Zahid tolak dakwaan laporan AS, serang Dr M ‘yang pernah tangkap saya’

Zahid tolak dakwaan laporan AS, serang Dr M ‘yang pernah tangkap saya’ - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid tolak dakwaan laporan AS, serang Dr M ‘yang pernah tangkap saya’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid tolak dakwaan laporan AS, serang Dr M ‘yang pernah tangkap saya’
link : Zahid tolak dakwaan laporan AS, serang Dr M ‘yang pernah tangkap saya’

Baca juga


Zahid tolak dakwaan laporan AS, serang Dr M ‘yang pernah tangkap saya’

 
Timbalan PM itu berkata pentadbiran selepas Dr Mahathir lebih telus dan tidak sewenang-wenang menangkap pemimpin pembangkang.


ahmad-zahid-hamidi-maria-chin-arrest

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempertikaikan laporan Amerika Syarikat yang mengkritik penggunaan undang-undang keselamatan untuk menghalang ahli politik pembangkang di Malaysia.

“Siapa yang ditahan? Yang ada penahanan politik ialah ketika zaman Dr Mahathir,” kata timbalan perdana menteri itu. merujuk bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zahid berkata di bawah Dr Mahathir, pembangkang ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Termasuk dikenakan dengan orang yang bercakap ini,” kata Zahid yang pernah ditahan di bawah ISA pada 1998, susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri.

Menurutnya, sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak, penangkapan tidak dilakukan semata mata perbezaan pegangan politik.

“Tetapi kerajaan kita lebih telus and lebih terbuka dalam mendepani perbezaan politik.”

Laporan mengenai tindakan anti-keganasan sepanjang 2016 diterbitkan Jabatan Negara Amerika Syarikat baru-baru ini menyatakan kerajaan Malaysia menggunakan undang-undang keselamatan negara bagi “menangkap, memenjarakan dan mengganggu pengkritik dan pembangkang”.

Ia turut menyebut penangkapan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma pada November lalu.

Zahid bagaimanapun berkata Maria tidak ditangkap atas perbezaan politik.



Demikianlah Artikel Zahid tolak dakwaan laporan AS, serang Dr M ‘yang pernah tangkap saya’

Sekianlah artikel Zahid tolak dakwaan laporan AS, serang Dr M ‘yang pernah tangkap saya’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid tolak dakwaan laporan AS, serang Dr M ‘yang pernah tangkap saya’ dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/07/zahid-tolak-dakwaan-laporan-as-serang.html

Subscribe to receive free email updates: