Judul : Zaid ramal sukar untuk mendaftarkan HARAPAN
link : Zaid ramal sukar untuk mendaftarkan HARAPAN
Zaid ramal sukar untuk mendaftarkan HARAPAN
Alyaa AzharBekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim percaya Pakatan Harapan akan berdepan kesukaran untuk didaftarkan sebagai gabungan politik dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Secara peribadi, saya fikir ini mungkin sukar, kerana perkara terakhir yang mahu dihadapi oleh kerajaan adalah barisan (pembangkang) yang bersatu.
"Jadi, semua usaha mereka memecahkan pembangkang akan menjadi sia-sia jika gabungan itu didaftarkan," kata Zaid kepada Malaysiakini hari ini.
Zaid, sebelum ini diamanah untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat tetapi gagal berbuat demikian.
Bagaimanapun, katanya, situasi hari ini agak berbeza.
"Jadi, mungkin mereka akan lebih bernasib baik. Kita berharap, semoga, mereka akan berjaya kali ini," katanya, sambil menambah bahawa kejayaan mendaftarkan HARAPAN akan menjadi "satu kejutan yang sangat menyenangkan" baginya.
Zaid, yang kini adalah anggota DAP, percaya bahawa penghalang untuk mendaftarkan HARAPAN adalah tidak lain daripada tekanan politik.
"Tidak ada halangan di negara ini jika seseorang bersedia untuk bertindak secara profesional dan mengikut lunas undang-undang.
"Kesulitan itu timbul apabila seseorang itu tidak bersedia melakukan tugas mereka dan dipengaruhi oleh politik, jika tidak ada tekanan atau pengaruh yang tidak sewajarnya, maka kakitangan awam dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik," katanya.
Demikianlah Artikel Zaid ramal sukar untuk mendaftarkan HARAPAN
Sekianlah artikel Zaid ramal sukar untuk mendaftarkan HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zaid ramal sukar untuk mendaftarkan HARAPAN dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/07/zaid-ramal-sukar-untuk-mendaftarkan.html