartanah Johor: Beberapa individu dijangka didakwa

Baca juga


Rasuah hartanah Johor: Beberapa individu dijangka didakwa

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Beberapa individu dijangka akan didakwa berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini dalam tempoh terdekat.
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata buat masa ini, pihaknya dan Timbalan Pendakwa Raya sedang memperkemaskan beberapa elemen siasatan.
 
"Saya tidak akan dedahkan nama-nama mereka. Cukup saya katakan mereka yang bakal didakwa adalah dalam kalangan mereka yang pernah ditangkap berhubung kes ini," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri satu mesyuarat operasi bersama Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani dan Pengarah SPRM Negeri Datuk Azmi Alias di sini hari ini.
 
Azam turut menolak spekulasi bahawa ada orang kenamaan (VIP) yang akan didakwa.
 
"Jangan buat sebarang spekulasi mana-mana pihak VIP terlibat dan sebagainya. Tidak ada tetapi (yang akan didakwa) dalam kalangan mereka yang pernah ditangkap.
 
"Ada juga kemungkinan yang dituduh hari ini akan dihadapkan semula ke mahkamah dan ada rakan mereka yang akan dituduh sekali," kata Azam.
 
Pagi tadi, Exco kerajaan negeri Datuk Abd Latiff Bandi bersama seorang perunding hartanah, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 33 pertuduhan membabitkan rasuah bernilai RM30.3 juta.
 
Tertuduh, 51, bersama Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.
 
Selain Abd Latif dan Amir Shariffuddin, SPRM pernah menahan enam individu lain termasuk anak lelaki Abd Latif, pegawai khas Abd Latif, seorang orang awam, dua pemaju dan seorang peguam bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
 
Sementara itu, Azam berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri atas kerjasama baik sepanjang siasatan kes itu.
 
 


Demikianlah Artikel Rasuah hartanah Johor: Beberapa individu dijangka didakwa

Sekianlah artikel Rasuah hartanah Johor: Beberapa individu dijangka didakwa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rasuah hartanah Johor: Beberapa individu dijangka didakwa dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/rasuah-hartanah-johor-beberapa-individu.html

Subscribe to receive free email updates: