DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB

DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB
link : DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB

Baca juga


DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB

MALAYSIAKINI


Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Jho Low memegang pasport Malaysia dan pasport untuk St Kitts dan Nevis di kepulauan West Indies, yang melanggar Perlembagaan Persekutuan yang tidak mengiktiraf dua kerakyatan.

Ini terkandung dalam saman ketiga Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkenaan 1MDB untuk merampas AS$540 juta lagi aset yang berkaitan dengan apa yang jabatan itu dakwa sebagai "konspirasi antarabangsa untuk mencuci dana yang disalahgunakan dari sebuah 'sovereign wealth fund' Malaysia".

Ini menjadikan jumlah tuntutan pelucuthakan yang dibuat oleh DOJ dalam kes ini meningkat kepada AS$1.7 bilion.

DOJ mendakwa Low telah menandatangani sepucuk surat dengan kepala surat firmanya Good Star Ltd untuk memudahkan pemindahan satu dana pada 19 Mac 2010.

Tanda tangan itu "sama dengan yang Low gunakan pada pasport Malaysia, Kitts dan Nevis," katanya.
St Kitts membenarkan warga asing mendapatkan kewarganegaraan sebagai balasan untuk pelaburan hartanah sekurang-kurangnya AS$400,000 atau satu sumbangan sekurang-kurangnya AS$250,000 kepada dana kepelbagaian industri gula di negeri ini.

Menurut pemfailan ketiga yang dibuat semalam, DOJ mendakwa Low mengumpulkan lebih AS1 bilion dalam hartanah menggunakan dana yang didakwa dialihkan daripada 1MDB. Ia termasuk:
- Time Warner Penthouse, New York (AS$30.55 juta);
- Oriole Mansion, Beverly Hills (AS$390.98 juta);
- unit Greene Condominium, New York (AS$13.8 juta);
- Hotel mewah L'Ermitage , Beverly Hills (AS$44.8 juta);
- Hillcrest Road mansion, Beverly Hills (AS$17.5 juta);
- Park Laurel condominium, New York (AS$23.98 juta);
- Qentas Townhouse, Belgavria, London (17 juta pound);
- Stratton penthouse dan flat Stratton, London (35 juta pound);
- Pejabat Stratton, London (42 juta pound); dan
- kepentingan dalam Hotel Park Lane, New York melalui perkongsian (jumlah harga pembelian AS$654 juta).



Demikianlah Artikel DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB

Sekianlah artikel DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/doj-dakwa-low-beli-lebih-as1b-hartanah.html

Subscribe to receive free email updates: